SDI 0952: Bersembang Dengan Mayat

Soalan:

Assalamualaikum Warahmatullah wabarakatuh Ustadz.

Saya ingin bertanya.

Saya dapati ada selisih pendapat tentang bolehnya mayat mendengar apa kita kata di dunia.

Adakah boleh kita berbual dgn orang yg meninggal di kubur (sbg contoh : selamat jalan anakku. Semoga kamu tenang di syurga)

Selepas itu menulis di media sosial " selamat tinggal anakku"

Adakah ini diperbolehkan?

Jawapan:

Berbual dgn org mati TIADA PETUNJUK dr Nabi SAW. Mereka tidak mendengar lagi perbualan kita. Inilah asal keadaan org yg telah meninggal dunia. Perkara ghaib mesti berpada dgn apa yg ada dr petunjuk Nabi SAW shj.

Tulisan spt itu di media sosial tak memberi kesan dan apa2 manfaat.

Org Islam yg baik sptutnya berusaha meninggalkan perkara2 yg tidak ada manfaat utk dunia dan akhiratnya spt sabda Nabi SAW:

من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه

Maksudnya: "Dr tanda baik Islam seseorg apabila dia meninggalkan perkara yg tiada manfaat utknya."


Cetak  
Wallahu a'lam