Panduan Memahami Persoalan Imam Mahdi

PANDUAN MEMAHAMI PERSOALAN IMAM MAHDI

Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Bahagian Buhuth & Istinbath

Jabatan Mufti Perlis

 

PENGERTIAN AL-MAHDI

Al-Mahdi المهدي pada bahasa adalah isim maf‘ul dari kata هُدِيَ dan الهُدَى iaitulah الرَّشَاد والدَّلَالَة yang bermaksud petunjuk, kebenaran dan jalan yang lurus, seperti yang terdapat dalam al-Sihah oleh al-Jauhari 6/2533.

Dalam Lisan al-‘Arab dinyatakan الهُدَى ialah ضد الضلال atau berlawanan dengan kesesatan, iaitulah al-Rasyad. Dalam hadis Nabi SAW bersabda: سُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ maksudnya: “Sunnah al-Khulafa’ al-Rasyidin al-Mahdiyyin”, di mana al-Mahdiy adalah orang yang telah diberi hidayah atau petunjuk kepada kebenaran oleh Allah SWT.

 

GARIS PANDUAN MENGENAL PASTI SESEORANG YANG MENDAKWA AL-MAHDI

 

SIFAT AL-MAHDI SECARA UMUM MENURUT HADIS NABI SAW

 

  1. Namanya Muhammad bin Abdillah, dari keturunan Nabi SAW, melalui zuriat puteri baginda SAW, Fatimah binti Muhammad SAW. Berdahi luas (أجْلَى الجَبْهَةِ) dan berhidung mancung (أقْنَى الأَنْفِ), runcing di hujungnya dan tinggi bahagian tengahnya.

 

Hadis-Hadis Yang Dijadikan Sandaran

 

Di bawah ini beberapa hadis yang dijadikan dalil dan sandaran dalam permasalahan ini:

  1. Hadis Sufyan, Nabi SAW bersabda:

لَا تَذْهَبُ، أَوْ لَا تَنْقَضِي، الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي، يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي

Maksudnya: “Tidak akan musnah dunia ini melainkan ‘Arab akan dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku, namanya menyamai namaku.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi. al-Albani dalam Sahih al-Jami’ al-Saghir 5/219 menilai hadis ini sebagai sahih. Dalam Riwayat Abu Daud terdapat tambahan: وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي, yang bermaksud: “Nama bapanya sama seperti nama bapaku.” Dinilai hasan sahih oleh al-Tirmizi 6/485 dan sahih oleh Ahmad Syakir dalam tahkiknya kepada Musnad Ahmad 5/199.

 

  1.  Hadis Ummu Salamah RA, Rasulullah SAW bersabda:

الْمَهْدِيُّ منْ عِتْرَتي مِنْ وَلَدِ فاطِمَةَ

Maksudnya: “al-Mahdi itu dari keluargaku, dari zuriat Fatimah.” Diriwayatkan oleh Abu Daud. Beliau tidak memberi sebarang ulasan terhadap hadis ini. Al-‘Azizi dalam al-Siraj al-Munir Syarh al-Jami’ al-Saghir 4/530 berkata: “Isnadnya hasan.”

 

  1. Hadis Abi Sa‘id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:

المَهْدِيُّ مِنِّي، أجْلَى الجَبْهَةِ أقْنَى الأَنْفِ، يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وعَدْلًا كما مُلِئَتْ ظُلمًا وجَوْرًا، يَمْلِكُ سَبع سِنين

Maksudnya: “al-Mahdi itu daripadaku, berdahi luas, berhidung mancung. Dia akan memenuhi bumi dengan kebaikan dan keadilan sepertimana bumi dipenuhi kejahatan dan kezaliman. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ibn al-Qayyim dalam al-Manar al-Munif, halaman:74 berkata: “Isnadnya baik.”

 

Al-Mahdi Dari Zuriat al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib

Majoriti para ulama berpandangan al-Mahdi dari zuriat al-Hasan bin ‘Ali RA. Berbeza pandangan Syi‘ah yang mengatakan beliau dari zuriat al-Husein bin ‘Ali RA. Al-Safarini dalam Lawami’ al-Anwar al-Bahiyyah 2/73, setelah menghimpunkan riwayat-riwayat berkaitan zuriat al-Mahdi menyimpulkan dengan katanya:

وَالْحَاصِلُ أَنَّ لِلْحَسَنِ فِي الْمَهْدِيِّ الْوِلَادَةَ الْعُظْمَى، لِأَنَّ أَحَادِيثَ كَوْنِهِ مِنْ ذُرِّيَّتِهِ أَكْثَرُ وَلِلْحُسَيْنِ فِيهِ وِلَادَةٌ أَيْضًا وَلِلْعَبَّاسِ فِيهِ وِلَادَةٌ أَيْضًا وَلَا مَانِعَ مِنَ اجْتِمَاعِ وِلَادَاتٍ مُتَعَدِّدَاتٍ فِي شَخْصٍ وَاحِدٍ مِنْ جِهَاتٍ مُخْتَلِفَةٍ

Maksudnya: “Kesimpulannya bahawa bagi al-Hasan itu pada zuriat al-Mahdi adalah yang lebih utama kerana hadis-hadis tentang al-Mahdi dari zuriat beliau adalah lebih banyak. Dari zuriat al-Hussein juga terdapat bahagian. Demikian juga dari zuriat al-‘Abbas. Tiada halangan berhimpun beberapa zuriat yang berbeza dari seorang individu.”

 

Tentang al-Mahdi dari zuriat al-Hasan, Ibn al-Qayyim RH dalam al-Manar al-Munif, halaman: 151, berkata:

“al-Mahdi dari zuriat al-Hasan itu terdapat rahsia tersembunyi, di mana al-Hasan RA telah melepaskan tampuk pemerintahan kerana Allah. Lalu Allah jadikan dari zuriatnya seseorang yang menegakkan pemerintahan yang benar dengan keadilan yang memenuhi bumi. Ini termasuk dalam sunnatullah pada para hamba-Nya bahawa sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana-Nya, Allah akan kurniakan kepada zuriat orang tersebut sesuatu yang lebih utama dari apa yang ditinggalkannya itu.”

 

  1. Al-Mahdi bukan suatu yang diusahakan, sebaliknya adalah anugerah dari Allah SWT

Al-Mahdi bukanlah satu jawatan atau pangkat yang boleh diusahakan. Sebaliknya ia adalah sifat atau sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada seseorang yang telah dipilih.

‘Ali bin Abi Talib RA pernah menyatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda tentang al-Mahdi di akhir zaman:

الْمَهْدِيُّ مِنِّي يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ

Maksudnya: “al-Mahdi itu daripadaku, Allah akan mejadikan dia layak (memimpin) dalam satu malam.”

 

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah 2/519 dan Ahmad dalam al-Musnad 1/84. Dinilai sahih oleh Ahmad Syakir dalam ta’liqnya kepada kitab al-Musnad, 845. Demikian juga al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah 2371.

Ungkapan: يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ boleh juga diterjemahkan sebagai: “Allah akan mengislahkannya dalam satu malam.”

Ungkapan: يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ boleh memberi dua maksud:  pertama membawa maksud Allah mengislahkannya untuk kepimpinan (khilafah), atau menjadikan dia layak memegang tampuk kepimpinan. Kedua, ungkapan tersebut boleh difahami, di mana pada asalnya beliau adalah seorang yang memiliki kekurangan sebagai manusia biasa. Lalu Allah mengislahkannya dan menerima taubatnya.

Makna ini dipersetujui oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah 19/62-63, setelah beliau mendatangkan riwayat Ibn Majah daripada Thauban, Rasulullah SAW bersabda:

 

«يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةٍ. ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ، مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ، فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ». ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ، فَقَالَ: «فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ، وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ; فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ. تَفَرَّدَ بِهِ ابْنُ مَاجَهْ، وَإِسْنَادُهُ قَوِيٌّ صَحِيحٌ،

Maksudnya: “Akan perperang berhampiran kanz kamu semua (umat Islam) tiga orang anak khalifah. Namun tidak dimenangi oleh seorangpun dari mereka bertiga. Kemudian akan keluar bendera-bendera hitam dari arah timur. Mereka akan memerangi kamu semua dengan satu peperangan yang dahsyat yang belum pernah berlaku.” Kemudian periwayat hadis ini bernama Thauban menyatakan beliau terlupa sesuatu yang ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Seterusnya baginda bersabda: “Apabila kamu semua melihat al-Mahdi di antara bendera hitam itu, maka berbai‘ahlah kepadanya sekalipun kamu tersebut datang dengan merangkak di atas salji, kerana beliau adalah khalifah Allah al-Mahdi.” Kata Ibn Kathir: “Ibn Majah bersendirian meriwayatkan hadis ini. Isnad hadis ini adalah kuat dan sahih.”

 

Setelah menyertakan hadis ini, Ibn Kathir berkata:

 

“Dan yang zahir bahawa maksud al-Kanz yang disebut di dalam hadis ialah Kanz al-Ka’bah (harta yang tertanam di Kaabah). Tiga orang anak khalifah itu berperang berhampiran dengan Kaabah untuk mendapatkan harta tersebut, sehingga di akhir zaman, al-Mahdi akan keluar dari negara sebelah timur. Terdapat pandangan yang mengatakan al-Mahdi keluar dari Mekah bukan dari Sirdab Samarra seperti yang didakwa oleh golongan Syi‘ah Rafidhah yang mengatakan al-Mahdi sekarang ini terkurung di dalam lubang Sirdab. Lalu mereka menanti keluarnya al-Mahdi dari lubang tersebut. Perkara ini termasuk dalam igauan, kegagalan dan kegilaan parah dari pengaruh syaitan kerana tiada sebarang dalil yang dapat dibuktikan, sama ada dari al-Quran, al-Sunnah mahupun dari akal yang yang sihat dan bukti yang jelas.”

 

Seterusnya Ibn Kathir berkata: يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ وَاحِدَةٍ iaitulah: أَيْ: يَتُوبُ عَلَيْهِ، وَيُوَفِّقُهُ، يُلْهِمُهُ رُشْدَهُ، بَعْدَ أَنْ لَمْ يَكُنْ كَذَلِكَ،  maksudnya: “Allah menerima taubatnya, memberi taufiq dan mengilhamkan kebijaksanaan kepadanya yang sebelum itu dia tidak memilikinya.”

 

Ibn Kathir RH juga berkata:

وَالْمَقْصُودُ أَنَّ الْمَهْدِيَّ الْمَوْعُودَ بِهِ يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ، وَيَكُونُ أَصْلُ خُرُوجِهِ مِنْ نَاحِيَةِ الْمَشْرِقِ، ثُمَّ يَأْتِي مَكَّةَ، فَيُبَايَعُ لَهُ عِنْدَ الْبَيْتِ الْحَرَامِ، كَمَا ذُكِرَ ذَلِكَ فِي الْحَدِيثِ

 

Maksudnya: “Dan yang dimaksudkan ialah al-Mahdi yang dijanjikan akan keluar di akhir zaman. Beliau keluar dari arah timur, kemudian akan pergi ke Mekah, dan beliau akan dibai‘ah di sisi al-Bait al-Haram, seperti mana yang disebut dalam hadis.”

 

Al-Qari RH dalam Mirqah al-Mafatih 5/180 pula berkata:

الْمَهْدِيُّ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ يُصْلِحُهُ اللَّهُ فِي لَيْلَةٍ. أَيْ: يُصْلِحُ أَمْرَهُ وَيَرْفَعُ قَدْرَهُ فِي لَيْلَةٍ وَاحِدَةٍ أَوْ فِي سَاعَةٍ وَاحِدَةٍ مِنَ اللَّيْلِ، حَيْثُ يَتَّفِقُ عَلَى خِلَافَتِهِ أَهْلُ الْحَلِّ وَالْعَقْدِ فِيهَا

Maksudnya: “al-Mahdi daripada keluargaku, Allah akan mempersiapkan dia dalam satu malam – iaitulah memperelokkan urusannya dan mengangkat kedudukannya pada satu malam atau pada satu masa dalam satu malam, dari sudut sepakat semua Ahl al-Hall wa al-‘Aqd melantiknya pada malam tersebut.”

 

  1. Dunia yang dipenuhi kezaliman dan kerosakan akan berganti keadilan dan keamanan setelah kepimpinan al-Mahdi selama tujuh tahun.

Hal ini berdasarkan hadis Abi Sa‘id al-Khudri RA yang menyatakan, Rasulullah SAW pernah bersabda:

المَهْدِيُّ مِنِّي، أجْلَى الجَبْهَةِ أقْنَى الأَنْفِ، يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وعَدْلًا كما مُلِئَتْ ظُلمًا وجَوْرًا، يَمْلِكُ سَبع سِنين

Maksudnya: “al-Mahdi itu daripadaku, berdahi luas, berhidung mancung. Dia akan memenuhi bumi dengan kebaikan dan keadilan sepertimana bumi dipenuhi kejahatan dan kezaliman. Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ibn al-Qayyim dalam al-Manar al-Munif, halaman:74 berkata: “Isnadnya baik.”

 

  1. Ketika pemerintahan al-Mahdi bumi menjadi subur, harta diagihkan secara adil, haiwan ternak berkembang biak, umat Islam bertambah ramai, Al-Mahdi akan hidup selama tujuh atau lapan tahun.

Abi Sa‘id al-Khudri RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

يَخْرُجُ فِي آخِرِ أُمَّتِي الْمَهْدِيُّ، يَسْقِيهِ اللهُ الْغَيْثَ، وَتُخْرِجُ الْأَرْضُ نَبَاتَهَا، وَيُعْطِي الْمَالَ صِحَاحًا، وَتَكْثُرُ الْمَاشِيَةُ، وَتَعْظُمُ الْأُمَّةُ، يَعِيشُ سَبْعًا أَوْ ثَمَانِيًا

Maksudnya: “al-Mahdi dari kalangan umatmu akan keluar di akhir zaman. Allah akan menurunkan hujan dan bumi akan subur dengan tumbuhan. Al-Mahdi akan membahagikan harta secara adil, berkembang biak haiwan ternakan, umat semakin ramai dan al-Mahdi akan hidup selama tujuh atau lapan tahun.” 

Diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak 4/557, 558. Kata al-Hakim: “Hadis ini sahih al-Isnad akan tetapi al-Bukhari dan Muslim tidak meriwayatkannya.” Penilaian al-Hakim ini dipersetujui oleh al-Zahabi.

Dalam Musnad Ahmad, seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW: “Apakah sihahan?” Baginda menjawab: “بِالسَّوِيَّةِ بَيْنَ النَّاسِmaksudnya: “Membahagikan harta kepada orang ramai secara adil.”  (al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 7/1731)

 

  1. Nabi Isa AS yang akan diturunkan di akhir zaman akan menjadi makmum di belakang beliau menunaikan solat. Ini menunjukkan al-Mahdi sezaman dengan keluarnya dajjal. Hal ini sedemikian adalah kerana Isa AS akan membunuh dajjal.

 

Nabi Isa AS akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh al-Mahdi dinyatakan antaranya dalam hadis Jabir bin ‘Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda:

يَنْزِلُ عِيسَى بْنُ مَرْيَمَ؛ فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ المهدي: تَعَالَ صَلِّ بِنَا؛ فَيَقُولُ عَلَيْهِ السَّلاَم: لاَ؛ إِنَّ بَعْضَهُمْ أَمِيرُ بَعْضٍ، تَكْرِمَةَ اللهِ لهَذِهِ الأُمَّة

Maksudnya: “Nabi Isa bin Maryam akan turun. Pemimpin kamu semua iaitulah al-Mahdi akan berkata: “Marilah menjadi imam solat kami ini.” Baginda AS akan berkata: “Tidak, daripada kamu semualah yang menjadi pemimpin (imam), sebagai satu kemuliaan dari Allah untuk umat ini (umat Nabi SAW).” 

Diriwayatkan oleh Abu Nu‘aim dalam Akhbar al-Mahdi. Isnad hadis ini jayyid seperti yang dinyatakan oleh Muhammad bin Ahmad Ismail al-Muqaddam dalam al-Mahdi, hal: 42.

Manakala hadis tentang Nabi Isa AS akan membunuh Dajal pula antaranya diriwayatkan oleh ‘Aisyah RA yang berkata:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ وَأَنَا أَبْكِي، فَقَالَ: «مَا يُبْكِيكِ؟» قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَكَرْتَ الدَّجَّالَ، قَالَ: «فَلَا تَبْكِينَ، فَإِنْ يَخْرُجْ وَأَنَا حَيٌّ أَكْفِيكُمُوهُ، وَإِنْ مُتُّ، فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَيْسَ بِأَعْوَرَ، وَإِنَّهُ يَخْرُجُ مَعَهُ الْيَهُودُ، فَيَسِيرُ حَتَّى يَنْزِلَ بِنَاحِيَةِ الْمَدِينَةِ، وَهِيَ يَوْمَئِذٍ لَهَا سَبْعَةُ أَبْوَابٍ، عَلَى كُلِّ بَابٍ مَلَكَانِ، فَيَخْرُجُ إِلَيْهِ شِرَارُ أَهْلِهَا، فَيَنْطَلِقُ حَتَّى يَأْتِيَ لُدَّ، فَيَنْزِلَ عيسى بن مَرْيَمَ فَيَقْتُلُهُ، ثُمَّ يَلْبَثُ عِيسَى فِي الْأَرْضِ أَرْبَعِينَ سَنَةً، أَوْ قَرِيبًا مِنْ أَرْبَعِينَ سَنَةً، إماما عدلا وحكما مقسطا

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah pulang ketika itu aku sedang menangis. Baginda bersabda: “Apa yang menyebabkan kamu menangis?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah. Dikau menyebut tentang Dajal.” Baginda bersabda: “Jangan menangis, jika dia keluar ketika aku masih ada, akulah yang akan melindungi kamu semua dari kejahatannya. Jika dia keluar ketika aku telah meninggal dunia, maka tuhan kamu semua tidaklah cacat sebelah mata-Nya. Yahudi akan bersama dengan Dajal, dia akan bergerak sehingga ke Madinah yang pada ketika itu memiliki tujuh pintu. Pada setiap pintu terdapat dua malaikat (yang menjaganya). Akan keluar bergabung dengan Dajal pendudukan-penduduk yang jahat di Madinah, Dajal akan bergerak sehingga sampai ke Lud. Isa bin Maryam akan turun dan membunuh Dajal. Kemudian Isa akan kekal di bumi selama 40 tahun atau hamper 40 tahun sebagai seorang pemimpin yang adil dan bijaksana.”

 

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasai’e. Kata al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam al-Taqrib: “Tidak mengapa.” Hadis dengan maksud yang sama diriwayatkan oleh Ahmad daripada Sulaiman bin Daud, daripada Harb bin Syaddad, daripada Yahya bin Kathir dengan sanad ini. Al-Haithami menyertakan hadis ini dalam al-Majma’ 7/338 dan beliau menisbahkan hadis ini kepada Ahmad dan berkata: “Semua rawinya adalah rawi al-Sahih, melainkan al-Hadhrami bin Lahiq dan beliau seorang yang thiqah.”

 

  1. Mengimani perkhabaran dari Nabi SAW berkaitan al-Mahdi melalui hadis-hadis yang sabit adalah satu kewajipan.

Kata al-Imam Abu al-Hasan al-Aburri dalam kitab Manaqib al-Syafi‘e:

قد تواترت الأخبار واستفاضت بكثرة رواتها عن المصطفى ﷺ بخروج المهدي، وأنه من أهل بيته، وأنه يملك سبع سنين، وأنه يملأ الأرض عدلا، وأنه يخرج مع عيسى -صلى الله على نبينا وعليه-، فيساعده على قتل الدجال بباب لد بأرض فلسطين، وأنه يؤم هذه الأمة، ويصلي عيسى خلفه

Maksudnya: “Telah berlaku tawatur dan masyhur perkhabaran-perkhabaran periwayat hadis tentang keluarnya al-Mahdi dari Nabi SAW. Beliau dari keluarga baginda dan akan memerintah selama tujuh tahun. Beliau akan memenuhkan bumi dengan keadilan. Demikian juga akan keluar Isa SA, beliau (al-Mahdi) akan membantu baginda membunuh Dajal di pintu Ludd di bumi Palestin. Al-Mahdi akan mengimamkan solat umat Islam dan Nabi Isa akan solat menjadi makmum di belakang beliau.”

 

Muhammad bin Ismail al-Muqaddam dalam al-Mahdi 83, menyatakan:

“Para imam ikutan umat Islam saling menukilkan teks ini dari al-Aburri. Semua mereka memperakuinya sekalipun berbeza zaman. Antara yang menukilnya dalam bentuk menjadikannya hujah (dalam permasalan al-Mahdi) dan tidak memberi sebarang kritikan adalah al-Imam Ibn al-Qayyim dalam al-Manar al-Munif, al-Hafidz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari dan al-Tahzib, al-Hafidz Abu al-Hajjaj al-Mizzi dalam Tahzib al-Kamal, al-Qurtubi dalam al-Tazkirah, al-Sakhawi dalam Fath al-Mughith, al-Suyuti dalam Akhbar al-Mahdi, Muhammad bin Abdul Baqi al-Zarqani, Marai‘e bin Yusuf al-Hanbali dan selain mereka.”

 

  1. Memastikan orang tertentu adalah al-Mahdi bukan satu kewajipan ke atas setiap muslim melainkan setelah tertegak bukti kukuh.

 

  1. Tanda-tanda al-Mahdi diketahui melalui perkhabaran dari Nabi SAW. Tidak dari sumber lain termasuk dari hadis-hadis dan athar-athar yang lemah dan palsu, mimpi, kasyaf, ilham, dakwaan mendapat perkhabaran dari Nabi SAW secara yaqazah (jaga), berjumpa Nabi Khadhir atau wali dan seumpamanya.

Di bawah ini disertakan beberapa hadis lemah yang tersebut berkaitan al-Mahdi, antaranya:

  1. Beliau dari keturunan al-‘Abbas bin ‘Abdul Muttalib, warna kulitnya warna kulit orang ‘Arab, tubuhnya seorang Isra’il, terdapat tahi lalat (في خده الأيمن خال) di pipi kanannya. Beliau berperang atas sunnah sepertimana baginda SAW berperang atas wahyu.

 

  1. Hadis yang didakwa Nabi SAW bersabda

 من أنكر خروج المهدي فقد كفر بما أنزل على محمد ﷺ،

Maksudnya: “Siapa yang mengingkari kewujudan al-Mahdi, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad SAW.” (Hadis ini adalah palsu seperti yang terdapat dalam al-Musu‘ah Fi Ahadith al-Mahdi, hal: 83-86)

 

  1. Dinisbahkan kepada Ibn Sirin yang mengatakan al-Mahdi lebih utama (خير) berbanding Abu Bakar dan ‘Umar RA. Namun al-Suyuti mentafsirkan maksud athar ini sama dengan maksud hadis sahih:

“Bahkan pahala mereka lebih sebagai 50 berbanding kamu semua.” Iaitulah ia bermaksud al-Mahdi lebih utama dari sudut fitnah yang lebih dahsyat dihadapinya dari pihak Rom dan fitnah kepungan dajjal. Bukan bermaksud lebih utama pada kedudukan di sisi Allah. (Lihat al-Hawi 2/153)

 

  1. Al-Mahdi termasuk dalam kumpulan mujaddid (pembawa pembaharuan). Oleh itu ia mestilah seorang yang berpegang teguh dengan Minhaj al-Nubuwwah dan akidah al-Salaf al-Soleh. Bebas dari bid‘ah dan perkara yang berlawanan dengan agama. Beliau juga bukan dari kumpulan yang menyeleweng.

 

Al-Mahdi adalah dalam kalangan Mujaddid disebut oleh para ulama, antara mereka ialah al-Maraqi RH yang berkata:

حتى يجيءَ الفاطمي المُجَدِّدُ - دينَ الهدى لأنه مجتهِدُ

Maksudnya: “Sehingga datang seorang Fatimi Mujaddid – (mengembalikan) agama petunjuk, kerana dia seorang mujtahid.”

 

Ketika menghuraikan maksud perkataan al-Maraqi ini, al-Syeikh Muhammad Amin al-Syanqiti menyatakan yang dimaksudkan dengan seorang Fatimi adalah merujuk kepada al-Mahdi al-Muntazhar yang merupakan dari zuriat Fatimah bin Rasulillah SAW. (Lihat Nathr al-Wurud Syarh Maraqi al-Su‘ud oleh Muhammad al-Amin al-Syanqiti RH (W1393H), 2/688)

 

          Kata al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani RH dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah 4/42:

واعلم يا أخي المسلم أن كثير من المسلمين اليوم قد انحرفوا عن الصواب في هذا الموضوع، فمنهم من استقر في نفسه أن دولة الإسلام لن تقوم إلا بخروج المهدي! وهذه خرافة وضلالة ألقاها الشيطان في قلوب كثير من العامة، وبخاصة الصوفية منهم، وليس في شيء من أحاديث المهدي ما يشعر بذلك مطلقا، بل هي كلها لا تخرج عن أن النبي ﷺ بشر المسلمين برجل من أهل بيته، ووصفه بصفات بارزة أهمها أنه يحكم بالإسلام وينشر العدل بين الأنام، فهو في الحقيقة من المجددين الذين يبعثهم الله في رأس كل مائة سنة كما صح عنه ﷺ

Maksudnya: “Ketahuilah wahai saudara muslim, bahawa ramai dalam kalangan orang Islam pada hari ini telah menyeleweng dari kebenaran dalam persoalan al-Mahdi ini. Dalam kalangan mereka terdapat orang yang berkeyakinan bahawa negara Islam tidak akan tertegak sama sekali sehinggalah keluarnya al-Mahdi. Keyakinan seperi ini adalah satu kekarutan dan kesesatan yang dicampakkan syaitan ke dalam hati-hati kebanyakan orang terutamanya golongan sufi. Tidak terdapat sebarang hadis tentang al-Mahdi yang menunjukkan perkara itu. Sebaliknya semua hadis tentang al-Mahdi tidak lebih dari memberikan khabar gemberi kepada umat islam akan kelahiran seorang lelaki dari keluarga baginda, baginda sifatkannya dengan sifat-sifat yang jelas dan nyata, terutamanya al-Mahdi akan berhukum dengan hukum-hakam Islam dan beliau akan menyebarkan keadilan antara makhluk. Beliau pad ahakikatnya dari kalangan Mujaddid yang dibangkitkan oleh Allah pada setiap penghujung 100 tahun seperti hadis yang sahih dari Nabi SAW.”

Demikian juga al-Mahdi bukan dari kalangan mereka yang memiliki akidah yang menyeleweng, kerana mustahil seorang yang membawa pembaharuan dipilih dari kalangan ahli bid‘ah. Kata Abu Yazid al-Bistami RH:

قم بنا حتى نَنْظُرُ إِلَى هَذَا الرَّجُلِ الَّذِي قَدْ شَهَّرَ نفسه بالولاية - وكان رَجُلًا مَقْصُودًا، مَشْهُورًا بِالزُّهْدِ - قَالَ الرَّاوِي: فَمَضَيْنَا، فَلَمَّا خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ وَدَخَلَ الْمَسْجِدَ رَمَى بِبُصَاقِهِ تِجَاهَ الْقِبْلَةِ، فَانْصَرَفَ أَبُو يَزِيدَ وَلَمْ يُسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَقَالَ: هَذَا غَيْرُ مَأْمُونٍ عَلَى أَدَبٍ مِنْ آدَابِ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ فَكَيْفَ يَكُونُ مَأْمُونًا عَلَى مَا يَدَّعِيهِ

Maksudnya: “Bangun bersama kami pergi melihat lelaki ini yang masyhur secagai seorang wali - lelaki dimaksudkan masyhur dengan seorang yang zuhud. Kata periwayat: “Kami bergerak pergi dan mendapati ketika lelaki yang dimaksudkan keluar dari rumahnya dan memasuki masjid, tiba-tiba dia meludah ke arah kiblat. Lalu Abu Yazid segera berpalilng pergi meninggalkan orang tersebut, tanpa terlebih dahulu memberi salam kepadanya. Beliau berkata: “Orang itu tidak dapat dipercayai hanya berkaitan salah satu dari adab Nabi SAW, maka bagaimana mungkin dia boleh dipercayai terhadap apa yang dia dakwa (kononnya dia seorang wali)?”

 

Kisah ini menunjukan bagaimana para ulama tidak menerima dakwaan al-Wilayah dari seseorang yang mengabaikan perkara adab. Maka dakwaan al-Mahdi yang datang dari seorang dari kumpulan yang menyeleweng adalah lebih patut di tolak. (Lihat Muhammad bin Ahmad Ismail al-Muqaddam dalam al-Mahdi, hal: 450)

 

  1. Hadis-hadis yang sabit tidak menunjukkan al-Mahdi akan meminta orang ramai mengakui kemahdiannya. Demikian juga beliau tidak akan melakukan ujian untuk mengenal pasti siapa yang yakin kepadanya ataupun tidak. Beliau tidak akan memaksa sesiapapun untuk meyakininya. al-Mahdi yang sebenar tidak akan memberi tumpuan untuk meyakinkan orang ramai akan kemahdiannya. Jauh sekali dari menghukum kafir dan menghalalkan pembunuhan nyawa mereka yang tidak bersalah.

Hal ini sedemikian kerana, mewajibkan orang ramai meyakini kemahdian seseorang bermakna mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT dan Rasul SAW. Maka ia bukan dari tuntutan agama. Sedangkan agama Islam telahpun sempurna, maka apa yang tidak diwajibkan oleh Nabi SAW ketika hayat baginda, maka perkara tersebut tidak boleh diwajibkan setelah kewafatan baginda. Allah SWT berfirman:

ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ ...٣

Maksudnya: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…” (al-Maidah: 3)

 

  1. Al-Mahdi juga tidak akan melakukan sebarang tokok-tambah ajaran agama seperti menambah lafaz syahadah dan seumpamanya.

 

  1. Meyakini seseorang sebagai al-Mahdi tidak termasuk dalam prinsip atau rukun agama. Ia tidak sama seperti kewajipan mengimani kenabian dan kerasulan seorang Nabi atau Rasul yang diutuskan.

 

  1. Al-Mahdi tidak akan meminta kepimpinan untuk dirinya sendiri kerana dia seorang al-Mahdi, sepertimana yang dilakukan oleh para pendusta yang membuat dakwaan al-Mahdi sepanjang sejarah umat Islam. Sebaliknya al-Mahdi akan dipilih oleh sekumpulan manusia dari penduduk Mekah dalam keadaan dia tidak menyukai kepimpinan. Orang ramai akan berbai‘ah (janji taat-setia) kepadanya. Setelah itu mereka akan menamakannya sebagai al-Mahdi apabila mendapati kebaikan dan keadilannya. Demikian juga setelah melihat dia berjaya menyingkirkan kerosakan dan kezaliman. (Lihat al-Ihtijaj Bi al-Athar ‘Ala Man Ankara al-Mahdi al-Muntazhar, halaman: 302)  

 

  1. Al-Mahdi Yang Sebenar Terdapat Padanya Dua Tanda:

 

Pertama: Tanda Yang Boleh Ada Pada Beberapa Individu

          Tanda-tanda pertama ini boleh ada pada individu lain yang bukan al-Mahdi sebenar. Ia juga boleh berlaku berulang kali kepada individu yang bukan al-Mahdi sebenar dan ia boleh diusahakan, sepert memiliki nama Muhammad bin Abdillah, dari kalangan keluarga Nabi SAW, seorang pemimpin yang adil lagi pemurah dan seumpamanya.

          Semata-mata memiliki tanda-tanda seumpama ini tidak memadai sebagai bukti seseorang itu adalah al-Mahdi yang dimaksudkan. Sebaliknya hendaklah disertai dengan tanda-tanda yang kedua di bawah ini.

Kedua: Tanda-Tanda Yang Tidak Boleh Diusahakan Dan Hanya Ada Pada al-Mahdi Sebenar

          Tanda-tanda yang dimaksudkan adalah berlaku peristiwa penurunan Isa AS dari langit ketika zaman al-Mahdi. Berlaku pertemuan antara al-Mahdi dengan Isa AS dan di awal penurunan baginda Nabi Isa AS akan menunaikan solat menjadi makmum di belakang al-Mahdi. Setelah itu baginda AS akan membunuh dajjal.

Ibn Kathir RH dalam al-Bidayah al-Nihayah 19/229 berkata:

وَتَقَدَّمَ فِي حَدِيثِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ: فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ، شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعًا كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ، إِذَا طَأْطَأَ رَأْسَهُ قَطَرَ، وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ مِثْلُ جُمَانِ اللُّؤْلُؤِ، وَلَا يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلَّا مَاتَ، وَنَفَسُهُ يَنْتَهِي حَيْثُ يَنْتَهِي طَرَفُهُ. هَذَا هُوَ الْأَشْهَرُ فِي مَوْضِعِ نُزُولِهِ أَنَّهُ عَلَى الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ الشَّرْقِيَّةِ بِدِمَشْقَ، وَقَدْ رَأَيْتُ فِي بَعْضِ الْكُتُبِ: أَنَّهُ يَنْزِلُ عَلَى الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ شَرْقِيَّ جَامِعِ دِمَشْقَ. فَلَعَلَّ هَذَا هُوَ الْمَحْفُوظُ، وَتَكُونُ الرِّوَايَةُ:» فَيَنْزِلُ عَلَى الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ الشَّرْقِيَّةِ بِدِمَشْقَ «فَتَصَرَّفَ الرَّاوِي فِي التَّعْبِيرِ بِحَسَبِ مَا فَهِمَ، وَلَيْسَ فِي دِمَشْقَ مَنَارَةٌ تُعْرَفُ بِالشَّرْقِيَّةِ سِوَى الَّتِي إِلَى جَانِبِ الْجَامِعِ الْأُمَوِيِّ بِدِمَشْقَ مِنْ شَرْقِيِّهِ، وَهَذَا هُوَ الْأَنْسَبُ وَالْأَلْيَقُ; لِأَنَّهُ يَنْزِلُ، وَقَدْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ، فَيَقُولُ لَهُ إِمَامُ الْمُسْلِمِينَ:» يَا رُوحَ اللَّهِ تَقَدَّمْ «. فَيَقُولُ:» تَقَدَّمْ أَنْتَ، فَإِنَّهَا إِنَّمَا أُقِيمَتْ لَكَ «. وَفِي رِوَايَةٍ:» «بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ، تَكْرِمَةُ اللَّهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ

Maksudnya: “Telah berlalu sebutan hadis al-Nawwas bin Sam‘an yang menyatakan: “Baginda (Isa AS) akan turun di berhampiran menara putih, di timur Dimasq antara Mahrudatain, dalam keadaan meletakkan dua telapak tangan baginda di atas sayap dua malaikat. Apabila baginda menundukkan-nunduk dan mengangkatkan kepala, gugur daripada baginda seperti permata Mutiara. Tiada seorang kafir yang mendapati pernafasan baginda melainkan orang kafir itu akan mati. Pernafasan baginda boleh sampai sejauh sampainya penglihatan mata.” Inilah yang lebih masyhur berkaitan tempat turunnya baginda AS iaitulah berhampiran Menara Putih, Timur Dimasq. Daku lihat dalam sebahagian kitab (yang ditulis oleh para ulama), bahawa baginda akan turun berhampiran Menara Putih di timur masjid Dimasq (Syiria). Mudah-mudahan inilah yang pandangan yang terpelihara. Hal ini menunjukkan riwayat yang menyebut baginda turun berhampiran Menara Putih Timur Dimasq adalah olahan bahasa dari periwayat berdasarkan pemahamannya. Tiada menara di Dimasq yang diketahui berada di timurnya melainkan menara di sisi masjid al-Umawi di Dimasq sebelah timurnya. Inilah yang lebih sesuai, kerana baginda akan turun, ketika telah diiqamatkan untuk menunaikan solat. Lalu pemimpin orang Islam ketika itu (al-Mahdi) akan berkata: Wahai Ruh Allah (Nabi Isa AS) bergerak ke hadapanlah.” Lalu baginda berkata: “Engkaulah yang ke hadapan. Diiqamatkan solat ini untuk kamu menjadi imam.” Dalam sebahagian riwayat lain baginda berkata: “Pemimpin itu dari kalangan kamu sebagai satu kemuliaan dari Allah untuk umat ini (umat Nabi SAW).”

          Oleh itu, seseorang yang mendakwa al-Mahdi, namun dajjal tidak keluar di zamannya, maka dia adalah seorang pendusta. Demikian juga sesiapa yang mendakwa dirinya sebagai Isa AS, sebelum keluarnya dajjal juga seorang pendusta.

Kata al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi 6/401:

اعْلَمْ أَنَّ الْمَشْهُورَ بَيْنَ الْكَافَّةِ مِنْ أَهْلِ الْإِسْلَامِ عَلَى مَمَرِّ الْأَعْصَارِ أَنَّهُ لَا بُدَّ فِي آخِرِ الزَّمَانِ مِنْ ظُهُورِ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ يُؤَيِّدُ الدِّينَ وَيُظْهِرُ الْعَدْلَ وَيَتَّبِعُهُ الْمُسْلِمُونَ وَيَسْتَوْلِي عَلَى الْمَمَالِكِ الْإِسْلَامِيَّةِ وَيُسَمَّى بِالْمَهْدِيِّ وَيَكُونُ خُرُوجُ الدَّجَّالِ وَمَا بَعْدَهُ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ الثَّابِتَةِ فِي الصَّحِيحِ عَلَى أَثَرِهِ وَأَنَّ عِيسَى عليه السلام يَنْزِلُ مِنْ بَعْدِهِ فَيَقْتُلَ الدَّجَّالَ أَوْ يَنْزِلُ مِنْ بَعْدِهِ فَيُسَاعِدَهُ عَلَى قَتْلِهِ وَيَأْتَمَّ بِالْمَهْدِيِّ فِي صَلَاتِهِ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa apa yang masyhur tersebar dalam kalangan umat Islam sepanjang zaman bahawa pada akhir zaman pasti akan terzahir seorang lelaki dari keluarga Nabi SAW, beliau akan memperkukuhkan agama, akan menzahirkan keadilan dan umat Islam akan mengikutinya, beliau juga akan memerintah Kerajaan-kerajaan Islam dan beliau dinamakan sebagai al-Mahdi. Peristiwa keluar dajjal dan selepas itu dari tanda-tanda kiamat yang sabit dari riwayat yang sahih adalah berlaku selepas terzahirnya al-Mahdi. Demikian juga Isa AS akan turun selepas itu dan membunuh dajjal atau atau Isa AS akan turun selepas zahirnya al-Mahdi dan beliau akan membantu baginda membunuh dajjal dan baginda akan menjadi makmum solat dan al-Mahdi menjadi imam.”   

Nabi Isa AS yang sebenarnya pula akan memiliki dua tanda yang tidak dimiliki oleh orang lain:

Pertama: Baginda akan membunuh dajjal berdasarkan hadis-hadis mutawatir.

Kedua: Baginda dianugerahkan kemampuan oleh Allah SWT dalam bentuk baginda tidak dapat dihampiri oleh orang kafir. Sehinggakan mana-mana orang kafir yang melihat baginda atau sampai kepadanya pernafasan baginda, orang kafir itu akan mati. Allah SWT mengurniakan kemampuan kepada baginda dalam bentuk nafas  baginda dapat sampai sejauh pandanganya. Perkara ini berupa satu karamah dari Allah SWT kepada baginda AS sebagai bukti kebenaran baginda.

Al-Nawwas bin Sam‘an RA berkata dalam sebuah hadis yang panjang:

بَعَثَ اللهُ تَعَالَى الْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، ﷺ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ الْمَنَارَةِ الْبَيْضَاءِ، شَرْقِيَّ دِمَشْقَ بَيْنَ مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعًا كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ، إِذَا طَأْطَأَ رَأْسَهُ قَطَرَ، وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ جُمَانٌ كَاللُّؤْلُؤِ، فَلَا يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلَّا مَاتَ، وَنَفَسُهُ يَنْتَهِي إِلَى حَيْثُ يَنْتَهِي طَرْفُهُ، فَيَطْلُبُهُ حَتَّى يُدْرِكَهُ بِبَابِ لُدٍّ، فَيَقْتُلُهُ.

Maksudnya: “Allah Taala mengutuskan al-Masih Ibn Maryam SAW. Baginda akan turun berhampiran menara putih, sebelah timur Dimasq (Syiria) antara mahrudatain, dalam keadaan meletakkan dua telapak tangan baginda di atas sayap dua malaikat. Apabila baginda menundukkan kepala dan mengangkatnya gugur dari baginda Mutiara seperti permata. Tidak akan sampai kepada seorang kafir bau nafas baginda melainkan orang kafir itu akan mati dan bau nafas baginda akan sampai sejauh jarak boleh sampai pandangan baginda. Baginda akan mencari dajjal dan akan mendapatinya di pintu Ludd dan baginda akan membunuh dajjal di situ.” (Diriwayatkan oleh Muslim, al-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad dan lainnya)

 

  1. Nabi SAW mensifatkan al-Mahdi dengan sifat yang mulia jauh dari sifat melampau. Baginda mensifatkan al-Mahdi sebagai seorang lelaki dari keluarga baginda (رَجُلٌ مِنْ عِتْرَتِي), seorang lelaki dari kalangan kita (رَجُلٌ مِنَّا), seorang khalifah dari kalangan para khalifah kamu semua (خَلِيفَةٌ مِنْ خُلَفَائِكُمْ), seorang pemimpin (أَمِيرُهُمُ المَهْدِيّ), seorang imam yang saleh (إِمَامُهُمْ رَجُلٌ صَالِح) dan seumpamanya.

 

  1. Sebagai seorang Mujaddid, beliau akan menyelesaikan tugas mengembalikan manusia kepada Agama Allah. Setelah itu meninggal dunia tanpa bermain di fikirannya beliau adalah seorang al-Mahdi.[1] Oleh itu, al-Mahdi yang sebenar, tidak menyebut secara pasti beliau adalah al-Mahdi. Sebaliknya beliau diketahui sebagai al-Mahdi adalah dengan memenuhi sifat al-Mahdi seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda.

 

  1. Tumpuan utama dan yang terpenting dalam perjalanan hidup seorang al-Mahdi ialah berkhidmat untuk agama dan umat, sebelum dia dinobatkan sebagai al-Mahdi. Inilah yang dapat difahami dari para ulama salaf yang menunjukkan keraguan mereka apabila terdapat individu yang didakwa sebagai al-Mahdi.

 

  1. Al-Mahdi di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tidak lain dari seorang pemimpin umat Islam yang menyebarkan keadilan dan menegakkan syari‘at Islam.

 

  1. Al-Mahdi akan dilahirkan di akhir zaman dan memegang tampok pemerintahan umat Islam. Ia berbeza dengan keyakinan golongan Syi‘ah yang mendakwa al-Mahdi telah ada dan hanya menunggu waktu keluarnya.

 

  1. Keluarnya dajjal dan turunnya Isa AS dari langit adalah di zaman al-Mahdi.

 

  1. al-Mahdi bukan seorang yang maksum.

 

  1. Al-Mahdi bukan seperti seorang Nabi atau Rasul utusan Allah SWT yang wajib mengistiharkan kenabian atau kerasulan mereka. Oleh itu tidak semestinya berlaku pengistiharan dari al-Mahdi beliaulah yang memegang tugas seorang al-Mahdi. Sebaliknya seorang al-Mahdi adalah seorang mujaddid yang berkhidmat mengembalikan umat Islam kepada agama Allah yang sebenarnya. Maka tidak mustahil al-Mahdi sendiri tidak sedar beliau adalah al-Mahdi yang sebenarnya.   

 

  1. Dunia akan melihat seorang lelaki yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan akhlak, ciri-ciri pemimpin yang menjadi harapan kebangkitan dan pemurnian agama, seorang pemimpin yang terserlah dengan sifat-sifat kepimpinan yang jarang ditemui pada orang biasa. Berdasarkan apa yang dilakukan oleh al-Mahdi dengan kembalinya keagungan kepada Islam, dibandingkan semua itu dengan zaman sebelumnya terdiri dari kerosakan, penindasan dan kezaliman. Manakala di zaman kepimpinannya pula tertegaknya kebenaran dan keadilan, tahulah orang ramai bahawa beliau adalah seorang yang dinantikan iaitulah al-Mahdi yang menyebar-luaskan keadilan kepada semua manusia.


[1] Al-Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam dalam al-Mahdi, 454 menyebut: ثم يموت دون أن يدور بخلده أنه مجدد di mana  الخَلَدُ ialah البَال والنَفْس. Orang ‘Arab berkata: لم يدر في خَلَدِيْ كذا  (Lihat Mu’jam al-Wasith)


Cetak  
Wallahu a'lam