Soalan:
Ustaz, apakah iblis ada isteri sepertimana Nabi Adam memiliki isteri yang bernama Hawa?
Jawapan:
Al-Quran dan hadis yang sahih tidak menjelaskan apakah iblis memiliki isteri. Namun al-Quran menyatakan iblis memiliki zuriat. Antaranya terdapat dalam surah al-Kahfi : 50:
أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاء مِن دُونِي وَهُمْ لَكُمْ عَدُوٌّ بِئْسَ لِلظَّالِمِينَ بَدَلًا
Maksudnya: “Apakah kamu semua mahu menjadikan iblis dan zuriatnya sebagai sahabat karib yang memimpin selain-Ku? Sedangkan mereka semua adalah musuh bagi kamu.”
Ayat al-Quran ini mengithbatkan zuriat kepada iblis. Persoalan yang timbul bagaimanakah iblis memperolehi zuriatnya? Al-Quran dan hadis yang sahih tidak menyatakan perkara ini secara jelas. Sebahagian ulama ada yang berpandangan iblis memperolehi zuriat melalui telur berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Barqani (البرقاني) dalam Sahihnya seperti yang dinyatakan oleh al-Nawawi dalam Riyadh al-Salihin dengan lafaz:
لاتكن أول من يدخل السوق ولا آخر من يخرج منها، فيها باض الشيطان وفرخ
Maksudnya: “Jangan kamu jadi orang terawal masuk ke pasar dan jangan juga orang terakhir keluar dari pasar. Sesungguhnya di pasar itu adalah tempat syaitan bertelur dan menetap.”
Selain itu, al-Quran dan hadis yang sahih juga tidak ada menyebut tentang nama pasangan iblis. Kesimpulan dari persoalan ini saya datangkan huraian al-Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti dalam tafsirnya Adhwa’ al-Bayan 4/158 ketika menafsirkan ayat 50 dari surah al-Kahfi di atas, beliau berkata:
وقوله في هذه الآية الكريمة: { وذريته } دليل على أن للشيطان ذرية. فادعاء أن لا ذرية له مناقض لهذه الآية مناقضة صريحة كما ترى. وكل ما ناقض صريح القرآن فهو باطل بلا شك! ولكن طريقة وجود نسله هل هي عن تزويج أو غيره . لا دليل عليها من نص صريح، والعلماء مختلفون فيها. وقال الشعبي: سألني الرجل: هل لإبليس زوجة؟ فقلت: إن ذلك عرس لم أشهده! ثم ذكرت قوله تعالى: { أفتتخذونه وذريته أوليآء من دوني } فعلمت أنه لا تكون ذرية إلا من زوجة فقلت: نعم. وما فهمه الشعبي من هذه الآية من أن الذرية تستلزم الزوجة روي مثله عن قتادة. وقال مجاهد : إن كيفية وجود النسب منه أنه أدخل فرجه في فرج نفسه فباض خمس بيضات: قال: فهذا أصل ذريته. وقال بعض أهل العلم: إن الله تعالى خلق له في فخده اليمنى ذكرا، وفي اليسرى فرجا ، فهو ينكح هذا بهذا فيخرج له كل يوم عشر بيضات، يخرج من كل بيضة سبعون شيطانا وشيطانة . ولا يخفى أن هذه الأقوال ونحوها لا معول عليها لعدم اعتضادها بدليل من كتاب أو سنة. فقد دلت الآية الكريمة على أن له ذرية. أما كيفية ولادة تلك الذرية فلم يثبت فيه نقل صحيح، ومثله لا يعرف بالرأي. وقال القرطبي في تفسير هذه الآية: قلت: الذي ثبت في هذا الباب من الصحيح ما ذكره الحميري في الجمع بين الصحيحين عن الإمام أبي بكر البرقاني: أنه خرج في كتابه مسندا عن أبي محمد عبد الغني بن سعيد الحافظ، من رواية عاصم، عن أبي عثمان، عن سلمان قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تكن أول من يدخل السوق ولا آخر من يخرج منها ، فيها باض الشيطان وفرخ، وهذا يدل على أن للشيطان ذرية من صلبه .قال مقيده عفا الله عنه: هذا الحديث إنما يدل على أنه يبيض ويفرخ، ولكن لا دلالة فيه على ذلك . هل هي من أنثى هي زوجة له، أو من غير ذلك. مع أن دلالة الحديث على ما ذكرنا لا تخلو من احتمال. لأنه يكثر في كلام العرب إطلاق باض وفرخ على سبيل المثل، فيحتمل معنى باض وفرخ أنه فعل بها ما شاء من إضلال وإغواء ووسوسة ونحو ذلك على سبيل المثل، لأن الأمثال لا تغير ألفاظها . وما يذكره كثير من المفسرين وغيرهم من تعيين أسماء أولاده ووظائفهم التي قلدهم إياها؛ كقوله: زلنبور صاحب الأسواق. وتبر صاحب المصائب يأمر بضرب الوجوه وشق الجيوب ونحو ذلك . والأعور صاحب أبواب الزنى. ومسوط صاحب الأخبار يلقيها في أفواه الناس فلا يجدون لها أصلا . وداسم هو الشيطان الذي إذا دخل الرجل بيته فلم يسلم ولم يذكر اسم الله بصره ما لم يرفع من المتاع ويحسن موضعه يثير شره على أهله . وإذا أكل ولم يذكر اسم الله أكل معه. والولهان صاحب الطهارة يوسوس فيها، والأقيس صاحب الصلاة يوسوس فيها، ومرة صاحب المزامير وبه كان يكنى إبليس ، إلى غير ذلك من تعيين أسمائهم ووظائفهم - كله لا معول عليه؛ إلا ما ثبت منه عن النبي صلى الله عليه وسلم. ومما ثبت عنه صلى الله عليه وسلم من تعيين وظيفة الشيطان واسمه ما رواه مسلم رحمه الله في صحيحه: حدثنا يحيى بن خلف الباهلي ، حدثنا عبد الأعلى عن سعيد الجريري عن أبي العلاء: أن عثمان بن أبي العاص أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله ، إن الشطان قد حال بيني وبين صلاتي وقراءتي يلبسها علي!! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ذاك شيطان يقال له خنزب . فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه ، واتفل عن يسارك ثلاثا قال: ففعلت ذلك فأذهبه الله عني . وتحريش الشيطان بين الناس وكون إبليس يضع عرشه على البحر ، ويبعث سرايا فيفتنون الناس فأعظمهم عنده أعظمهم فتنة - كل ذلك معروف ثابت في الصحيح . والعلم عند الله تعالى
Maksudnya lebih kurang: “Pada firman Allah yang mulia ini (yang bermaksud): “Dan zuriatnya (zuriat syaitan)” adalah bukti syaitan memiliki zuriat. Dakwaan yang mengatakan syaitan tidak memiliki zuriat adalah dakwaan yang jelas bertentangan dengan ayat ini seperti yang kamu dapat perhatikan. Setiap yang bertentangan dengan sesuatu yang jelas dari al-Quran adalah satu kebatilan tanpa ragu. Akan tetapi bagaimana wujudnya zuriat syaitan, apakah melalui perkahwinan atau selainnya? Tiada bukti menjelaskannya dari nas yang jelas. Para ulama berbeza pandangan dalam perkara ini. Kata al-Sya’bi: “Pernah seorang lelaki bertanya kepadaku: “Apakah iblis mempunyai isteri?” Aku menjawab: “Sesungguhnya ia satu perkahwinan yang belum pernah aku menyaksikannya! Kemudian aku teringat firman Allah: “Apakah kamu semua mahu menjadikan iblis dan zuriatnya sebagai sahabat karib yang memimpin selain-Ku?” maka aku tahu bahawa tidak akan ada zuriat melainkan mesti perlu ada pasangan (isteri). Lalu aku berkata: “Ya (syaitan ada isteri).” Apa yang difahami oleh al-Sya’bi dari ayat al-Quran ini bahawa apabila ada zuriat maka sudah pasti ada pasangan diriwayatkan juga dari Qatadah. Kata Mujahid: “Sesungguhnya cara wujudnya zuriat iblis iatulah dengan cara iblis memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluannya yang satu lagi, lalu dia menelurkan lima telur.” Inilah asal zuriat iblis. Sebahagian ulama lain berkata pula: “Sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan di peha kanan iblis zakar dan disebelah peha kirinya pula faraj, iblis menikahkan zakar di peha kanannya dengan faraj di peha kirinya. Keluarlah pada setiap hari 10 telur. Dari setiap telur pula akan keluar 70 syaitan jantan dan betina. (kata al-Syanqiti) Tidak tersembunyi lagi bahawa semua pandangan ini dan yang seumpama dengannya tidak memiliki sandaran kerana ketiaadaan penguat dan penyokong dari al-Quran mahupun al-Sunnah. Sesungguhnya ayat al-Quran yang mulia ini hanya menyatakan iblis memiliki zuriat. Adapun bagaimana cara wujudnya zuriat bagi iblis, tidak thabit dalam satu riwayat yang sahih sekalipun. Perkara seumpama ini tidak dapat diketahui dengan pandangan. al-Qurtubi pula dalam tafsirnya kepada ayat ini berkata: “Sesuatu yang thabit dalam bab ini dari hadis yang sahih adalah apa yang disebut oleh al-Humairi dalam kitabnya al-Jam’u Bain al-Sahihain daripada al-Imam Abu Bakr al-Barqani yang meriwayatkan dalam kitabnya secara bersanad daripada Abu Muhammad ‘Abdul Ghani bin Sa‘id al-Hafidz, daripada riwayat ‘Asim daripada Abu ‘Uthman, daripada Salman yang berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu jadi orang terawal masuk ke pasar dan jangan juga orang terakhir keluar dari pasar. Sesungguhnya di pasar itu adalah tempat syaitan bertelur dan menetap.” Hadis ini menunjukkan syaitan memiliki zuriat dari sulbinya. Orang yang memberi komentar kepada perkataan ini, semoga Allah memberi kemaafan kepada-Nya (merujuk kepada diri beliau sendiri, Muhammad al-Amin al-Syanqiti) berkata: “Hadis ini hanya menunjukkan iblis itu bertelur dan menetap tinggal (di pasar). Akan tetapi hadis tidak menunjukkan apa yang dinyatakan oleh al-Qurtubi. Apakah ia dari pasangan atau isterinya atau selainnya. Dalam masa yang sama, apa yang telah kami sebutkan sebelum ini memiliki kemungkinan juga dari petunjuk hadis, kerana banyak percakapan, Arab melontarkan ungkapan “bertelur dan menetap (seperti yang disebut dalam hadis)” sebagai perumpamaan. Maka difahami dari makna “bertelur dan menetap” itu kepada perbuatan syaitan di pasar yang bertujuan menyesatkan, memalingkan, membisikkan keraguan dan seumpamanya dalam bentuk perumpamaan. Ini kerana perumpamaan-perumpamaan tidak diubah lafaz-lafaznya. Apa yang disebut oleh ramai ahli tafsir dan selain mereka terdiri dari menetapkan nama-nama anak syaitan dan tugas-tugas yang dipikulkan ke atas mereka, seperti nama Zalanbur merujuk kepada syaitan yang berada di pasar-pasar, nama Tabar, syaitan yang menghasut manusia ketika ditimpa musibah untuk menampar muka dan mengoyakkan leher baju, nama al-A’war, syaitan yang menggoda ke pintu zina, nama Miswath, syaitan yang mencampakkan berita-berita palsu lalu ia dituturkan oleh mulut-mulut manusia, nama Dasim iaitulah syaitan yang jika ada seseorang lelaki masuk ke dalam rumahnya tidak menyebut nama Allah, syaitan itu akan menampakkan kepadanya perhiasan rumah yang belum diangkat dan diletakkan bukan pada tempatnya dan syaitan yang menyebarkan keburukan lelaki itu kepada isterinya. Apabila lelaki itu makan tidak menyebut nama Allah, Dasim ini akan makan bersamanya, nama al-Walahan, syaitan yang mendatangkan was-was ketika bersuci, nama al-Aqyas, syaitan yang mengganggu solat, nama Murrah, syaitan yang menggoda manusia dengan muzik, dengan nama inilah digelar untuk iblis dan seumpamanya dari perbuatan menetapkan nama-nama dan tugas-tugas yang tiada sandaran kukuh. Melainkan antara perkara yang thabit dari Nabi SAW dalam penetapan tugas syaitan dan namanya iaitulah berdasarkan riwayat Muslim RH dalam sahihnya: “Bahawa ‘Uthman bin Abi al-‘Ash pernah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah mengganggu aku dalam solat dan bacaanku, ia menjadikan aku keliru. Sabda Nabi SAW: “Itulah syaitan yang dipanggil Khinzab. Jika kamu diganggu olehnya ketika solat, maka berlindunglah dengan Allah dan ludahlah ke sebelah kiri tiga kali.” Kata ‘Uthman bin Abi al-‘Ash: “Aku melakukan seperti yang diajarkan oleh baginda, maka benar Allah telah menjauhkan syaitan itu daripadaku.” (Demikian juga thabit) Usaha syaitan merosakkan hubungan sesama manusia, iblis meletakkan singgahsananya di lautan, iblis mengutuskan para tenteranya untuk mendatangkan fitnah (keburukan) kepada manusia, syaitan yang paling mulia di sisi iblis adalah syaitan yang lebih hebat mendatangkan fitnah kepada manusia yang semua perkara ini thabit dari hadis yang sahih.”