Makna Nama Allah as-Sami' السَّمِيعُ

السميع As-Sami' (Yang Maha Mendengar) dalam bahasa Arab adalah perkataan yang berada pada wazn (pola) فعيــل fa'il, salah satu bentuk mubalaghah (bersangatan). السمع atau "Pendengaran" bagi makhluk merujuk kepada apa yang sampai ke telinga dalam bentuk bunyi yang didengar.

Penyebutan Nama As-Sami' السميع dalam Al-Qur'an

Nama Allah As-Sami' disebut sebanyak 45 kali dalam Al-Qur'an, menunjukkan betapa pentingnya nama ini. Antara ayat tersebut ialah:

[1] Firman Allah:

{..رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ}

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami); sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 127)

[2] Firman Allah:

{قُلْ أَتَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا وَاللَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ}

"Katakanlah (wahai Muhammad): Apakah kamu menyembah selain Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat dan tidak pula manfaat kepada kamu? Dan Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Ma'idah: 76)

Nama السميع As-Sami' sering digandingkan dengan nama Allah البصير Al-Basir "Yang Maha Melihat", seperti dalam firman-Nya:

{مَا خَلْقُكُمْ وَلَا بَعْثُكُمْ إِلَّا كَنَفْسٍ وَاحِدَةٍ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ}

"Tidaklah penciptaan kamu semua dan kebangkitan kamu itu melainkan seperti (menciptakan dan membangkitkan) satu jiwa sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Luqman: 28)

Digandingkan juga dengan nama Allah القريب yang bermaksud Yang Maha Dekat, seperti dalam firman Allah: 

{..إِنَّهُ سَمِيعٌ قَرِيبٌ}

"Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat." (saba: 50)  

Makna Nama As-Sami' bagi Allah SWT

Menurut Imam Al-Khattabi, "As-Sami'" bermaksud: Allah mendengar segala yang tersembunyi atau bisikan, sama ada suara yang kuat atau perlahan dan lemah (الجهر والخفوت), ucapan atau diam.  السماع atau 'mendengar' dalam konteks ini juga bermaksud menerima dan memperkenankan doa. Maka antara makna as-Sami' ialah المُستجيــب لعبـــاده إذا توجهوا إليـــه بالدعــاء وتضرعوا "Yang memperkenankan untuk para hamba-nya apabila mereka menghadapkan kepadanya perohonan (doa) dengan mereka menrendahkan diri." Hal ini sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:

اللهم إني أعوذ بك من قلب لا يخشع ومن دعاء لا يُسمع

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak khusyuk dan daripada doa yang tidak didengar (iaitu tidak dimustajabkan)." (Sunan Tirmidzi, Sahih Al-Jami': 1297)

Imam Ibn Qayyim menyatakan bahawa sifat السمعُ "pendengaran" Allah merangkumi empat makna:

[1] Pendengaran Deria (سَمْعُ إِدْرَاكٍ): berkait bunyi atau suara, seperti firman Allah:

{قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا وَتَشْتَكِي إِلَى اللَّهِ وَاللَّهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ}

"Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang mengadu kepadamu tentang suaminya..." (Surah Al-Mujadalah: 1) dan firman ALlah: 

{لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ..}

Sesungguhnya Allah mendengar perkataan mereka Yang berkata sesungguhnya Allah itu fakir manakala kami ini Yang kaya.." (Surah al-Baqarah: 181) 

[2] Pendengaran Pemahaman dan Akal (سَمْعُ فَهْمٍ وعَقْلٍ): berkait dengan makna-makna, seperti firman Allah:

{..لَا تَقُولُوا رَاعِنَا وَقُولُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوا..}

"...Dan dengarlah..."(Surah Al-Baqarah: 104). Ia bukan sekadar mendengar perkataan, bahkan merujuk kepada fahami dan mengertilah. Demikian juga firman ALlah: 

{..سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا..}

"..."kami dengan (fahami) dan kami taati.." (al-Baqarah: 285) 

[3] Pendengaran Penerimaan dan Jawapan (سَمْعُ إجابةٍ وإعطاءِ ما سُئِلَ): Seperti dalam ucapan: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، yang bermaksud: "Allah mendengar kepada mereka yang memuji-Nya."

[4] Pendengaran Penerimaan dan Ketaatan (سَمْعُ قَبُولٍ وانْقِيَادٍ): Seperti firman Allah:

{سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ..}

"...Pendengar kepada kebohongan..." (Surah Al-Ma'idah: 41) Iaitulah menerima apa Yang didengar tanpa membantah. Firman Allah: 

{..وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ..}

"... dalam kalangan mereka itu, kumpulan Yang mendengar perkataan mereka..." (at-Taubah: 47) iaitulah mereka Yang menerima Dan akur.

Kesan Iman kepada Nama Allah As-Sami'

[1] Mengiktiraf sifat pendengaran Allah seperti yang Allah sifatkan tentang diri-Nya, iaitulah Dia Tuhan Yang Maha Suci, Maha Mendengar Dan Tuhan Yang Memiliki Pendengaran. Kita sifatkan Allah Yang Maha Tinggi sepertimana Dis sifatkan kepadadiry-Nya dengan tidak membataskan atau membagaimanakan. 

[2] Allah Maha Mendengar secara mutlak: Tiada sesuatu pun yang tersembunyi daripada pendengaran-Nya, sama ada secara zahir atau batin. 'Urwan bin az-Zubair meriwayatkan daripada 'aisyah RA yang berkata: 

الحمد لله الذي وسع سمعه الأصوات، لقد جاءت المجادلة إلى النبي وأنا في ناحية البيت تشكو زوجها وما أسمع ما تقول، فأنزل الله: {قَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّتِي تُجَادِلُكَ فِي زَوْجِهَا..}

"Segala pujian milik Allah yang telah meluas pendengaran-Nya akan segala suara. Sesungguhnya telah datang seorang wanita mengadu kepada Nabi SAW, ketika itu aku di penjuru rumah, wanita itu mengadu kepada baginda perihal suaminya. Aku tidak dapat mendengar perkataan wanita tersebut. Namun ALlah mendengarnya Dan menurunkan ayat: "Sesungguhnya ALlah telah mendengar perkataan wanita yang mengadu kepada kamu wahai Muhammad perihal suaminya.." (Hadis riwayat Ibn Majah Dan dinilai sahih oleh al-Albani) 

[3] Berdoa dengan ikhlas: Allah tidak akan memperkenankan doa orang yang lalai (اللاهي) atau menunjuk-nunjuk (المرائي). Abdul Rahman bin Yazid berkata: 

كان الربيع يأتي علقمة يوم الجمعة فإذا لم أكن ثمة، أرسلوا إليَّ فجاء مرة ولست ثمة، فلقينى علقمة وقال لي: ألم تر ما جاء به الربيع؟ قال: ألم تر أكثر ما يدعو الناس وما أقل إجابتهم، وذلك أن الله عزَّ وجلَّ لا يقبل إلا الناخلة من الدعاء، -الناخلة: الدعاء الخـــالص الذي لا تشوبه شائبة-، قلت: أو ليس قال ذلك عبد الله -أي:عبد الله بن مسعود؟- قال: وما قال؟ قال: قال عبد الله: لا يسمع الله من مُسْمِعٍ ولا مِن مُرَاءٍ ولا لَاعِبٍ، إلا داع دعا بتثبت من قلبه

ar-Rabi’ akan datang menemui 'Alqamah pada hari Jumaat. Jika aku tiada di situ, mereka akan mengutuskan seseorang untuk memanggilku. Suatu ketika, al-Rabi’ datang ketika aku tiada, dan kemudian Alqamah bertemu denganku serta berkata, "Tidakkah kamu lihat apa yang dibawa oleh al-Rabi’?" Dia bertanya, "Tidakkah kamu perhatikan betapa ramainya orang yang berdoa, tetapi hanya sedikit yang doanya diterima?" Hal ini kerana Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung hanya menerima al-nakhilah daripada doa – iaitu doa yang benar-benar tulus, tidak dicampuri dengan apa-apa kepura-puraan atau tujuan yang tidak murni. Aku berkata, "Bukankah hal itu juga telah disebutkan oleh Abdullah?" – yakni Abdullah bin Mas’ud. Lalu dia bertanya, "Apa yang dikatakan oleh Abdullah?" Aku menjawab, "Abdullah berkata, 'Allah tidak akan mendengar doa dari seseorang yang hanya menunjuk-nunjuk (mahu memperdengarkan kepada orang), atau daripada seseorang yang berdoa dengan sifat riak, atau bermain-main. Allah hanya mendengar doa orang yang berdoa dengan sepenuh keyakinan dan ketetapan dari hatinya." (Sahih al-Adab al-Mufrad: 606)

Amalan dan Doa Menggunakan Nama As-Sami'

Terdapat banyak doa dalam al-Quran menggunakan nama Allah As-Sami', seperti:

[1] Doa Nabi Ibrahim:

{وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ}

"Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami; sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 127)

[2] Doa Nabi Zakaria:

{هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ}

"Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku zuriat yang baik dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa."(Surah Ali-Imran: 38)

 


Cetak  
Wallahu a'lam