DEFINASI
Quburiyyah (القبوريّة) adalah kata terbitan sinai‘e (مصدر صناعي). Kata mufradnya ialah quburiy (قبوري), pluralnya ialah quburiyyun (قبوريون). Dimaksudkan dengan quburiyyun di sini ialah; mereka yang melampau terhadap kubur, memuliakan kubur lebih dari kadar sepatutnya, menjadikan kubur sebagai tempat melakukan amalan-amalan ritual yang terdapat tegahan di dalam syarak seperti menjadikan kubur sebagai tempat melakukan tawaf, menunaikan solat, tempat untuk berzikir, melakukan ibadat menyembelih haiwan, tempat bernazar, menjadikan kubur sebagai tempat untuk meminta pertolongan kepada selain Allah dan seumpamanya.
Al-San‘ani (W1186H) dalam Tathir al-I’tiqad ‘An Adran al-Ilhad 1/61 menyebut:
والنَّذرُ بالمال للميت ونحوه، والنَّحر على القبر والتوسل به وطلب الحاجات منه، هو بعينه الذي كانت تفعله الجاهلية، وإنَّما كانوا يفعلونه لِمَا يسمُّونه وثنًا وصنمًا، وفعله القبوريون لِمَا يسمُّونه وليًّا وقبرًا ومَشهدًا، والأسماء لا أثر لها ولا تغيِّر المعاني ضرورة لغوية وعقلية وشرعية
Maksudnya: “Bernazar dengan harta kepada orang mati dan seumpamanya, menyembelih haiwan korban di kubur, bertawassul dengan penghuni kubur, meminta hajat-hajat dari penghuni kubur adalah persis apa yang dilakukan masyarakat jahiliah. Hanya sahaja yang membezakannya ialah masyarakat jahiliyyah melakukannya kepada patung dan berhala, manakala quburiyyun melakukannya kepada apa yang mereka namakan sebagai wali, qubur dan masyhad. (Perbezaan) Nama-nama ini tidak memberi kesan dan tidak mengubah hakikat sebenar pada bahasa, akal dan syarak.”
Quburiyyah dengan makna ini dan golongannya yang dinamakan quburiyyun berlaku dalam sepanjang sejarah manusia. Keadaan ini mendorong Nabi SAW bersabda dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
قَاتَلَ اللَّهُ اليَهُودَ، اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ
Maksudnya: “Semoga Allah membinasakan Yahudi, mereka menjadikan kubur para nabi mereka sebagai masjid.” (al-Bukhari dan Muslim)
ASAL-USUL QUBURIYYAH DALAM KALANGAN UMAT ISLAM
Tidak berlaku sebarang bentuk pengagungan kepada mana-mana kubur di zaman awal umat Islam. Al-Samhudi RH dalam Wafa’ al-Wafa Bi Akhbar Dar al-Mustafa 3/93 berkata:
وإنما أوجب عدم العلم بعين قبر فاطمة رضي الله تعالى عنها وغيرها من السلف ما كانوا عليه من عدم البناء على القبور وتجصيصها
Maksudnya: “Tidak diketahui kedudukan kubur Fatimah (binti Rasulillah SAW) RA dan kubur selain beliau dari kalangan generasi Salaf hanyalah kerana tidak ada binaan dan simen yang dibuat di atas kubur mereka.”
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH mendakwa kemelampauan pada kubur berlaku di penghujung abad ke tiga Hijri. Beliau RH dalam Majmu’ al-Fatawa 27/465-466 ketika membicarakan tentang Khilafah Bani al-‘Abbas berkata:
فِي أَوَائِلِهَا وَفِي حَالِ اسْتِقَامَتِهَا فَإِنَّهُمْ حِينَئِذٍ لَمْ يَكُونُوا يُعَظِّمُونَ الْمَشَاهِدَ سَوَاءٌ مِنْهَا مَا كَانَ صِدْقًا أَوْ كَذِبًا كَمَاحَدَثَ فِيمَا بَعْدُ، لِأَنَّ الْإِسْلَامَ كَانَ حِينَئِذٍ مَا يَزَالُ فِي قُوَّتِهِ وَعُنْفُوَانِهِ. وَلَمْ يَكُنْ عَلَى عَهْدِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِيهِمْ مِنْ ذَلِكَ شَيْءٌ فِي بِلَادِ الْإِسْلَامِ لَا فِي الْحِجَازِ وَلَا الْيَمَنِ وَلَا الشَّامِ وَلَا الْعِرَاقِ وَلَا مِصْرَ وَلَا خُرَاسَانَ وَلَا الْمَغْرِبِ وَلَمْ يَكُنْ قَدْ أُحْدِثَ مَشْهَدٌ لَا عَلَى قَبْرِ نَبِيٍّ وَلَا صَاحِبٍ وَلَا أَحَدٍ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ وَلَا صَالِحٍ أَصْلًا؛ بَلْ عَامَّةُ هَذِهِ الْمَشَاهِدِ مُحْدَثَةٌ بَعْدَ ذَلِكَ. وَكَانَ ظُهُورُهَا وَانْتِشَارُهَا حِينَ ضَعُفَتْ خِلَافَةُ بَنِي الْعَبَّاسِ وَتَفَرَّقَتْ الْأُمَّةُ وَكَثُرَ فِيهِمْ الزَّنَادِقَةُ الْمُلَبِّسُونَ عَلَى الْمُسْلِمِينَ وَفَشَتْ فِيهِمْ كَلِمَةُ أَهْلِ الْبِدَعِ وَذَلِكَ مِنْ دَوْلَةِ الْمُقْتَدِرِ فِي أَوَاخِرَ الْمِائَةِ الثَّالِثَةِ. فَإِنَّهُ إذْ ذَاكَ ظَهَرَتْ الْقَرَامِطَةُ العبيدية القداحية بِأَرْضِ الْمَغْرِبِ. ثُمَّ جَاءُوا بَعْدَ ذَلِكَ إلَى أَرْضِ مِصْرَ. وَيُقَالُ: إنَّهُ حَدَثَ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ: الْمُكُوسُ فِي الْإِسْلَامِ. وَقَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ ظَهَرَ بَنُو بويه وَكَانَ فِي كَثِيرٍ مِنْهُمْ زَنْدَقَةٌ وَبِدَعٌ قَوِيَّةٌ. وَفِي دَوْلَتِهِمْ قَوِيَ بَنُو عُبَيْدٍ الْقَدَّاحِ بِأَرْضِ مِصْرَ وَفِي دَوْلَتِهِمْ أُظْهِرَ الْمَشْهَدُ الْمَنْسُوبُ إلَى عَلِيٍّ رضي الله عنه بِنَاحِيَةِ النَّجَفِ وَإِلَّا فَقَبْلَ ذَلِكَ لَمْ يَكُنْ أَحَدٌ يَقُولُ: إنَّ قَبْرَ عَلِيٍّ هُنَاكَ وَإِنَّمَا دُفِنَ عَلِيٌّ رضي الله عنه بِقَصْرِ الْإِمَارَةِ بِالْكُوفَةِ وَإِنَّمَا ذَكَرُوا أَنَّ بَعْضَهُمْ حَكَى عَنْ الرَّشِيدِ: أَنَّهُ جَاءَ إلَى بُقْعَةٍ هُنَاكَ وَجَعَلَ يَعْتَذِرُ إلَى الْمَدْفُونِ فِيهَا فَقَالُوا: إنَّهُ عَلِيٌّ وَأَنَّهُ اعْتَذَرَ إلَيْهِ مِمَّا فَعَلَ بِوَلَدِهِ فَقَالُوا: هَذَا قَبْرُ عَلِيٍّ وَقَدْ قَالَ قَوْمٌ إنَّهُ قَبْرُ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ
Maksudnya: “Pada zaman awal dan masa keutuhannya (Khilafah Bani al-‘Abbas), mereka tidak mengagungkan al-Masyahid (kubur-kubur yang menjadi tempat perhimpunan ramai), sama ada (kubur itu) benar atau palsu seperti yang berlaku selepas itu. Ini kerana Islam pada masa itu masih kuat dan segar. Tiada sama sekali (sebarang kubur yang menjadi tempat perhimpuan ramai) di zaman para Sahabat, para Tabi‘en dan Tabi’ Tabi‘en di mana-mana negeri Islam, sama ada di Hijaz, maupun di Yaman, di Sham, di Iraq, atau di Mesir, tiada juga di Khurasan mahupun di Maghrib. Tidak pernah ada al-Masyhad (kubur yang menjadi perhimpunan ramai) sama ada pada kubur seorang Nabi, atau seorang sahabat, atau seorang dari kalangan Ahl al-Bait, atau orang yang soleh sama sekali. Bahkan semua kubur masyhad ini mula wujud selepas itu. Kemunculan dan tersebarnya perkara ini terjadi ketika khilafah Bani Abbas semakin lemah dan umat Islam semakin berpecah-belah. Dalam masa yang sama golongan zindik yang menimbulkan kekeliruan ke atas umat Islam semakin ramai, tersebar pula seruan ahli bid’ah dari Daulah al-Muqtadir di penghujung abad ketiga Hijri. Pada masa itu juga muncul pula golongan al-Qaramitah al-Ubaidiyyah al-Qadahiyyah di Maghrib yang kemudiannya mereka datang ke Mesir. Dikatakan juga dalam masa yang hampir sama merebaknya bebanan cukai dalam negeri orang Islam. Demikian juga muncul Bani Buweih yang kebanyakan mereka adalah para zindiq dan ahli bidaah yang tegar. Dalam pemerintahan mereka (Daulah al-Muqtadir), Bani Ubaid al-Qaddah menjadi semakin kuat di Mesir. Ketika itu juga terzahirnya kubur masyhad (kubur yang menjadi tempat perhimpunan ramai) yang didakwa kubur Ali RA di salah satu wilayah di Najaf. Sebelum itu, belum ada seorang pun yang mengatakan bahawa kubur Ali terletak di Najaf. Sebaliknya Ali RA dikebumikan di istana pentadbiran di Kufah. (Tentang dakwaan kubur ‘Ali di Najaf) sebahagian mereka hanya bersandarkan dengan cerita yang dikisahkan dari al-Rasyid yang kononnya beliau telah datang ke suatu tempat di Najaf dan meminta maaf kepada mayat yang dikebumikan di tempat itu. Lalu orang ramai berkata: “Mayat yang dikebumikan di situ adalah ‘Ali. al-Rasyid meminta maaf kepada Ali (yang telah dikebumikan), kerana apa yang telah diperlakukan kepada anak ‘Ali. Lalu orang ramai berkata inilah kubur ‘Ali. Terdapat juga dakwaan yang mengatakan kubur tersebut adalah kubur al-Mughirah bin Syu'bah.”
TERSEBARNYA QUBURIYYAH DALAM DUNIA ISLAM
Terdapat dua sebab utama tersebarnya pemikiran quburiyyah dalam masyarakat Islam. Pertama disebabkan kejahilan dan kedua disebabkan kecuaian para ulama dari membenterasnya.
Najitahnya pemikiran quburiyyah tersebar di kota-kota umat Islam seperti di Mesir, sehingga hampir tiada bandar dan kota di Mesir melainkan ada sahaja kubur masyhad yang menjadi tempat kunjungan dan perhimpunan masyarakat. Lalu kubur dijadikan tempat pergantungan dan amalan-amalan ritual atas alasan memuliakan orang saleh atau wali yang telah meninggal dunia. ‘Arafah ‘Abdul ‘Ali dalam Mawalid Misr al-Mahrusah, halaman: 7 berkata:
وأضرحة الأولياء التي تنتشر في مدن مصر ونحو ستة آلاف قرية: هي مراكز لإقامة الموالد للمريدين والمحبين، ويمكننا القول: إنه من الصعب أن نجد يوما على مدار السنة ليس فيه احتفال بمولد ولي في مكان ما بمصر
Maksudnya: “Makam para wali yang bertebaran di seluruh kota-kota dan sekitar 6000 kampung di Mesir, menjadi pusat-pusat tumpuan mengadakan hari sambutan kelahiran untuk para pengikut dan pencinta para wali. Kita boleh katakan, sukar untuk kita dapati satu hari sepanjang tahun yang tidak ada perayaan kelahiran seorang wali di mana-mana tempat di Mesir.”
Ali Basha Mubarak dalam al-Khutut al-Taufiqiyyah al-Jadidah 1/244 menyebut pada zamannya, di Kaherah sahaja terdapat 294 buah maqam. Maqam yang paling terkenal ialah maqam al-Hussein, maqam Sayyidah Sakinah, maqam Sayyidah Nafisah, maqam Sayyidah Zainab, dan maqam al-Laith bin Saad. Semua maqam ini dibina pula di atasnya masjid-masjid jami’ dan selainnya.
Dr. Su‘ad Mahir pula dalam Masajid Misr Wa Awliya-uha al-Salihun 1/44 menyebut maqam yang masyhur di Mesir mencecah bilangan lebih dari 1000 buah. Maqam yang terkenal berada di luar Kaherah, dinamakan maqam al-Sayyid al-Badawi di Tanta, maqam Ibrahim al-Dasuqi di Dasuq, maqam Abi al-‘Abbas al-Mursi dan Abi al-Darda di Iskandariah, maqam Abi al-Hasan al-Syazili di perkampungan Humaitharah, di Wilayah Laut Merah dan lainnya.
Demikian juga di Sham terdapat lebih puluhan maqam dan kubur yang menjadi tempat ziarah dan perhimpunan ramai. Al-Qayani (القاياني) menyebut, ketika beliau menziarahi Sham, terdapat lebih 40 buah maqam yang dibina di Sham. ‘Ali al-Zahrani dalam al-Inhirafat al-‘Aqadiyyah wa al-‘Ilmiyyah fi al-Qarnain al-Thalith ‘Asyar wa al-Rabi’ ‘Asyar 1/294 menyebut pada tahun 1890M, Abdul Rahman Bik Sami telah menghitung jumlah maqam yang dibina. Di Dimasyq (Syria) sahaja terdapat 194 buah maqam yang menjadi tempat perhimpunan orang ramai dan diziarahi setiap tahun. Dalam al-Rawdhah al-Ghina’ Fi Dimasyq al-Faiha’, halaman 131 menyebut, Nu’man Qistali menghitung terdapat 44 buah maqam yang masyhur, lebih dari 27 buah maqam didakwa sebagai maqam para sahabat Nabi SAW dan setiap satu maqam dibina di atasnya kubah, setiap tahun diziarahi dan diambil berkat darinya.
Di kota Qastantiniyyah ibu kota kerajaan ‘Uthmaniah terdapat 481 buah masjid jami’ yang setiap satunya memiliki kubur. Masjid Jami’ yang paling masyhur ialah yang didakwa terdapat padanya maqam Abu Ayyub al-Ansari.
Dalam al-Dakwah al-Salafiyyah Fi Syibh al-Qarah al-Hindiyyah halaman 139 menyatakan, di India terdapat lebih dari 150 buah maqam yang masyhur. Diziarahi ribuan manusia untuk melakukan berbagai bentuk bidaah dan ritual syirik.
Dalam Marahil al-Hayah Fi al-Fatrah al-Muzhlimah Wa Ma Ba’daha 1/72 menyebut, di Baghdad terdapat lebih 150 masjid jami’ di awal abad 14H, dan di kebanyakan masjid tersebut terdapat maqam.
Maulana Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi dalam Muzakkirat Sa-ih menceritakan pengalamannya ketika berada di Mesir pada tahun 1951M bersamaan 1370H halaman 71 berkata:
صلينا الظهر في مسجد السلطان حسن، ثم زرنا مسجد الرفاعي وهو مقبرة الملك فؤاد ووالده الخديوي اسماعيل وغيرهما، ثم زرنا مسجد الإمام الشافعي وقبره ومررنا بمقابر كثيرة وقلنا لو أن كل واحد من العظماء أو العلماء أو الصالحين بنيت له مقبرة لأصبحت مدينة الأموات أكبر من مدينة الأحياء، ولما وجد الأحياء شبراً لبيوتهم .
Maksudnya: “Kami solat zuhur di Masjid Sultan Hassan, kemudian kami menziarahi Masjid al-Rifa‘I yang merupakan Kawasan kubur Raja Fuad dan ayahandanya, Khadivi Ismail dan selainnya. Kemudian kami menziarahi Masjid al-Imam al-Syafi‘e dan kuburnya. Kami melalui banyak perkuburan, sehingga kami berkata: "Sekiranya setiap para pembesar atau ulama atau orang soleh apabila meninggal dunia dibinakan kawasan perkuburan untuknya, sudah pasti kota untuk orang mati itu lebih besar daripada kota orang hidup, dan pasti orang hidup tidak memperolehi kawasan untuk rumah mereka walau sejengkal.”
Berkaitan makam kepala Hussien di Kaherah Mesir, Maulana Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi, menulis:
“Perayaan Kelahiran Hussein RA
Dalam beberapa hari sekarang ini, Mesir menyambut hari kelahiran Hussein RA. Kaherah dipenuhi lampu, bunga, manisan dan pesta. Terdapat seorang lelaki yang mengagihkan roti kepada orang miskin. Orang ramai sama ada golongan miskin mahupun bukan miskin, tolak-menolak berebut-rebut untuk mendapatkannya. Di sini, dipenuhi dengan pesta yang dihiasi, kedai-kedai diperelokkan, jalan-jalan diterangi lampu. Di setiap kawasan di Kaherah, anda melihat perkumpulan orang ramai dan rombongan dari luar bandar, (dianggap) "Tetamu Saidina Hussein". Mereka datang untuk berseronok dan bersenang-senang dengan hari perayaan yang didakwa untuk seorang syahid yang dizalimi (Saidina Hussein). Dalam kalangan mereka ada yang datang untuk menziarahi tempat dikebumi kepala Saidina Husein. Mereka tidak peduli, bahkan kebanyakan ulama mereka juga tidak mempedulikan, bagaimana kepala Saidina Hussein boleh sampai di Kaherah?, Bila ia dibawa datang ke Kaherah? Siapa pula yang membawanya? Adakah kepercayaan yang tersebar luas ini mempunyai asal usul sejarah atau tidak? Mereka berasa cukup hanya dengan khabar angin yang tersebar luas, lalu mereka jadikannya sebagai asas amalan agama mereka. Bahkan mereka juga meriwayatkan satu kisah aneh, iaitulah kononnya seorang perempuan sanggup membunuh anaknya, dipenggal kepalanya, dan meletakkannya di jasad Hussein. Lalu membawa kepala Hussein yang sebenar ke Mesir untuk memuliakannya. Masyarakat Mesir mengiktiraf kemuliaan wanita ini. Mereka juga menziarahinya yang dikebumikan berhampiran dengan tempat yang didakwa dikebumikan kepala Saidina Hussain.” (Muzakkirat Sa-ih Fi al-Syarq al-'Arabi, 59-60)