Soalan:
Assalam ust, saya ada 2 soalan..
1. Benarkah amalan meng'bin'kan kepada ibu selepas mati, selalu disebut semasa talkin..
2. Benarkah roh masih ada di rumah selepas kematian.
JazakAllah khair ust..
Jawapan:
1) Amalan mem'bin'kan org mati kpd ibu adlh amalan yang LEMAH, tidak bersandarkan kpd hujjah yg kukuh. Bahkan amalan ini bertentangan dgn keumuman ayat al-Quran dr surah al-Ahzab ayat 5.
Demikian juga ia bertentangan dgn hadis sahih yg diriwayatkan oleh Abu Daud, Ahmad dan al-Darimi dr Abu al-Darda' yg menyatakan semua kita akan dipanggil di hari kiamat dgn nama kita dan nama bapa. Demimian juga ia bertentangan dgn hadis al-Bukhari dan Muslim yg menunjukkan ssorg dinisbahkan kpd bapanya di akhirat, berdasarkan perkataan Nabi: Fulan bin FULAN.
2) berdasarkan hadis2 yg sahih (antaranya riwayat Imam Ahmad drpd alBarra bin 'Azib, Ibn Majah drpd Abu Hurairah) menunjukkan ruh tidak sentiasa ada di rumah slps kematiannya. Ada hadis yang menceritakan jika ruh itu seorg yg baik ia akan diberi khabar gembira oleh para malaikat dgn keampunan dn keredhaan dr Allah SWT. stlh itu ia diwangikan dan dibawa naik dlm keadaan berbahagia kpd Allah SWT, stlh itu akan dikembalikan ke dlm jasad utk disoal di alam kubur. Dia dikurniakan keteguhan utk menjwb, dan diberi keluasan kpdnya.
Jika ruh itu jahat. Maka dia akan menerima khabar yg menakutkan terdiri dr khabar neraka dN kemurkaan dr Allah SWT. Stlh itu dibawa naik ke langit dlm keadaan ia diselubungi dgn ketakutan dan kehinaan, stlh itu pintu2 langit tidak terbuka utknya, lalu dia dicampakkan semula ke bumi dan dikembalikan ke dlm jasad utk soalan di alam kubur, sehingga disempitkan kuburnya, didtgkan kepanasan neraka kpdnya.
Ada juga hadis sahih yang menunjukkan ruh melihat jasadnya ketika dipikulkan ke atas bahu-bahu orang yang akan membawanya ke kubur dan ruh bertanya ke mana dia akan dibawa pergi.
Justeru dalam persoalan ghaib seperti ini kita berpada dengan apa yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang sahih. Ada ketika Ruh berada dan melihat jasadnya ada ketika ruh berada jauh dari jasadnya seperti yang dinyatakan di dalam hadis, tanpa kita memperincikan persoalan jika tiada bukti kukuh.
Semoga Allah selamatkan kita semua dr fitnah kubur.
اللهم آمين
* perlu diberi perhatian juga bhw, pengembalian semula ruh ke dlm jasad slps kematian adlh pengembalian barzakhiah, yg tidak spt kembalinya ke dlm jasad ketika hidup. Pendetailannya hanya Allah shj yg mengetahui.