al-Syeikh Muhammad al-Hasan al-Dadu al-Syanqiti الشيخ محمد الحسن الددو الشنقيطي
Sumber: https://dedewnet.com/index.php/akida.html?view=media&id=2119
1. Termasuk dalam iktiqad Ahli sunnah ialah tiada yang maksum melainkan Rasulullah SAW. Selain daripada baginda terdedah kepada benar dan silap.
2. Memohon redha untuk para sahabat, sayang, cinta (muwalah) dan sentiasa berbaik sangka dengan mereka. Merekalah yang sentiasa unggul dan lebih dalam keimanan. Mereka lebih berhak mendapat keampunan.
3. Selepas mereka ialah para imam ahli sunnah dan fuqaha mazahib, yang telah menyampaikan agama dan membawa ilmu. Kita beragama (antaranya) dengan menyayangi mereka, memohon ampun dan mencontohi mereka dalam perkara ijtihad mereka yang kita lihat ia adalah kebenaran. Kita menganggap ada keuzuran untuk mereka, jika ada dari ijtihad mereka yang tidak menepati dalil, manakala ijtihad yang berbeza dengan mereka itu lebih rajih di sisi kita. Termasuk dalam persoalan ini ialah apa yang banyak dibicarakan dari dahulu sehingga sekarang, iaitulah isu Asy'ariyyah.
Asy'ariy seorang dari tokoh imam mazhab syafi'ie. Beliau hidup di penghujung kurun ketiga dan awal kurung keempat hijriyyah. Maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang diberi tazkiah خير القرون قرني ثم الذين يلونهم... (sebaik-baik qurun adalah kurunku, kemudian selepas daripada itu...)
4. Salaf dari kalangan ahli sunnah telah terbahagi kepada tiga mazhab (akidah). Mereka juga dalam fekah telah terbahagi kepada lebih dari 4 mazhab. Tiada satupun dari mazhab-mazhab ini yang boleh dipastikan kebenaran seluruhnya ada pada mereka, yang lain pula pasti salah. Sebaliknya semua mazhab-mazhab ini diharapkan kebaikan untuk mereka. Sesiapa yang berijtihad dan betul, untuknya dua pahala. Siapa yang berijtihad dan tersilap, untuknya satu pahala. Tiada suatupun dari ijtihad itu dalam perkara yang telah ditetapkan dalam nas. Kerana apa yang telah diputuskan oleh nas, tiada lagi ruang mazhab untuk seseorangpun, tiada lagi ijtihad, kerana umat telah cukup dengan nas yang sahih lagi jelas itu.
5. Tiga mazhab dalam persoalan iktiqad ahli sunnah itu ialah:
i. Mazhab ahli hadis yang dinamakan pada hari ini sebagai mazhab Salafi. Pada hakikatnya mereka ialah mazhab Hambali.
ii. Mazhab al-Asy'ari.
iii. Mazhab Abi Mansur al-Maturidi.
Ketiga-tiga mazhab ini bersepakat dalam beberapa usul, bahawasanya firman Allah adalah benar lagi betul. Juga tiada seorangpun yang lebih tahu tentang Allah berbanding Allah sendiri. Juga bahawa apa-apa yang Allah sifatkan tentang dirinya, maka ia berdasarkan apa yang Dia Firmankan. persoalan ini tiada perbezaan dua orangpun dari kalangan ahli sunnah.
Apa yang kamu semua dengar berkaitan Abu Hasan alAsy'ari yang dikatakan menafikan sifat Allah melainkan tujuh sifat sahaja adalah tidak benar. Kitab alAsy'ari ada di hadapan kamu semua. Beliau (alAsy'ari) telah jelaskan bahawa dia mensabitkan untuk Allah semua yang Allah sabitkan untik diriNya. alAsy'ari juga menafikan dari Allah, semua yang Allah nafikan dari diriNya. Sifat tujuh yang mereka sebut, hakikatnya adalah lapan... Fakrurrazi yang menggugurkan (sifat) al-Idrak الإدراك (menjadikan tujuh). Kerana itu Abu alHasan alAsy'ari membahagikan sifat kepada tiga bahagian:
i. Sifat al-Nafs iaitulah Wujud,
ii. Sifat Silbiyyah iaitulah kandungan surah al-Ikhlas: Wahdaniyyah, alGhina alMutlaq, alBaqa', alQidam dan alMukhalafah li alHawadith.
iii. Sifat al-Maaniy, terhitung sebanyak lapan iaitulah: alHayah, al'Ilm, alIradah, alQudrah - dinamakan juga sifat alTa'thir - alSam', alBasar, alKalam - dinamakan sifat alKamal.
Abu Hasan juga memasukkan bahagian keempat iaitulah alSifat alJami'ah iaitulah kelebihan فضله dan kemuliaan-Nya كرمه. Antara perkara penting dalam bab ini, hendklah kita tahu bahawa mutaakhirin Asya'irah, telah berijtihad dalam beberapa perkara yang tidak dibawa oleh Abu al-Hasan al-Asy'ari. alFakhrurrazi telah mendatangkan bahagian kelima dari bahagian-bahagian sifat yang beliau namakan sebagai alMa'nawiyyat yang tidak dipersetujui oleh ramai dari kalangan alAsy'ariyyah, sekalipun al-Sanusi dan beberapa orang lagi mengikutinya. Ruang pemerhatian dan ijtihad adalah luas dalam setiap perkara yang nas tidak putuskan, dengan syarat pemerhatian dan ijtihad dalam perkara itu bertepatan dengan usul dan thawabit al-Wahy ثوابت الوحي yang berperanan menyuluh akal dan memeliharanya dari ketergelinciran dan penyelewengan. Satu perkara lagi ialah tentang mujtahid, hendaklah dia seorang dari kalangan ahli wara' dan takutkan ALlah. Mereka inilah yang diberi cahaya dan hujjah ilmu yang bermanfaat oleh ALlah. Setelah itu pengikut-pengikut imam-imam dari tiga mazhab ini, menambah dan berijtihad dalam perkara yang tidak dibawa oleh imam mereka. Kadang-kala kamu semua terkejut, jika kamu tahu bahawa mazhab takwil adalah mazhab golongan mutaakkhirin ahli sunnah seluruhnya sehinggakan ulama Hambali. Demikian itu kerana orang pertama yang mula-mula melakukan takwilan sekadar maklumat yang aku ketahui ialah "al-Barbahari" dari kalangan ulama mazhab Hambali dan imam mereka yang mutaakkhirin. Sehinggalah al-Imam Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah; sesungguhnya mereka mendapati bahawa apa-apa yang disabitkan oleh Allah untuk diri-Nya terbahagi kepada tiga bahagian:
i) Sifat-sifat bagi ALlah yang boleh dicapai oleh akal sebagai ianya adalah sifat... bagi sifat ini ia ada khasiyyahnya, bahawa ia melazim bersama (tuhan) yang disifatkan. sifat-sifat itu juga boleh menceritakan tentang yang disifatkan itu (tuhan), seperti sifat: Sesungguhnya ALlah maha mengetahui" setiap sesuatu.
ii) Perbuatan-perbuatan Allah SWT. Allah melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan-perbuatan-Nya pula disucikan dari bermain-main dan sia-sia. Sebaliknya semua perbuatan-Nya memiliki hikmah kebijaksanaan dan kemaslahatan. Dia berbuat apa-apa yang Dia kehendaki, tiada sesuatu yang memaksa-Nya. Perkara ini pula terbahagi kepada:
- perbuatan-perbuatan yang tidak menyerupai perbuatan makhluk seperti menciptakan langit dan bumi, menurunkan hujan dan seumpamanya.
- satu lagi perbuatan-perbautan yang terhasil pada sebahagian jenisnya perkongsian (pada nama). Kaedah yang dibina akidah di atasnya menyatakan: نفي المشابهة iaitulah menafikan penyerupaan kerana ليس كمثله شيء. (Namun) Bahagian perbuatan ini, pada namanya (penamaannya) dilakukan oleh makhluk juga seperti al-Istiwa, al-Takallum, al-Ta'ajjub, al-Dhahiq, al-Ityan dan al-Maji'.
iii) Sifat-sifat yang tidak dapat diketahui oleh akal ia sebagai sifat, perbuatan-perbuatan yang tidak dapat diketahui oleh akal ia sebagai perbuatan, iaitulah seperti tujuh nusus: alWajah, alYadain, al'Ain, alSaaq, alQadam, alAsabi' dan alSyakh. Tidak boleh menceritakan tentang Allah dengan sifat-sifat ini. Di mana tidak boleh kita katakan: "Allah itu adalah tangan (Yadun)", atau Muka (wajah), maha tinggi ALlah dari demikian itu dengan ketinggian yang sebesar-besarnya. Sifat ini juga tidak mungkin sentiasa melazimi setiap alMausuf. oleh itu ia bukan sifat dan bukan af'al, jadi apakah kategorinya? kita tidak menjumpaai sebarang nas dari Rasulullah SAW (dalam perkara ini), tiada juga sebarang nas dari para sahabat dan tabi'ien.
Kita dapati Atba' alTabi'ien dahulunya apabila ditanya sesuatu berkaitan perkara ini, mereka akan kembalikan kepada lughah arabiah menurut madlulnya dan mereka mensucikan Allah dari persamaan dengan makhluknya, seperti yang dilakukan oleh Malik RH, ketikamana beliau ditanya berkaitan satu perbuatan dari perbuatan-perbuatan Allah ini iaitulah al-Istiwa', beliau berkata:
"al-Istiwa' suatu yang diketahui, caranya tidak diketahui, beriman dengannya wajib. Tidak aku lihat kamu yang bertanya melainkan seorang ahli bid'ah, keluarkan orang ini dari majlisku."
alWalid bin Muslim meriwayatkan yang dia berjumpa dengan Abdullah bin Idris, Mu'az bin Jabal dan Yazid bin Harun. Mereka ini jika ditanya sesuatu tentang perkara ini akan berkata:
"Akuilah kamu semua akannya dan fahamilah ia sepertimana yang telah ia datang."
mereka mengakui ianya suatu kebenaran dan mereka tidak menafsirkannya sehingga al-Imam Ahmad berkata:
"Tafsirnya adalah bacaannya, tanpa bagaimana, tanpa makna تفسيرها قراءتها ولا كيف ولا معنى..."
Inilah mazhab Atba' al-Tabi'ien. Penafsiran ini mungkin memadai sebelum perluasan Islam.
Apabila berlaku keluasan empayar Islam dan bercampur dengan bangsa-bangsa dan bahasa-bahasa lain. Terpikul tanggungjawab menyampai dan mengajarkan al-Quran dan al-Sunnah kesemuanya kepada sekelian manusia dan tidak boleh menyembunyikan sesuatupun. Maka ia berupa isu baharu yang menuntut diadakan jalan keluar. Dengan ikhlas dan wara', berpandukan nusus yang qat'ie dan al-Thawabit al-'Aqadiyyah, para imam dan ulama berijtihad. Ulama mazhab Hambali berkata berkaitan persoalan ini padanya takwilan umum, bahawa ianya adalah sifat bagi ALlah, namun pandangan ini tidak pernah dinukilkan dari salaf seperti penjelasan lalu. sebaliknya ia hasil dari ijtihad dan mencari yang lebih benar dan lebih diredhai oleh Allah pada pemerhatian seseorang mujtahid yang menyampaikan sesuatu ajaran dari Allah dan Rasul SAW. Adapun Abu al-Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi, mereka berdua berpandangan kita memiliki dua andaian dalam bab ini:
i) Dinamakan al-Tanzih wa al-Tafwidh iaitulah dengan kita katakan: "tiada sesuatu makhluk yang menyerupai Allah dan kami menyerahkan (tafwidh) kepada-Nya akan murad (maksud yang dikehendaki), dan kami beriman menurut apa yang dikehendaki oleh ALlah Taala."
ii) Takwil, demikian itu berdasarkan qiyas para sahabat yang telah mentakwilkan satu sifat iaitulah alMa'iyyah al'Ammah المعية العامة yang terdapat dalam dua surah yang berturut-turut di dalam alQuran iaitulah alHadid dan alMujadalah. Firman Allah:
وهو معكم أينما كنتم
alHadid. Dalam surah alMujadalah, Allah berfirman:
ولا أدنى من ذلك ولا أكثر إلا هو معهم أينما كانوا
para sahabat telah mentakwilkan alMa'iyyah al'Ammah sebagai al'Ilm dan al-Ihatah, iaitulah Allah yang maha agung dan mulia dekat dan hampir pada ketinggian-Nya, Maha Tinggi pada kedekatannya, Dia mengetahui segala rahsia dan yang tersembunyi. Maka mereka (yang menempoh andaian yang kedua ini) mentakwilkan alWajah sebagai alZat, juga mentakwilkan alYad dengan alQudrah. Mereka mentakwilkan perbuatan-perbuatan yang memiliki Iham alSyabah إيهام الشبة seperti alIstiwa dan alDhahik الضحك.. semua perbuatan-perbuatan ini sabit dari alQuran dan alSunnah, maka tidak boleh mengingkarinya, beriman kepadanya adalah wajib.
Setiap terjemahan alQuran yang ada pada hari ini, para penterjemahnya terpaksa takwil. Pada takwil memerlukan kawalan kukuh. Ahl Sunnah tidak mungkin menjadikan pembatalan kepada sifat. Takwil yang menjadikan pembatalan kepada sifat adalah mazhab muktazilah yang menafikan sifat-sifat. Adapun ahli sunnah memperakui sifat (bagi Allah).
Demikian juga hendaklah diketahui bahawa menurut murad Allah.. bahawa murad Allah tidak mampu dicapai oleh akal kita. Apa-apa yg warid dari Rasul SAW adalah sama seperti apa yang warid di dalam alQuran, wajib membenarkannya dan beriman dengannya.
Maka mazhab ini termasuk dlm mazhab Ahl sunnah dgn nukilan dr tokoh2 dan imam2 yg ikhlas lagi soleh. Tidak sama dgn mereka yg datang selepas mereka dr kalangan org yg tidak sampai pd kedudukan mereka (ulama terawal) pd ilmu, wara' dan benar, sehingga seseorg boleh berani mengatakan mereka (ulama terawal) salah.
- tamat -