Soalan:
Benarkan sahabat Nabi SAW yang Bernama Saad bin Mu'adz juga diazab di dalam kubur? Sehingga berselisih tulang rusuknya? Jika begitu apakah kanak-kanak juga akan di azab?
Jawapan:
Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
لو نجا أحد من ضمة القبر لنجا سعد بن معاذ، ولقدضم ضمة ثم رخي عنه
"Jika ada seseorang yang terselamat daripada himpitan kubur, maka sudah tentu Saad bin Mu'adz akan terselamat. Namun, dia tetap mengalami himpitan, kemudian ia dilonggarkan." (Hadis diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir daripada Ibnu Abbas RA, dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Sahih Al-Jami').
Nabi ﷺ juga bersabda:
إن للقبر ضغطة، ولو كان أحد ناجياً منها لنجا سعد بن معاذ
"Sesungguhnya setiap kubur memiliki himpitan. Jika ada seseorang yang terselamat daripadanya, maka pasti selamatlah Saad bin Mu'adz." (Hadis diriwayatkan oleh Ahmad daripada Aisyah RA).
Maksud Hadis:
Allah SWT telah menetapkan himpitan kubur untuk setiap orang yang meninggal dunia. Jika ada seseorang yang terselamat daripadanya kerana keutamaan dan kedudukannya di sisi Allah, maka Saad bin Mu'adz r.a. pasti termasuk dalam golongan tersebut. Nabi ﷺ mengucapkan sabda ini ketika Saad r.a. wafat, sebagai pengiktirafan terhadap kedudukannya yang tinggi dalam Islam, pengorbanannya di jalan Allah, serta usahanya dalam membantu Rasulullah ﷺ.
Bahkan, Nabi ﷺ juga bersabda mengenai Saad r.a.:
اهتز العرش لموت سعد بن معاذ
"Arasy bergoncang kerana kematian Saad bin Mu'adz." (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Jabir r.a.).
Terdapat banyak hadis lain yang menyebut keutamaan dan kehebatan sahabat mulia ini, Saad bin Mu'adz r.a. Semoga Allah meredai dan memberkatinya.
Apakah Setiap Himpitan Kubur Itu Berupa Azab?
Asal permasalahan terletak pada pemahaman bahawa himpitan kubur ini dianggap semestinya satu bentuk azab atau hukuman, namun pemahaman seperti ini tidak benar.
Bagi orang beriman, terutamanya mereka yang mencapai kesempurnaan iman seperti Saad bin Mu'adz r.a., apatah lagi kanak-kanak yang turut mengalami himpitan kubur, mereka semua bukanlah tergolong dalam kalangan yang diazab di kubur mereka. Dalam hal ini, Imam Adz-Dzahabi memberikan komentar dalam Siyar A'lam An-Nubala tentang hadis himpitan kubur ke atas Sa‘ad bin Mu‘az, dengan mengatakan:
هذه الضمة ليست من عذاب القبر في شيء، بل هو أمر يجده المؤمن كما يجد ألم فقد ولده وحميمه في الدنيا، وكما يجد من ألم مرضه وألم خروج نفسه، وألم سؤاله في قبره وامتحانه، وألم تأثره ببكاء أهله عليه، وألم قيامه من قبره، وألم الموقف وهوله، وألم الورود على النار، ونحو ذلك . فهذه الأراجيف كلها قد تنال العبد، وما هي من عذاب القبر، ولا من عذاب جهنم قط، ولكن العبد التقي يرفق الله به في بعض ذلك أو كله، ولا راحة للمؤمن دون لقاء ربه
"Himpitan kubur ini bukanlah sebahagian daripada azab kubur, tetapi ia adalah perkara yang dirasai oleh orang beriman, seperti perasaan sedih kehilangan anak atau orang tersayang di dunia, rasa sakit akibat penyakit, kesakitan ketika nyawa dicabut, kesukaran menghadapi soalan kubur dan ujiannya, kesedihan mendengar tangisan keluarganya, kesukaran bangkit dari kubur, kengerian di Padang Mahsyar, dan rasa gentar ketika melintasi (titian sirat yang dibentangkan di atas permukaan) neraka. Semua ujian ini boleh menimpa seseorang, tetapi ia bukan termasuk azab kubur atau azab neraka. Namun, Allah Maha Lembut kepada hamba-hamba-Nya yang bertakwa, sehingga Dia meringankan atau menghilangkan sebahagian atau seluruh ujian ini untuk mereka. Tiada ketenangan sepenuhnya bagi orang beriman sehingga dia bertemu Tuhannya."
Kata Dr. Muhammad Haidar dalam tesis PhDnya tentang Al-Barzakh:
ضمة القبر نائلة كل أحد، إلا أنها مختلفة الاعتبار، فهي عذاب في القبر في حق الكافر والمنافق، وليست عذاباً في حق المؤمن المطيع
"Himpitan kubur akan dirasai oleh semua orang, tetapi ia berbeza sifatnya. Bagi orang kafir dan munafik, ia adalah azab. Namun, bagi orang beriman yang taat, ia bukanlah azab."
Al-Imam As-Safarini dalam Lawami' Al-Anwar berkata:
قال أبو القاسم السعدي: والفرق بين المسلم والكافر في ضمة القبر دوامها للكافر، وحصول هذه الحالة للمؤمن في أول نزوله إلى قبره ثم يعود الانفساح له فيه. قال: والمراد بضغطة القبر التقاء جانبيه على جسد الميت
"Menurut Abu Al-Qasim As-Sa'di, perbezaan antara Muslim dan kafir dalam himpitan kubur ialah bagi orang kafir, himpitan itu berterusan. Sedangkan bagi orang beriman, ia hanya berlaku ketika dia mula masuk ke dalam kubur, kemudian kubur itu kembali luas baginya." Beliau menambah: "Maksud himpitan kubur ialah bertemunya sisi-sisi kubur dengan jasad mayat."
Setelah itu beliau nukilkan perkataan Muhammad At-Tamimi yang berkata:
ضمة القبر إنما أصلها أن الأرض أمهم ومنها خلقوا، فغابوا عنها الغيبة الطويلة فلما ردوا إليها وهم أولادها ضمتهم ضمة الوالدة إذا غاب عنها ولدها ثم قدم، فمن كان مطيعا ضمته برفق، ومن كان عاصيا ضمته بعنف سخطا لربها عليه. وقد أخرج البيهقي وابن منده والديلمي وابن النجار عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت: يا رسول الله إنك منذ حدثتني بصوت منكر ونكير وضغطة القبر ليس ينفعني شيء ؟ قال: "يا عائشة إن أصوات منكر ونكير في سماع المؤمنين كإثمد في العين، وإن ضغطة القبر على المؤمن كالأم الشفيقة يشكو إليها ابنها الصداع فتغمز رأسه غمزا رفيقا، ولكن يا عائشة ويل للشاكين في الله كيف يضغطون في قبورهم كضغطة الصخرة على البيضة
"Asal himpitan kubur ialah kerana bumi adalah ibu kepada mereka semua (manusia), darinya mereka diciptakan. Apabila mereka meninggalkannya untuk masa yang lama, kemudian dikembalikan kepadanya sebagai anak-anaknya, maka bumi akan memeluk mereka seperti seorang ibu memeluk anaknya setelah lama berpisah. Jika seseorang itu taat, bumi memeluknya dengan lembut. Tetapi jika dia seorang yang derhaka, bumi memeluknya dengan kasar kerana marah atas dosa-dosanya terhadap tuhannya. Al-Baihaqi, Ibn Mandah, Ad-Dailami, dan Ibn An-Najjar meriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang berkata: “Wahai Rasulullah, sejak engkau menceritakan tentang suara Munkar dan Nakir serta himpitan kubur, tiada apa yang memberi manfaat kepadaku?" Nabi ﷺ menjawab: "Wahai Aisyah, suara Munkar dan Nakir bagi orang beriman adalah seperti celak pada mata, dan himpitan kubur bagi orang beriman adalah seperti seorang ibu yang penyayang memicit kepala anaknya yang sakit dengan lembut. Tetapi, wahai Aisyah, celakalah bagi mereka yang ragu terhadap Allah, bagaimana mereka akan dihimpit dalam kubur mereka seperti batu menghimpit telur."
Sheikh Ibn Uthaimin dalam Liqa'at Al-Bab Al-Maftuh berkata:
هذا الحديث مشهور عند العلماء، وعلى تقدير صحته، فإن ضمة الأرض للمؤمن ضمة رحمة وشفقة، كالأم تضم ولدها إلى صدرها. أما ضمتها للكافر فهي ضمة عذاب والعياذ بالله
"Hadis ini (hadis tentang himpitan kubur sekalipun ke atas Sa‘ad bin Mu‘az) terkenal di kalangan ulama, dan jika ia sahih, maka himpitan kubur bagi orang beriman adalah himpitan kasih sayang dan kelembutan, seperti seorang ibu memeluk anaknya ke dadanya. Namun, bagi orang kafir, himpitan itu adalah himpitan azab, wal ‘iyazubillah."
Al-Imam Al-Munawi dalam Fayd Al-Qadir menyatakan:
المؤمن الكامل ينضم عليه ثم ينفرج عنه سريعاً، والمؤمن العاصي يطول ضمه ثم يتراخى عنه بعد، وأن الكافر يدوم ضمه أو يكاد أن يدوم
"Bagi orang beriman yang sempurna imannya, himpitan kubur hanya berlaku sebentar dan akan berakhir dengan cepat. Sedangkan bagi orang beriman yang berdosa, himpitan itu mungkin berlangsung lebih lama tetapi tetap berkurang. Adapun bagi orang kafir, himpitan itu berterusan atau hampir kekal."
Adakah Kanak-Kanak Disoal di Kubur?
Imam Ibn Al-Qayyim dalam kitab Ar-Ruh membincangkan isu ini. Beliau menyatakan:
المسألة الثالثة عشرة وهي أن الأطفال هل يمتحنون في قبورهم، اختلف الناس في ذلك على قولين، هما وجهان لأصحاب أحمد، وحجة من قال أنهم يسألون أنه يشرع الصلاة عليهم و الدعاء لهم و سؤال الله أن يقيهم عذاب القبر وفتنة القبر ... قالوا: والله سبحانه يكمل لهم عقولهم ليعرفوا بذلك منزلهم ويلهمون الجواب عما يسألون عنه. قالوا: وقد دل على ذلك الأحاديث الكثيرة التي فيها أنهم يمتحنون في الآخرة. وحكاه الأشعري عن أهل السنة والحديث، فإذا امتحنوا في الآخرة لم يمتنع امتحانهم في القبور. قال الآخرون: السؤال إنما يكون لمن عقل الرسول والمرسل، فيسأل: هل آمن بالرسول وأطاعه أم لا؟ فيقال له: ما كنت تقول في هذا الرجل الذي بعث فيكم؟ فأما الطفل الذي لا تمييز له بوجه ما فكيف يقال له: ما كنت تقول في هذا الرجل الذي بعث فيكم؟ ولو رد إليه عقله في القبر فإنه لا يسأل عما لم يتمكن من معرفته والعلم به، ولا فائدة في هذا السؤال، وهذا بخلاف امتحانهم في الآخرة فإن الله سبحانه يرسل إليهم رسولا ويأمرهم بطاعة أمره وعقولهم معهم، فمن أطاعه منهم نجا ومن عصاه أدخله النار، فذلك امتحان بأمر يأمرهم به يفعلونه ذلك الوقت، لا أنه سؤال عن أمر مضى لهم في الدنيا من طاعة أو عصيان كسؤال الملكين في القبر
"Persoalan ke-13 ialah sama ada kanak-kanak akan diuji di dalam kubur mereka. Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pandangan. Kedua-duanya itu merupakah dua wajah bagi ashab Ahmad. Hujah mereka yang mengatakan bahawa kanak-kanak disoal ialah kerana disyariatkan untuk mendirikan solat jenazah ke atas mereka, mendoakan mereka, dan memohon kepada Allah agar mereka dijauhkan daripada azab dan fitnah kubur… Mereka juga berkata: "Allah SWT menyempurnakan akal mereka untuk membolehkan mereka memahami tempat mereka dan mengilhamkan jawapan terhadap apa yang ditanyakan kepada mereka. Hal ini disokong oleh banyak hadis yang menunjukkan bahawa mereka akan diuji di akhirat. Al-Asy'ari juga menyebut hal ini sebagai pendapat Ahli Sunnah dan ahli hadis. jika mereka diuji di akhirat, tidak mustahil mereka diuji juga di kubur." Sebaliknya, pandangan lain menyatakan bahawa soal jawab kubur hanya berlaku bagi mereka yang memahami kedatangan Rasul dan risalahnya. Apa dia beriman dengan rasul yang diutuskan dan mentaatinya?" akan ditanya kepadanya: "Apa yang kamu katakan tentang lelaki ini yang diutus kepada kamu?" Namun, bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai kemampuan memahami, bagaimana mereka boleh ditanya soalan seperti itu? Jika akal mereka dikembalikan di kubur, mereka tetap tidak akan disoal tentang perkara yang tidak sempat mereka ketahui atau fahami. Soalan seperti itu tiada manfaatnya. Berbeza dengan ujian di akhirat, Allah SWT menghantar seorang Rasul kepada mereka, memerintahkan mereka untuk mentaatinya dengan akal mereka yang sempurna ketika itu. Sesiapa yang taat akan selamat, dan sesiapa yang ingkar akan dimasukkan ke dalam neraka. Ini adalah ujian berkenaan perintah tertentu yang diberikan pada masa itu, bukan soal siasat tentang ketaatan atau maksiat mereka di dunia yang telah berlalu (dan ketika itu mereka tidak dapat memahami), sebagaimana soal jawab malaikat di kubur.
Seterusnya Ibn Al-Qayyim menjawab hujah-hujah mereka yang menyatakan bahawa kanak-kanak disoal di kubur. Kesimpulan beliau ialah kanak-kanak tidak akan disoal di kubur mereka dan tidak akan menghadapi fitnah kubur, tetapi mereka mungkin mengalami himpitan kubur, namun ia bukan himpitan kubur yang berupa satu bentuk azab atau hukuman.