Keharusan Sapuan di Atas Khuf, Tanda ASWJ

Di dalam ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, penulisnya Badruddin al-‘Aini al-Hanafi berkata dalam persoalan menyapu dua khuf ini:

“Padanya menunjukkan keharusan sapuan di atas dua khuf, dan tidak membantahnya (keharusan tersebut) melainkan seorang mubtadi’ lagi sesat. Berkata pula Khawarij (sapuan di atas dua khuf) tidak harus. Berkata pemilik (penulis) al-Bada’ie’ (البدائع) sapuan di atas dua khuf adalah harus di sisi keseluruhan fuqaha’ dan para sahabat, melainkan terdapat sesuatu yang diriwayatkan (رُوِيَ) daripada Ibn ‘Abbas yang dinyatakan tidak harus. Inilah juga pandangan Syi’ah."

Seterusnya beliau berkata: “dan diriwayatkan dari al-Hasan al-Basri yang berkata: “Daku telah bertemu dengan 70 Badri (yang menyertai peperangan Badar) dari kalangan sahabat, kesemua mereka berpandangan harus sapuan di atas dua khuf, dan kerana itu Abu Hanifah berpandangan (keharusan sapuan di atas dua khuf) adalah termasuk di dalam syarat-syarat Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.” ('Umdah al-Qariy: 4/442)

 

Cetak  
Wallahu a'lam