SDI 1031: Bolehkah Keputusan Mesyuarat Menurut Mimpi?

Soalan:

Kami bermesyuarat utk buat satu keputusan penting. Salah seorg dr kami bermimpi dan mimoinya berbeza dgn keputusan mesyuarat yg telah dipersetujui bersama. Soalan saya, bolehkah kami berpandukan mimpi salah seorg drpd kami, sekalipun ia berbeza dgn keputusan ramai?

Jawapan:

TIDAK BOLEH.

Nabi SAW bermimpi sblm berlaku peperangan Uhud, melihat seekor lembu disembelih yg merupakan isyarat akan terkorbannya para sahabat yg ramai dlm peperangan tersebut. Namun perang Uhud tetap diteruskan, kerana itulah keputusan mesyuarat Nabi bersama para sahabat baginda. Hadis ttg mimpi Nabi ini diriwayatkan di dlm Sahih Bukhari.

Jika demikian keadaannya, maka siapakah kita utk berpada dgn mimpi kita dan menyalahi keputusan mesyuarat?


Cetak  
Wallahu a'lam