Majlis Selawat Perdana Dihadiri Lembaga Rasulullah SAW?

Soalan:

Assalamu’alaikum Ustaz.
Ada beberapa kenalan saya yang selalu mengikuti majlis-majlis selawat perdana dan seumpamanya mendakwa majlis mereka dihadiri oleh Rasulullah. Kehadiran baginda disaksikan oleh sebahagian daripada mereka. Mereka mendakwa baginda datang dalam rupa lembaga. Mohon penjelasan dari ustaz.

Jawapan:

Bagaimana mereka dapat pastikan lembaga yang datang itu adalah lembaga Rasulullah SAW? Hairan sungguh hairan, mengapa dakwaan seumpama ini tidak pernah dibuat oleh mana-mana ulama umat Islam seperti Imam Abu Hanifah, Malik, al-Syafie dan Ahmad? Tak pernah ada juga dakwaan seperti ini dinukilkan kepada kita dari zaman para sahabat RA? Ajaib sungguh ajaib, apakah majlis mereka lebih mulia berbanding majlis ilmu yang diadakan oleh para Sahabat dan para ulama rabbaniyyin?

Jika benar ada dakwaan seperti yang dinyatakan, kita bimbang, lembaga yang didakwa hadir, sebenarnya adalah syaitan yang datang ke dalam majlis mereka bagi tujuan memperdayakan mereka.

Di bawah ini saya terjemahkan perkataan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, mudah-mudahan boleh dijadikan sebagai bahan penilaian. Beliau berkata:

ولما كانت الخوارق كثيرا ما تنقص بها درجة الرجل كان كثير من الصالحين يتوب من مثل ذلك ويستغفر الله تعالى كما يتوب من الذنوب : كالزنا والسرقة وتعرض على بعضهم فيسأل الله زوالها وكلهم يأمر المريد السالك أن لا يقف عندها ولا يجعلها همته ولا يتبجح بها ; مع ظنهم أنها كرامات فكيف إذا كانت بالحقيقة من الشياطين تغويهم بها فإني أعرف من تخاطبه النباتات بما فيها من المنافع وإنما يخاطبه الشيطان الذي دخل فيها وأعرف من يخاطبهم الحجر والشجر وتقول : هنيئا لك يا ولي الله فيقرأ آية الكرسي فيذهب ذلك.
وأعرف من يقصد صيد الطير فتخاطبه العصافير وغيرها وتقول : خذني حتى يأكلني الفقراء ويكون الشيطان قد دخل فيها كما يدخل في الإنس ويخاطبه بذلك ومنهم من يكون في البيت وهو مغلق فيرى نفسه خارجه وهو لم يفتح وبالعكس وكذلك في أبواب المدينة وتكون الجن قد أدخلته وأخرجته بسرعة أو تمر به أنوار أو تحضر عنده من يطلبه ويكون ذلك من الشياطين يتصورون بصورة صاحبه فإذا قرأ آية الكرسي مرة بعد مرة ذهب ذلك كله .وأعرف من يخاطبه مخاطب ويقول له أنا من أمر الله ويعده بأنه المهدي الذي بشر به النبي صلى الله عليه وسلم ويظهر له الخوارق [ ص: 301 ] مثل أن يخطر بقلبه تصرف في الطير والجراد في الهواء ; فإذا خطر بقلبه ذهاب الطير أو الجراد يمينا أو شمالا ذهب حيث أراد وإذا خطر بقلبه قيام بعض المواشي أو نومه أو ذهابه حصل له ما أراد من غير حركة منه في الظاهر وتحمله إلى مكة وتأتي به وتأتيه بأشخاص في صورة جميلة وتقول له هذه الملائكة الكروبيون أرادوا زيارتك فيقول في نفسه : كيف تصوروا بصورة المردان فيرفع رأسه فيجدهم بلحى ويقول له علامة إنك أنت المهدي إنك تنبت في جسدك شامة فتنبت ويراها وغير ذلك وكله من مكر الشيطان

Maksudnya: “Dan ketikamana perkara-perkara luar dari kebiasaan kebanyakannya apa-apa yang boleh mengurangkan kedudukan seseorang. Kerana itu ramai dari kalangan orang-orang soleh bertaubat dari perkara-perkara seperti ini (perkara-perkara luar dari kebiasaan) dan beristighfar kepada Allah Taala sepertimana seseorang bertaubat dari dosa seumpama zina dan mencuri. Mereka meminta agar Allah menghilangkan perkara-perkara tersebut dari mereka. Mereka juga meminta para murid al-Salik agar tidak memberi perhatian kepada perkara-perkara luar dari kebiasaan itu dan jangan bermegah dengannya. Dalam keadaan perkara-perkara luar biasa itu pada sangkaan mereka adalah berupa karamah. Maka bagaimana jika perkara-perkara luar biasa itu pada hakikatnya ialah tipu-daya syaitan. Daku mengetahui adanya orang yang mana tumbuh-tumbuhan berbicara dengannya dalam perkara-perkara yang bermanfaat, sebaliknya yang berbicara dengannya itu adalah syaitan yang telah masuk ke dalam tumbuh-tumbuhan tersebut. Aku juga mengenali adanya orang yang batu dan pokok berbicara dengannya dan berkata: “keberuntungan untukmu wahai wali Allah.” Lalu orang itu membaca ayat al-Kursi, lalu suara itu lari daripadanya. aku juga mengetahui adanya orang yang hendak memburu burung, lalu burung-burung kecil dan lainnya berbicara dengannya dan berkata: “Ambillah (tangkaplah) aku, agar orang-orang miskin dapat memakan daging aku.” Sedangkan syaitan telah memasuki ke dalam burung tersebut sepertimana mereka memasuki tubuh-badan manusia dan berbicara melalui lidah mereka. Demikian juga dari kalangan mereka ada pula ketika berada di dalam rumah dalam keadaan pintu tertutup, dia melihat dirinya di luar rumahnya sedangkan dia belum lagi membuka puntu rumah, berlaku juga hal yang sebaliknya. Demikian juga di pintu-pintu bandar, terdapat jin yang masuk dan keluar dengan cepat, atau mereka mendatangkan kepadanya orang yang dia minta, semua itu adalah syaitan yang menyerupai rupa sahabatnya. Apabila dia membaca ayat al-Kursiy beberapa kali, semua itu pergi daripadanya. aku juga mengetahui ada orang yang berbicara dengannya seseorang yang berkata: “Aku datang dari perintah Allah.” Lalu dia bersumpah kepada orang itu bahawa dia ialah imam mahdi yang dikhabarkan oleh Nabi SAW, lalu dia menzahirkan beberapa perkara luar biasa seperti membawa hatinya membayangkan sekumpulam burung dan belalang berterbangan di udara. Apabila orang itu terlintas di hatinya agar burung dan belalang itu bergerak ke arah kanan atau kiri, semuanya ikut berdasarkan apa yang terlintas di dalam hatinya. Apabila terlintas di dalam hatinya sebahagian binatang ternak berjaga, tidur atau pergi, maka semua berlaku apa yang dikehendakinya tanpa perlu sebarang gerakan tindakan zahir darinya. Mereka (para jin dan syaitan) membawanya ke Mekah, dan mereka juga mendatangkan kepadanya beberapa individu dengan rupa yang cantik dan berkata kepadanya: “Ini adalah para al-Malaikat al-Karubiyyun[1] hendak menziarahinya. Lalu orang itu berkata di dalam hatinya: “Bagaimana mereka boleh menyerupai rupa paras Amrad (lelaki-lelaki yang cantik dan tidak memiliki janggut), lalu dia mengangkat kepalanya dan mendapati mereka semua mempunyai janggut pula. Dan dikatakan kepadanya, engkau memiliki tanda yang engkau adalah imam mahdi, iaitulah dengan tumbuhnya tahi lalat di jasad engkau, dan tahi lalat itu tumbuh di badannya dan dia dapat melihat tahi lalat tersebut dan perkara-perkara lain lagi yang berlaku yang semuanya adalah dari tipu-daya dan perancangan syaitan.”[2]
---------------------------

[1] Al-Karubiyyun ialah nama malaikat yang terdapat berbagai tafsiran para ulama. Namun ia bukan bersumberkan hadis yang sahih. Sebaliknya disebut oleh beberapa ulama tafsir di dalam kitab mereka antaranya al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat 7 dari surah Ghafir:

Maksudnya: “malaikat Yang memikul Arasy dan malaikat Yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji Tuhannya; dan beriman kepadanya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang Yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! rahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang Yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.”

Beliau berkata:

يخبر تعالى عن الملائكة المقربين من حملة العرش الأربعة ، ومن حوله من الكروبيين ، بأنهم يسبحون بحمد ربهم

Maksudnya: “Allah Taala menkhabarkan tentang para malaikat al-Muqarrabin dari kalangan malaikat pemikul ‘Arasy yang empat, dan malaikat sekitar ‘arasy dari kalangan al-Karubiyyin, bahawa mereka semua bertasbih dan memuji tuhan mereka…” (lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim)

[2] Majmu’ al-Fatawa oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah 11/30


Cetak  
Wallahu a'lam