- Pendahuluan
Fenomena tilik nasib dalam pelbagai bentuknya, sama ada tradisional mahupun moden, masih berterusan dalam masyarakat Muslim hingga hari ini. Walaupun bentuk klasik seperti ilmu nujum, kahānah dan ‘irāfah, dan lain-lain. Hal ini menunjukkan persoalan tilik nasib bukanlah isu terpencil, bahkan ia menuntut perhatian serius daripada perspektif hukum Islam.
- Beberapa Bentuk Tilik Nasib
- Ilmu Nujum (التنجيم)
Syaikh al-Islam Ahmad bin Taymiyyah رحمه الله:
(التنجيم: هو الاستدلال بالأحوال الفلكية على الحوادث الأرضية)
“At-Tanjim ialah mengambil dalil dengan keadaan-keadaan falak terhadap peristiwa-peristiwa di bumi.” (Majmū‘ al-Fatāwā 35/171, 181)
Di sisi al-Khattabi رحمه الله dengan katanya:
علم النجوم المنهي عنه: هو ما يدعيه أهل التنجيم من علم الكوائن والحوادث التي ستقع في مستقبل الزمان، كأوقات هبوب الرياح ومجيء المطر وتغيير الأسعار وما في معناها من الأمور التي يزعمون أنها تدرك معرفتها بسير الكواكب في مجاريها واجتماعها وافتراقها. يدعون أن لها تأثيرا في السفليات، وهذا منهم تحكّم على الغيب وتعاطٍ لعلم قد استأثر الله به لا يعلم الغيب سواه
“Ilmu nujum yang dilarang ialah apa yang didakwa oleh ahli nujum berupa pengetahuan tentang kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada masa hadapan, seperti waktu berhembusnya angin, turunnya hujan, perubahan harga, dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang mereka dakwa dapat diketahui dengan peredaran bintang-bintang di orbitnya, pertemuannya dan perpisahannya. Mereka mendakwa bahawa bintang-bintang itu mempunyai pengaruh pada perkara-perkara di bumi. Ini adalah tindakan mereka berhukum terhadap perkara ghaib dan satu percubaan menceroboh ilmu yang telah Allah khususkan bagi diri-Nya; tiada yang mengetahui perkara ghaib melainkan Dia sahaja.” (Ma‘ālim as-Sunan, cetakan daripada as-Sunan 4/226).)
Kata al-Imam al-Bukhari dalam Sahihnya
قال قتادة: «خلق الله هذه النجوم لثلاث: زينة للسماء، ورجوما للشياطين، وعلامات يهتدى بها. فمن تأول فيها غير ذلك أخطأ وأضاع نصيبه، وتكلف ما لا علم له به
Qatādah berkata: “Allah menciptakan bintang-bintang ini untuk tiga perkara: perhiasan bagi langit, lontaran bagi syaitan, dan tanda-tanda untuk dijadikan petunjuk. Maka barangsiapa menakwilkannya selain dari itu, maka dia telah tersalah, membuang bahagiannya, dan memaksakan diri dalam perkara yang dia tidak mengetahui.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhārī (6/295) secara mu‘allaq)
Al-Ḥāfiẓ berkata dalam al-Fatḥ 6/695:
وَصَلَهُ عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ مِنْ طَرِيقِ شَيْبَانَ عَنْهُ بِهِ وَزَادَ فِي آخِرِهِ وَأَنَّ نَاسًا جَهَلَةً بِأَمْرِ اللَّهِ قَدْ أَحْدَثُوا فِي هَذِهِ النُّجُومِ كِهَانَةً مَنْ غَرَسَ بِنَجْمِ كَذَا كَانَ كَذَا وَمَنْ سَافَرَ بِنَجْمِ كَذَا كَانَ كَذَا وَلَعَمْرِي[3] مَا مِنَ النُّجُومِ نَجْمٌ إِلَّا وَيُولَدُ بِهِ الطَّوِيلُ وَالْقَصِيرُ وَالْأَحْمَرُ وَالْأَبْيَضُ وَالْحَسَنُ وَالدَّمِيمُ وَمَا عِلْمُ هَذِهِ النُّجُومِ وَهَذِهِ الدَّابَّةِ وَهَذَا الطَّائِر شَيْء مِنْ هَذَا الْغَيْبِ
“Disambungkan sanadnya oleh ‘Abd bin Ḥumayd melalui jalan Syaibān daripada Qatādah, dan dia menambah pada akhirnya: “Sesungguhnya ada manusia jahil dengan urusan Allah yang telah mengada-adakan pada bintang-bintang ini perbuatan Kahin (dukun atau peramal): (seperti kata mereka) barangsiapa menanam ketika bintang sekian maka akan jadi sekian, barangsiapa bermusafir ketika bintang sekian maka akan jadi sekian. Demi umurku, tiada satu pun dari bintang-bintang melainkan dilahirkan bersamanya orang yang tinggi dan rendah, merah dan putih, elok dan buruk. Tidaklah bintang-bintang ini, binatang itu dan atau burung ini, apa-apa petanda dari perkara-perkara ghaib.”
- al-Kahanah[4]
Kata al-Baghawi dalam Sharḥ al-Sunnah 12/182:
فَالْكَاهِنُ: هُوَ الَّذِي يُخْبِرُ عَنِ الْكَوَائِنِ فِي مُسْتَقْبَلِ الزَّمَانِ، وَيَدَّعِي مَعْرِفَةَ الأَسْرَارِ، وَمُطَالَعَةَ عِلْمَ الْغَيْبِ، وَكَانَ فِي الْعَرَبِ كَهَنَةٌ يَدَّعُونَ مَعْرِفَةَ الأُمُورِ، فَمِنْهُمْ مِنْ كَانَ يَزْعُمُ أَنَّ لَهُ رَئِيسًا مِنَ الْجِنِّ، وَتَابِعةً تُلْقِي إِلَيْهِ الأَخْبَارَ، وَمِنْهُمْ مِنْ كَانَ يَدَّعِي أَنَّهُ يَسْتَدْرِكُ الأُمُورَ بِفَهْمٍ أُعْطِيهِ
“Kahin ialah orang yang memberitakan tentang kejadian-kejadian pada masa akan datang, mendakwa mengetahui rahsia-rahsia, dan dapat menyingkap ilmu ghaib. Di kalangan orang Arab dahulu terdapat para kahin yang mendakwa mengetahui pelbagai perkara. Antaranya ada yang mengaku bahawa dia mempunyai pemimpin dari kalangan jin dan pengikut yang menyampaikan berita kepadanya, dan antaranya ada yang mendakwa bahawa dia mengetahui pelbagai perkara dengan kefahaman khusus yang diberikan kepadanya.” (al-Baghawī, Abū Muḥammad (w. 516H)
Kata al-Syeikh ʿAbd al-ʿAzīz bin ʿAbd Allāh al-Rājihī:
والكهانة: هي ادعاء علم الغيب مع الاستناد إلى سبب، كالإخبار بما سيقع في الأرض، فالكهان هم الذين يخبرون عن الْمُغيَّبات في المستقبل من الزمان، ويأخذون عن مُستَرِق السمع من الشياطين
“Al-kahanah ialah dakwaan mengetahui perkara ghaib dengan bersandarkan kepada suatu sebab, seperti memberitakan apa yang akan berlaku di bumi. Maka para kahin ialah orang-orang yang memberitakan perkara ghaib pada masa akan datang, dan mereka mengambil (berita) daripada pencuri dengar dari kalangan syaitan.” (Durūs fī al-‘Aqīdah – al-Rājihī, 10/3 — ʿAbd al-ʿAzīz bin ʿAbd Allāh al-Rājihī)
- al-‘Irafah
Kata Al-Baghawī رحمه الله dalam Sharḥ al-Sunnah 12/182:
وَالْعَرَّافُ هُوَ الَّذِي يَدَّعِي مَعْرِفَةَ الأُمُورَ بِمُقَدِّمَاتِ أَسْبَابٍ يُسْتَدَلُّ بِهَا عَلَى مَوَاقِعِهَا، كَالْمَسْرُوقِ مِنَ الَّذِي سَرَقَهَا، وَمَعْرِفَةُ مَكَانِ الضَّالَّةِ، وَتُتَّهَمُ الْمَرْأَةُ بِالزِّنَى، فَيَقُولُ: مِنْ صَاحِبِهَا؟ وَنَحْوُ ذَلِكَ مِنَ الأُمُورِ. وَمِنْهُمْ مِنْ يُسَمِّي الْمُنَجِّمَ كَاهِنًا.
Dan ‘arrāf ialah orang yang mendakwa mengetahui pelbagai perkara dengan مقدمات (petunjuk-petunjuk asbab) yang dijadikan dalil untuk mengetahui kedudukannya, seperti barang curian siapa yang mencurinya, mengetahui tempat barang yang hilang, atau apabila seorang wanita dituduh berzina lalu dia mengatakan: siapakah pasangannya? dan seumpama daripada pelbagai perkara. Dan sebahagian mereka menamakan ahli nujum sebagai kahin.” (al-Baghawī, Abū Muḥammad (w. 516H)
Al-Syaikh Ibn ‘Uthaymīn رحمه الله berkata:
والعراف: قيل هو الكاهن، وهو الذي يخبر عن المستقبل. وقيل: هو اسم عام للكاهن والمنجم والرمال ونحوهم ممن يستدل على معرفة الغيب بمقدمات يستعملها، وهذا المعنى أعم، ويدل عليه الاشتقاق؛ إذ هو مشتق من المعرفة، فيشمل كل من تعاطى هذه الأمور وادعى بها المعرفة». انتهى من «القول المفيد على كتاب التوحيد» (٢/٤٨) .
“‘Arrāf: ada yang mengatakan ia adalah kahin, iaitu orang yang memberitakan tentang masa depan. Dan ada yang mengatakan ia adalah nama umum bagi kahin, munajjim, rammāl[5], dan yang seumpama mereka dari kalangan orang yang cuba mengetahui perkara ghaib dengan petunjuk tertentu yang digunakannya. Makna ini lebih umum, dan ditunjukkan dari akar katanya; kerana ia berasal daripada kata ‘ma’rifah’, maka ia merangkumi setiap orang yang melibatkan diri dalam perkara ini dan membuat dakwaan dengannya memiliki pengetahuan (sesuatu perkara ghaib).” (al-Qawl al-Mufīd ‘alā Kitāb al-Tawḥīd (2/48).
Sebahagian orang yang telah bertaubat daripada ‘irāfah dan Kahānah menceritakan bahawa dia dahulu meminta pertolongan jin untuk mengetahui butiran keadaan di rumah orang yang dicuri, hubungannya dengan kaum kerabat, jiran tetangga, tentang sahabat dan musuhnya, dan kadang-kadang dia menuduh orang di sekitarnya yang disyaki. Sekalipun andaian bahawa ‘arrāf itu sampai dapat mengenali pencuri sebenar dan mengembalikan harta dengan bantuan dari kalangan jin. Ia tetap tidak dibenarkan pergi kepadanya dan tidak boleh bertanya kepadanya, berdasarkan larangan yang telah disebutkan. Maka bertanya kepada ‘arrāf dan kahin adalah haram. Termasuk dalam hal itu: bertanya tentang barang hilang, barang curi, mengenal penyakit, dan rawatan. Pernah ditanya kepada para ulama al-Lajnah al-Dā’imah li al-Iftā’:
Kadang-kadang kami kehilangan sebahagian wang atau emas di rumah dan kami menyangka ia dicuri, lalu kami pergi kepada seseorang yang dikenali sebagai “al-mukhbir”. Kami ceritakan kepadanya, lalu dia berjanji akan membantu kami, dan kadang-kadang barang itu dapat kembali, kadang-kadang tidak. Apakah hukum pergi kepada orang-orang seperti ini?
Ahli fatwa menjawab:
لا يجوز ذهابكم إليه لأنه كاهن، وقد صح عن النبي ﷺ النهي عن إتيان الكهان ونحوهم وسؤالهم وتصديقهم». انتهى من «فتاوى اللجنة الدائمة» (١/٤١٠) .
“Tidak boleh kamu pergi kepadanya kerana dia adalah kahin, dan telah sahih daripada Nabi ﷺ larangan mendatangi para kahin dan semisalnya, bertanya kepada mereka dan membenarkan mereka.” Tamat daripada Fatāwā al-Lajnah al-Dā’imah (1/410). (sumber: Mawqi’ al-Islām Su’āl wa Jawāb 1/569 — Muḥammad Ṣāliḥ al-Munajjid (mu‘āṣir). al-‘Aqīdah 1283 ← al-Īmān 569 ← al-Īmān bi al-Jinn wa al-Siḥr wa al-‘Ayn 121 ← Dhahabat ilā al-‘Arrāf liyadulluhā ‘alā al-sāriq fattahama akhāhā)
- Perkara Yang Dikategorikan Sebagai Tilik Nasib
Berdasarkan pengertian-pengertian di atas, maka perkara yang boleh dikategorikan sebagai tilik Nasib merangkumi:
2.1 الكهانة (tukang ramal / kahin)
Iaitu orang yang berusaha memperoleh khabar tentang kejadian-kejadian pada masa akan datang, serta mendakwa mengetahui perkara-perkara rahsia dan tersembunyi. Termasuk dalam kategori ini antaranya perbuatan melempat batu ke tanah. Kata al-Syeikh Masyhur Hasan Ali Salman dalam tahkiknya kepada al-Muwafaqat oleh al-Syatibi 2/119:
الضرب بالحصى: هو ضرب من التكهن والخط في التراب، يأخذ الكاهن حصيات، فيضرب بها الأرض، وينظر فيها، فيخبر بالمغيبات
Ad-Darb bil-Haṣā (memukul dengan batu kecil): iaitu sejenis perbuatan tilik nasib dan membuat garisan di tanah, di mana tukang tilik mengambil beberapa biji batu kecil lalu dipukulkannya ke tanah, kemudian dia melihat (susunannya), lalu memberitakan perkara-perkara ghaib.”
2.2 العِرافة (ramalan / ‘irafah)
Mendakwa mengetahui perkara ghaib melalui tanda-tanda atau petunjuk-petunjuk, bayangan, lintasan hati, atau pemerhatian tertentu.
2.3 التنجيم (nujum) Dan Garisan Di Pasir
Mengaitkan kedudukan Bintang dan planet dengan nasib manusia, rezeki, ajal, jodoh dan seumpamanya.
2.4 الطيرة والتشاؤم (tiyarah / kepercayaan sial)
Menganggap sesuatu tanda membawa nasib malang, contohnya burung gagak, hari tertentu, atau bunyi cicak dan seumpamanya. Nabi ﷺ bersabda:
الطّيرَة شرك الطّيرَة شرك الطّيرَة شرك، وَمَا منا إِلَّا وَلَكِن الله يذهبه بالتوكل
Maksudnya: “Ṭiyarah adalah syirk, Ṭiyarah adalah syirk, Ṭiyarah adalah syirk. Dan tidak ada di antara kita melainkan terlintas (sesuatu daripadanya), tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakkal.” (Abū Dāwūd (3910), al-Tirmidhī (1614) dan beliau berkata: ḥasan ṣaḥīḥ, Ibn Mājah (3538). Disahihkan oleh al-Albānī dalam Ṣaḥīḥ Abī Dāwūd (3309).
Termasuk dalam kategori ini sesuatu yang dinamakan sebagai iyafah. Kata al-Syeikh Masyhur Hasan Ali Salman dalam tahkiknya kepada al-Muwafaqat oleh al-Syatibi 2/119:
العيافة: زجر الطير، وهو أن يرى طائرا أو غرابا فيتطير، وإن لم ير شيئا، وإن قال بالحدس أي: بالظن والتخمين- كان عيافة أيضا
Al-‘Iyāfah: ialah menolak atau menilik dengan burung, iaitu apabila seseorang melihat seekor burung atau seekor gagak lalu ia merasa sial (bertathayyur). Dan jika ia tidak melihat sesuatu pun, namun ia berkata berdasarkan firasat, yakni dengan sangkaan dan tekaan semata-mata – maka itu juga dianggap sebagai al-‘Iyāfah.
2.5 قراءة الكف (palmistry atau seni tapak tangan)
Menilik masa depan dengan melihat garis tangan. Dalam Majallath al-Buḥūth al-Islāmiyyah yang dipengerusikan oleh al-Syeikh ‘Abd al-‘Azīz bin ‘Abd Allāh bin Bāz.
وقد ظهر من أقواله ﷺ ومن تقريرات الأئمة من العلماء وفقهاء هذه الأمة أن علم النجوم وما يسمى بالطالع وقراءة الكف وقراءة الفِنْجان ومعرفة الحظ كلها من علوم الجاهلية ومن الشرك الذي حرمه الله ورسوله وأنها من أعمال الجاهلية وعلومهم الباطلة التي جاء الإسلام بإبطالها والتحذير من فعلها أو إتيان من يتعاطاها وسؤاله عن شيء منها أو تصديقه فيما يخبر به من ذلك لأنه من علم الغيب الذي استأثر الله به قال تعالى: ﴿قُلْ لا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلا اللَّهُ﴾
Dan telah nyata daripada sabda-sabda Baginda ﷺ dan daripada penegasan para imam dari kalangan ulama serta fuqaha umat Islam bahawa ilmu nujum, apa yang dinamakan dengan horoskop, membaca tapak tangan, membaca cawan minuman (kopi atau teh dan seumpamanya), serta mengetahui nasib, semuanya adalah daripada ilmu jahiliah dan daripada syirik yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ia termasuk dalam amalan jahiliah dan ilmu batil yang Islam datang untuk membatalkannya dan memberi amaran daripada melakukannya, atau mendatangi orang yang mengamalkannya, atau bertanya sesuatu kepadanya, atau membenarkannya apa yang diberitakannya daripada perkara tersebut, kerana ia termasuk dalam mendakwa tahu akan perkara ghaib yang Allah khususkan untuk diri-Nya sahaja. Allah Ta‘ālā berfirman: “Katakanlah: Tiada yang mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah.” (Majallath al-Buḥūth al-Islāmiyyah – majalah berkala yang diterbitkan oleh al-Ri’āsah al-‘Āmmah li-Idārāt al-Buḥūth al-‘Ilmiyyah wa al-Iftā’ wa al-Da‘wah wa al-Irshād, 6/287)
Kata al-Syeikh Abdul Aziz Abdullah Bin Baz RH:
فالكاهن من يزعم أنه يعلم بعض المغيبات، وأكثر ما يكون ذلك ممن ينظرون في النجوم لمعرفة الحوادث، أو يستخدمون من يسترقون السمع من شياطين الجن، كما ورد بالحديث الذي مر ذكره، ومثل هؤلاء من يخط في الرمل أو ينظر في الفنجان أو في الكف ونحو ذلك، وكذا من يفتح الكتاب زعما منهم أنهم يعرفون بذلك علم الغيب وهم كفار بهذا الاعتقاد؛ لأنهم بهذا الزعم يدّعون مشاركة الله في صفة من صفاته الخاصة وهي علم الغيب، ولتكذيبهم بقوله تعالى: {قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ} وقوله: {وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ} وقوله تعالى لنبيه صلى الله عليه وسلم: {قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَى إلي ) الآية، ومن أتاهم وصدقهم بما يقولون من علم الغيب فهو كافر، لما رواه أحمد وأهل السنن من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «من أتى عرافا أو كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم » ، وروى مسلم في صحيحه عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: «من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة » ، وعن عمران بن حصين رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال: « لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَطَيَّرَ أَوْ تُطِيَّرَ لَهُ، أَوْ تَكَهَّنَ أَوْ تُكُهِّنَ لَهُ، أَوْ سَحَرَ أَوْ سُحِرَ لَهُ ، ومن أتى كاهنا فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد صلى الله عليه وسلم » رواه البزار بإسناد جيد، وبما ذكرنا من الأحاديث يتبين لطالب الحق أن علم النجوم وما يسمى بالطالع وقراءة الكف وقراءة الفنجان ومعرفة الخط، وما أشبه ذلك مما يدعيه الكهنة والعرافون والسحرة كلها من علوم الجاهلية التي حرمها الله ورسوله ومِن أعمالهم التي جاء الإسلام بإبطالها والتحذير من فعلها أو إتيان من يتعاطاها وسؤاله عن شيء منها أو تصديقه فيما يخبر به من ذلك؛ لأنه من علم الغيب الذي استأثر الله به
Maksudnya: “Maka kahin ialah orang yang mendakwa bahawa dia mengetahui sebahagian perkara ghaib. Kebanyakannya adalah daripada mereka yang memerhati bintang untuk mengetahui peristiwa, atau menggunakan mereka yang mencuri dengar dari kalangan syaitan jin, sebagaimana yang disebut dalam hadis yang telah lalu. Termasuk juga golongan yang membuat garis di atas pasir, atau melihat pada cawan kopi, atau tapak tangan dan seumpamanya, demikian juga orang yang membuka kitab dengan sangkaan bahawa mereka mengetahuinya ilmu ghaib. Mereka kafir dengan kepercayaan itu, kerana dengan dakwaan itu mereka mendakwa berkongsi dengan Allah dalam salah satu daripada sifat khusus-Nya, iaitu ilmu ghaib, serta kerana pendustaan mereka terhadap firman Allah Ta‘ālā: {Katakanlah: Tiada yang mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah} dan firman-Nya: {Dan pada sisi-Nya kunci-kunci perkara ghaib, tiada yang mengetahuinya selain Dia} serta firman-Nya kepada Nabi-Nya ﷺ: {Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa di sisiku perbendaharaan Allah, dan aku tidak mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu bahawa aku seorang malaikat. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku} [al-An‘ām: 50]. Dan barangsiapa mendatangi mereka dan membenarkan mereka dalam apa yang mereka katakan daripada perkara ghaib, maka dia telah kafir. Sebagaimana diriwayatkan oleh Aḥmad dan Aṣḥāb al-Sunan daripada Abū Hurayrah رضي الله عنه bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa mendatangi ‘arrāf atau kahin lalu membenarkannya dalam apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia telah kafir dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad ﷺ.” Dan Muslim meriwayatkan dalam Ṣaḥīḥ-nya daripada sebahagian isteri Nabi ﷺ, daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda: “Barangsiapa mendatangi ‘arrāf lalu bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” Dan daripada ‘Imrān bin Ḥuṣayn رضي الله عنه daripada Nabi ﷺ bahawa baginda bersabda: “Bukan daripada golongan kami orang yang melakukan ṭiyarah atau dimintakan dilakukan untuknya, atau melakukan kahinah atau dimintakan dilakukan untuknya, atau melakukan sihir atau dilakukan untuknya. Dan barangsiapa mendatangi kahin lalu membenarkannya dengan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia telah kafir dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad ﷺ.” Diriwayatkan oleh al-Bazzār dengan sanad yang baik. Dengan hadis-hadis yang kami sebutkan ini, jelaslah bagi penuntut kebenaran bahawa ilmu nujum, apa yang dinamakan dengan horoskop, membaca tapak tangan, membaca cawan kopi, mengenal tulisan, dan seumpamanya daripada apa yang didakwa oleh para kahin, ‘arrāf, dan tukang sihir, semuanya adalah daripada ilmu jahiliah yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ia termasuk amalan mereka yang telah didatangkan Islam untuk membatalkannya serta memberi amaran daripada melakukannya, mendatangi orang yang melakukannya, bertanya kepadanya tentang sesuatu daripadanya, atau membenarkannya dalam apa yang diberitakannya, kerana ia adalah daripada ilmu ghaib yang telah Allah khususkan bagi diri-Nya.” (Majmū‘ Fatāwā wa Maqālāt Mutanawwi‘ah – Ibn Bāz 2/120 — Ibn Bāz (w. 1420 H)
2.6 ضرب الرمل (ramalan pasir / geomancy)
2.7 قراءة الفنجان (coffee cup reading)
2.8 استخدام الأحجار والخُرَز (crystals, batu azimat, manik)
Kata Ibn al-Jauzi RH:
أَن التمائم من الشّرك وَهِي خُرَزَات كَانَت الْعَرَب تعلقهَا عَلَى الصّبيان يَتَّقُونَ بهَا الْعين بزعمهم فَلَمَّا أَرَادوا دفع الْمَقَادِير بذلك كَانَ شركا
Maksudnya: “Bahawa segala jenis tangkal itu termasuk syirik, iaitu manik-manik yang orang Arab dahulu gantungkan pada anak-anak kecil untuk menolak ‘ain menurut sangkaan mereka. Maka ketika mereka mahu menolak ketentuan takdir dengan cara itu, ia suatu kesyirikan.” (Gharib al-Hadith – Ibn al-Jawzi, 1/112)
2.9 كتب الأبراج / horoskop moden
Dalam Islamweb.net terdapat soalan yang bertanya:
Laman Facebook membolehkan kita memilih zodiak dan ia memaparkan sifat-sifat saya, dan bacaan saya itu sekadar hiburan. Saya membacanya dan berkata bahawa memang sifat-sifat itu kebanyakannya sesuai dengan saya, sifat-sifat itu memang ada pada saya, tentu saja semua itu hanyalah secara kebetulan. Soalan saya: bacaan saya terhadap perkara ini, dan bahawa saya membiarkan sebahagian rakan saya juga membacanya. Adakah seperti yang saya dengar — bahawa membacanya sekadar untuk hiburan — maka solat saya tidak diterima selama empat puluh hari? Baiklah, kalau benar perkara itu dan memang solat saya tidak diterima empat puluh hari, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya tetap solat sekarang seperti biasa, kemudian setelah berakhir empat puluh hari daripada tarikh saya membaca sifat-sifat itu, saya mengqada’ semuanya? Dan jika ada yang tertinggal sebelumnya juga, saya mengqadanya? Bagaimana cara qada’ itu, kerana bilangannya banyak, dan pasti ada tertibnya, betul? Dan jika saya membenarkan sifat-sifat itu menurut zodiak saya, adakah saya keluar dari agama Islam? Tetapi saya tidak tahu adakah saya dianggap telah membenarkannya atau tidak? Saya hanya sekadar mengatakan bahawa memang sifat-sifat itu ada pada saya kira-kira, tetapi tentu saja secara kebetulan. Dan pada masa yang sama, di Facebook ada juga “ramalan nasib hari ini” dan “siapakah yang akan melamar tidak lama lagi (dari kalangan rakan di Facebook)”. Adakah melihat dan membacanya juga sama hukumnya dengan horoskop? Dan jika saya bertaubat dan tidak membukanya lagi, adakah Allah menerima taubat saya dan mengampuni saya, walaupun sebelum saya mengganti solat-solat itu? Dan saya ingin mengqada’ puasa Ramadan yang lalu. Adakah dibolehkan saya mengqada’nya sedangkan saya belum mengganti solat-solat dan pada hari-hari ini solat saya tidak diterima? Dan jika saya ingin mandi wajib daripada haid, adakah boleh saya melakukannya pada hari-hari yang solat saya tidak diterima?
Jawapan yang diberikan:
فلا يجوز النظر في الأبراج ولا فيما يسمى بشوف حظك اليوم، لا للتسلية ولا لمعرفة الصفات الشخصية، والنظر في تلك الأمور داخل في سؤال الكهنة، وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: من أتى عرافا فسأله عن شيء فصدقه لم تُقبل له صلاة أربعين يوما. رواه مسلم. ومعنى أنه لا تقبل منه صلاة أي لا يثاب عليها, وليس المعنى أنه يقضيها بعد ذلك أو أن ذمته لا تبرأ بفعلها, بل الواجب على من نظر في تلك الأبراج أن يحافظ على الصلاة في وقتها ويتطهر لها، وتبرأ ذمته فلا يطالب بها مرة أخرى ولكنه لا يثاب عليها. فيجب عليك أختي السائلة أن تتوبي إلى الله تعالى من النظر في تلك الأبراج, وتوبتك تكون بالكف عن النظر فيها والندم والعزم مستقبلا على عدم العودة, فإذا تبت إلى الله من ذلك قبل الله تعالى توبتك وعفا عنك. وقد قال تعالى: وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ. الشورى: 25
Maka tidak boleh melihat horoskop atau apa yang disebut sebagai “melihat nasib harian”, baik untuk hiburan mahupun untuk mengetahui sifat peribadi. Melihat perkara-perkara tersebut termasuk dalam kategori bertanya kepada tukang tenung. Nabi ﷺ bersabda: "Barangsiapa yang mendatangi seorang ‘arraf (tukang ramal), lalu menanyakannya tentang sesuatu kemudian membenarkannya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari" — diriwayatkan oleh Muslim. Maksud “tidak diterima solatnya” ialah dia tidak diberi pahala atas solat tersebut, bukan bererti dia perlu mengulanginya atau bahawa kewajipannya tidak gugur dengan melakukannya. Bahkan, kewajipan solat tetap ditunaikan dengan menjaga waktunya dan bersuci untuknya, hanya saja pahala tidak diberikan. Oleh itu, wajib bagimu wahai saudari yang bertanya, untuk bertaubat kepada Allah Ta‘ala daripada melihat horoskop tersebut. Taubatmu dilakukan dengan berhenti daripadanya, menyesal, serta berazam untuk tidak mengulanginya di masa depan. Apabila engkau bertaubat dengan sebenar-benarnya kepada Allah, maka Allah menerima taubatmu dan mengampuni dosamu. Allah Ta‘ala berfirman: “Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, serta memaafkan kesalahan-kesalahan, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
[1] الْعِرَافَةُ بِالْكَسْرِ تَأْتِي بِمَعْنَيَيْنِ:
الأَْوَّل: بِمَعْنَى عَمَل الْعَرَّافِ، وَهُوَ مُثَقَّلٌ بِمَعْنَى الْمُنَجِّمِ وَالْكَاهِنِ، وَقِيل: الْعَرَّافُ: يُخْبِرُ عَنِ الْمَاضِي، وَالْكَاهِنُ: يُخْبِرُ عَنِ الْمَاضِي وَالْمُسْتَقْبَل. الْمَعْنَى الثَّانِي: الْعِرَافَةُ: مَصْدَرُ عَرَفْتُ عَلَى الْقَوْمِ أَعْرُفُ فَأَنَا عَارِفٌ، أَيْ: مُدَبِّرٌ أَمْرَهُمْ وَقَائِمٌ بِسِيَاسَتِهِمْ، وَعُرِفْتُ عَلَيْهِمْ بِالضَّمِّ لُغَةٌ، فَأَنَا عَرِيفٌ (الموسوعة الفقهية الكويتية)
[2] Horoskop ialah gambarajah kedudukan planet dalam carta zodiak kelahiran seseorang mengikut waktu dan tempat yang khusus serta dianggap sebagai rangka kehidupan yang memberi petunjuk untuk memahami karektor seseorang, untung nasib, keupayaan, perhubungan, kecenderungan, minat semula jadi, kebolehan serta kehendak dalam mencapai matlamat. Ia juga dianggap sebagai suatu alat yang tepat untuk menentukan kehidupan, peristiwa-peristiwa dan perhubungan yang berlaku dalam alam semula jadi serta merupakan gambar rajah simbolik tentang tujuan kehidupan (Green 1975, ISLAMIYYAT 35(2) 2013: 77 – 82, Penglibatan Remaja terhadap Horoskop dan Kesannya terhadap Akidah (Involvement of Youth in Horoscope and Its Impact on Faith) Aishah P Othman dan Latifah Abdul Majid, Jabatan Pengajian al-Quran dan a;-Sunnah Fakulti Pengajian Islam UKM)
[zo.diak] | زودياک
Definisi: 1. garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj; 2. gambar rajah mintakulburuj yg digunakan dlm ilmu nujum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[3] (لعَمري) بفتح العين؛ أي: حياتي قَسَمي، اللام في (لَعَمري) للتأكيد، و(عَمري) بفتح العين وضمِّها بمعنى واحد، ولكن لا يستعمل في القسم إلا مفتوحَ العين. (المفاتيح في شرح المصابيح، المؤلف: الحسين بن محمود بن الحسن، مظهر الدين الزَّيْدَانيُّ الكوفي الضَّريرُ الشِّيرازيُّ الحَنَفيُّ المشهورُ بالْمُظْهِري (ت ٧٢٧ هـ) 3/501
[4] قال الجوهري:
يقال: كهن يكهن مثل نصر ينصر (كِهانة) -بكسر الكاف- إذا تكهن أي: عمل الكهانة وكُهِن -بضم الكاف- أي: صار كاهنًا ومصدره كَهانة، بفتح الكاف
Dikatakan kahana–yakhunu seperti naṣara–yanṣuru (kihānah) – dengan kasrah huruf kāf - apabila dia melakukan perbuatan kahinah, yakni mengamalkan kahinah. Dan kuhina – dengan dhammah huruf kāf – bererti menjadi seorang kahin, dan masdarnya ialah kahānah dengan fathah huruf kāf. (al-Kawthar al-Jārī ilā Riyāḍ Aḥādīth al-Bukhārī 7/47 — Aḥmad bin Ismāʿīl al-Kawrānī (w. 893H)
[5] علم الرَّمل: البحث عن المجهولات بخطوط تُخَطّ على الرَّمل، وهو من الخرافات
Ilmu Raml (pepasir): mencari perkara-perkara yang tidak diketahui dengan garis-garis yang dilukis di atas pasir, dan ia termasuk dalam khurafat. (Mu‘jam al-Lughah al-‘Arabiyyah al-Mu‘āṣirah — Aḥmad Mukhtār ‘Umar (w. 1424H).
Haji Khalifah menyebut:
علم الرمل، وهو: علم يعرف به: الاستدلال على أحوال المسألة حين السؤال، بأشكال الرمل. وهي: اثني عشر شكلا، على عدد البروج. وأكثر مسائل هذا الفن: أمور تخمينية، مبنية على التجارب، فليس بتام الكفاية، لأنهم يقولون: كل واحد من البروج يقتضي حرفا معينا، وشكلا من أشكال الرمل، فإذا سئل عن المطلوب؟ فحينئذ يقتضي وقوع أوضاع البروج شكلا معينا، فيدل بسبب المدلولات، وهي البروج على أحكام مخصوصة، مناسبة لأوضاع تلك البروج، لكن المذكورات أمور تقريبية لا يقينية. ولذلك قال عبد السلام: كان نبي من الأنبياء يخط، فمن وافق خطه فذاك، قيل: هو إدريس عليه السلام، وهو معجزة له، والمراد: التعليق بالمحال، وإلا لما بقي الفرق بين المعجزة والصناعة. روي عن بعض المشايخ: أنه سئل عن النبي ﷺ، فقال: من جملة الأثارة التي ذكرها الله ﷾ حيث قال: (ائتوني بكتاب من قبل هذا، أو أثارة من علم، إن كنتم صادقين
Ilmu Ramal (pepasir), iaitu ilmu yang dengannya diketahui cara beristidlāl tentang keadaan sesuatu persoalan ketika ditanya, melalui bentuk-bentuk pasir. Bentuk-bentuk itu berjumlah dua belas, sebanyak bilangan buruj. Kebanyakan persoalan ilmu ini hanyalah perkara-perkara sangkaan yang dibina atas pengalaman, maka ia tidak mencukupi sepenuhnya, kerana mereka berkata: setiap satu buruj menunjukkan satu huruf tertentu dan satu bentuk daripada bentuk-bentuk pasir. Maka apabila ditanya tentang sesuatu perkara, maka pada ketika itu, susunan buruj yang muncul menghasilkan satu bentuk tertentu, lalu ia menunjukkan melalui tanda-tanda yang ada, iaitulah buruj tersebut kepada hukum-hukum khusus yang sesuai dengan kedudukan buruj tersebut. Tetapi apa yang disebutkan itu hanyalah perkara-perkara taqribiy bukan perkara yakin. Oleh itu, kata ‘Abd al-Salām: “Ada seorang nabi daripada para nabi yang membuat garisan, maka sesiapa yang bertepatan dengan garisannya maka demikianlah.” Dikatakan: nabi itu ialah Idrīs عليه السلام. Ia adalah mukjizat untuk baginda. Maksud sebenar ialah kebergantungan kepada sesuatu yang mustahil. Jika tidak, nescaya tiada lagi perbezaan antara mukjizat dan hasil suatu kepandaian. Diriwayatkan daripada sebahagian para masyaikh, yang pernah ditanya tentang Nabi ﷺ, lalu beliau berkata: “Baginda adalah termasuk daripada atharah (sisa ilmu/peninggalan ilmu) yang Alllah sebutkan dalam firman-Nya: “Datangkanlah kepadaku sebuah kitab yang sebelum ini, atau peninggalan daripada ilmu, jika kamu orang-orang yang benar.” (Kashf al-Ẓunūn ‘an Asāmī al-Kutub wa al-Funūn 1/912 — Ḥājjī Khalīfah (w. 1067H).