Masih Sekitar 40 Minit Pertama (Kuliah Makrifat 69) Ustaz Noor Derus Dari Sidang Kalam
1. Isu ayat sifat, pertembungan pemahaman al-Hanabilah dan al-Asya’irah pada pemahaman saya, tidak termasuk dalam perkara prinsip agama sebaliknya ia adalah dalam kategori furu atau cabang agama seperti yang disebut oleh al-Syeikh Muhammad al-Hasan Wulid al-Dadu al-Syanqiti.
Antara bukti hal ini ialah, tiada bukti dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan Abu Jahal, Abu Lahab dan para pengikutnya membantah ayat al-Quran الرحمن على العرش استوى atau يد الله فوق أيديهم dan seumpamanya. Ini membuktikan ketika turun ayat-ayat sifat ini, dilalahnya jelas difahami oleh masyarakat ketika itu sama ada muslim mahupun kafir. Namun memiliki pemahaman yang didiamkan oleh wahyu ketika itu, tidak menjadikan mereka yang kafir sebagi muslim. Oleh itu ia bukan prinsip agama, sehingga tiada ruang untuk menerima perbezaan dalam memastikan bagaimana cara sebenar pemahaman generasi sahabat ketika penurunan ayat-ayat tersebut. Oleh itu sedarlah umat Islam, berpadalah dalam membahaskan persoalan ini, berhati-hatilah dalam memilih masa dan tempat untuk membincangkannya.
2. Gopoh memberi hukuman dan mengenepikan Ibn Taimiyyah RH dalam menilai kerencaman aliran akidah merugikan diri sendiri. Sedangkan tulisan-tulisan beliau dan muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah adalah termasuk rujukan penting dalam persoalan ini. Sikap gopoh dan tidak berlaku adil dalam membuat penilaian ini ada pada Ustaz Noor Derus dan Sidang Kalam dalam huraian dari pihak mereka.
3. Menukilkan perkataan Ibn al-Jauzi yang mengkritik aliran Salafi Hanabilah hari ini, yang rata-ratanya tertumpu kepada bahan Ibn Taimiyyah, pada saya adalah satu kecacatan. Ini kerana Ibn al-Jauzi meninggal dunia sebelum kelahiran Ibn Taimiyyah iaitulah pada tahun 597H, manakala Ibn Taimiyyah pada 728H.
Apatah lagi jika yang dinukilkan hanya kritikan Ibn al-Jauzi, seperti memberi gambaran beliau menolak secara mutlaq jalan ithbat. Sedangkan Ibn al-Jauzi tidaklah begitu.
Dalam Said al-Khatir 1/166-117, salah satu Fasal yang disebut Ibn al-Jauzi ialah: من أضر الأشياء على العوام كلام المتأولين: فصل: الأنبياء بالغوا في إثبات الصفات “Para nabi bersungguh-sungguh pada mengithbathkan sifat-sifat Allah: Termasuk dalam perkara yang lebih mendatangkan mudharat kepada orang awam ialah perkataan golongan takwil.”
Ibn al-Jauzi jika dibaca bahannya, kita akan dapati beliau bukan seperti yang didakwa oleh pemuja atau pengkeji beliau dalam masalah ayat sifat. Sebaliknya beliau memiliki pandangan yang tersendiri. Secara ringkas beliau berpandangan kaedah ithbat adalah untuk orang awam, manakala kaedah takwil adalah untuk ahli ilmu. Di bawah ini saya hanya nukilkan perkataannya berkaitan orang awam yang perlu diberi pemahaman menurut kaedah ithbat salafi bukan kaedah takwil Asya‘ari. Beliau berkata:
من أضر الأشياء على العوام كلام المتأولين والنفاة للصفات والإضافات. فإن الأنبياء عليهم الصلاة والسلام بالغوا في الإثبات، ليتقرر في أنفس العوام وجود الخالق، فإن النفوس تأنس بالإثبات، فإذا سمع العامي ما يوجب النفي، طرد عن قلبه الإثبات، فكان أعظم ضرر عليه، وكان هذا المنزه من العلماء -على زعمه- مقاومًا لإثبات الأنبياء عليهم الصلاة والسلام بالمحو، وشارعًا في إبطال ما يفتون به.
٣١٩- وبيان هذا: أن الله تعالى أخبر باستوائه على العرش، فأنست النفوس إلى إثبات الإله ووجوده: قال تعالى: ﴿وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ﴾ [الرحمن: ٢٧] . وقال تعالى: ﴿يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ﴾ [المائدة: ٦٤] . وقال: ﴿وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ﴾ [الفتح: ٦] . ﴿﵃﴾ [البينة: ٨] .
وأخبر١ أنه ينزل إلى السماء الدنيا٢. وقال: «قلوب العباد بين أصبعين»٣.
وقال: «كتب التوراة بيده»٤. «وكتب كتابًا فهو عنده فوق العرش»٥. إلى غير ذلك مما يطول ذكره. فإذا امتلأ العامي والصبي من الإثبات، وكاد يأنس من الأوصاف بما يفهمه الحس، قيل له: ﴿لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ﴾ [الشورى: ١١]، فمحا من قلبه ما نقشه الخيال، وتبقى ألفاظ الإثبات متمكنة. ولهذا أقر الشرع مثل هذا، فسمع٦ مُنْشِدًا ٧ يقول: «وفوق العرش رب العالمينا» فضحك. وقال له آخر: أو يضحك ربنا؟ فقال: «نعم»١. وقال: «أنه على عرشه هكذا»٢.
كل هذا ليقرر الإثبات في النفوس! ٣٢٠- وأكثر الخلق لا يعرفون الإثبات إلا على ما يعلمون من الشاهد، فيقنع منهم بذلك، إلى أن يفهموا التنزيه. ولهذا صحح إسلام من انفتل٣ بالسجود. فأما إذا ابتدئ بالعامي الفارغ من فهم الإثبات، فقلنا: ليس في السماء! ولا على العرش! ولا يوصف بيد! وكلامه صفة قائمة بذاته، وليس عندنا منه شيء! ولا يتصور نزوله: انمحى من قلبه تعظيم المصحف، ولم يتوضع في سره إثبات إله. وهذه جناية عظيمة على الأنبياء، توجب نقض ما تعبوا في بيانه، ولا يجوز لعالم أن يأتي إلى عقيدة عامي قد أنس بالإثبات فيهوشها، فإنه يفسده، ويصعب صلاحه.
Terjemahan lebih kurang: “Termasuk dalam perkara yang lebih mendatangkan mudharat kepada orang awam ialah perkataan golongan takwil dan yang menafikan sifat-sifat dan idhafat. Sesungguhnya para nabi AS bersungguh-sungguh pada mengithbathkan sifat agar menetap kukuh dalam jiwa orang awam kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta. Ini kerana setiap jiwa akan tenang dengan cara ithbat. Apabila seorang awam mendengar sesuatu yang perlu dinafikan, dia akan membuang terus dari hatinya al-Ithbat, maka perkara ini lebih mudharat kepadanya. Individu yang melakukan tanzih ini dari kalangan ulama menurut sangkaan orang awam tersebut, caranya bertentangan dengan cara ithbat yang dilakukan oleh para nabi AS dengan membatalkannya.
Penjelasannya ialah; bahawa Allah Taala telah mengkhabarkan Dia Istiwa’ di atas ‘Arash, lalu setiap jiwa manusia berasa tenang untuk mengithbat tuhan (menetapkan tuhan di atas ‘Arash) dan keberadaan-Nya. Allah berfirman: “Dan akan kekallah wajah tuhanmu yang memiliki kebesaran.” al-Rahman: 27. Firman-Nya lagi: ''Dua tangan-Nya sentiasa terbuka.” al-Maidah: 64. Firman-Nya lagi: “Dan Allah murka ke atas mereka (orang-orang kafir).” al-Fath: 6. Firman Allah: “dan Allah redha kepada mereka.” al-Bayyinah: 8. Baginda juga memberi tahu: "Allah turun ke langit dunia." Baginda juga bersabda: “jantung-hati sekalian manusia di antara dua jari Allah.” Baginda bersabda: “Allah menulis taurat dengan tangan-Nya.” Juga hadis: “Allah menulis kitab (ummu al-Kitab) dan kitab itu di sisi-Nya di atas ‘Arash.” Dan banyak lagi jika hendak dinyatakan.
Apabila kefahaman ithbat telah memenuhi hati seorang awam, maka hampir ia terbiasa memahami sifat-sifat tersebut menurut apa yang dicapai oleh pancainderanya. Lalu dikatakan kepadanya: “Tiada sesuatu yang seumpama dengan Allah. al-Syura: 11. Maka terpadamlah dari hatinya apa-apa yang terukir menurut khayalan (awal)nya, dan kekallah lafaz-lafaz yang diithbatkan dengan kukuh.
Dalam hadis baginda bersabda: “Allah ketawa.” Lalu seseorang bertanya: “Tuhan kita ketawa?” baginda menjawab: “Ya.” Baginda juga bersabda: “Dia berada di atas Arash sedemikian itu.” Semua ini bertujuan mentaqrirkan ithbat dalam jiwa. Kebanyakan manusia tidak tahu tentang ithbat melainkan menurut apa yang diketahuinya melalui penyaksiannya, lalu diyakinkan mereka dengan pemahaman tanzih (penegasan tiada sesuatu yang serupa dengan Allah). Adapun jika dimulakan kepada seorang awam yang kosong dari pemahaman ithbat dengan berkata: (Allah) bukan di langit, bukan di atas ‘Arash, tidak disifati dengan memiliki tangan, perkataannya adalah sifat yang berdiri pada zat-Nya, kita tidak tahu apapun tentang-Nya, tidak tergambar bagaimana turunnya Dia, hilanglah dari hatinya rasa mengagungkan mushaf al-Quran (yang menyebut beberapa sifat Allah), tidak tetaplah dalam hatinya mengithbatkan kewujudan tuhan. Ini merupakan satu pengkhianatan besar ke atas para nabi yang membawa kepada runtuhnya penerangan yang dilakukan mereka. Kerana itu tidak boleh bagi seorang alim mendatangkan sesuatu kepada akidah seorang awam yang telah tenang dengan ithbat lalu menggoyahkannya. Tindakan ini akan mendatangkan kerosakan kepada orang awam tersebut dan sukar usaha pemulihannya.”
4. Demikian juga nukilan perkataan al-Qaradhawi dalam Fusul Fi al-Akidah Bain alSalaf Wa al-Khalaf oleh Ustaz Noor Derus pada 40 minit awal siri penerangannya di Sidang Kalam (Kuliah Makrifat 69) tidak disertakan pandangan yang ditarihkan oleh al-Qaradhawi. Di mana al-Qaradhawi mentarjihkan pendekatan salaf dalam memahami ayat sifat, dalam masa yang sama beliau tidak menyesatkan golongan takwil Asya‘irah. Alasan yang beliau berikan adalah amat kukuh.