SDI 0406: Benarkah Sihir Boleh Dibuat Melalui Gambar?

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, benarkah sihir boleh dilakukan melalui gambar? Seperti yang dinyatakan dalam keratan akhbar tersebut. Harap ustaz boleh jawab soalan saya kali ini. Terima kasih.

Jawapan: Wa'alaikumussalam warahmatullah Mungkin shj sihir boleh dilakukan menerusi gambar spt yg ditanya.

Namun ia bukan satu kerja yg mudah. Dlm ertikata, bukan satu kerja yg mudah bagi penyihir utk melakukan apa sahaja sihir seperti yang dikehendakinya samada dgn gambar atau apa-apa yg diperolehinya. Selain memiliki gambar atau apa-apa yg terdapat kesan jasad bakal mangsa. Penyihir juga memerlukan nama manga dan nama ibunya. Setelah itu syaitan yamg digunakan perlu mengintai dan mengekori mangsa bagi mencari ruang untuk masuk ke dalam badannya bagi menjayakan hasrat sihir.

Sihir yg dibuat barangkali juga akan gagal, syaitan yg dihantar boleh sahaja jemu dan pulang tanpa sebarang hasil. Bahkan boleh sahaja syaitan itu mati terlebih dahulu sebelum dia sempat melaksanakan sihir tersebut. Keadaan ini sedemikian, terutamanya jika bakal mangsa seorang yg punya hubungan yang kuat dengan Allah SWT, memiliki pergantungan diri yang bulat kepadaNYA, sentiasa mengamalkan zikir pagi dan petang yang sahih dari Nabi SAW.

Usaha syaitan ini boleh sahaj gagal. Ia bukan  seperti apa yg dimomok-momokkan dalam filem, dan drama di tv. Bukan juga spt yg disembangkan oleh kebanyakan orang. Namun, tidak mustahil sihir tersebut boleh terkena jika mangsanya seorang yang jauh dari Allah, banyak melakukan maksiat dan memiliki iman yg lemah.

Justeru... rajinkan diri menuntut ilmu agama dan perkemaskan hubungan dengan Allah SWT. Kerana semuanya tidak akan berlaku melainkan dengan izin daripadaNYA jua.


Cetak  
Wallahu a'lam