SDI 0877: Bagaimana Iblis Boleh Tahu Tentang Adanya Hari Kiamat

Soalan: 

Salam Ustaz.

Ayat Al A Raf 11-18 iaitu kisah Iblis yg enggan sujud kpd nabi Adam. Cuma saya nak dptkan pencerahan disini
Iaitu sewaktu Allah menghukum Iblis , dia memohon utk memberi tangguh kpdnya sehingga sampai waktu mereka ( Manusia) dibangkitkan.
Jika pemahaman terus dari tafsiran itu semasa kejadian itu berlaku Hawa masih belum diciptakan dan kejadian Nabi Adam dan Hawa memakan buah yg diharamkan masih belum berlaku. Macamana iblis seolah2 tahu adanya hari kebangkitan itu. Adakah ayat 30 Surah Al Baqarah ada kaitan dgn ini. Mohon pencerahan.

TQ

Jawapan:

Kisah tersebut lebih jelas di dalam surah alHijr ayat 32-36.

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا لَكَ أَلَّا تَكُونَ مَعَ السَّاجِدِينَ

Dia (Allah) berfirman, “Wahai Iblis! Apa sebabnya kamu (tidak ikut) sujud bersama mereka?"

قَالَ لَمْ أَكُنْ لِأَسْجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقْتَهُ مِنْ صَلْصَالٍ مِنْ حَمَإٍ مَسْنُونٍ

Ia (Iblis) berkata, “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk.”

قَالَ فَاخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌ

Dia (Allah) berfirman, “(Kalau begitu) keluarlah dari surga, karena sesungguhnya kamu terkutuk,

وَإِنَّ عَلَيْكَ اللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ

dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari Kiamat.”

Selepas ayat ini, Allah memberitahu barulah Iblis berkata:

قَالَ رَبِّ فَأَنْظِرْنِي إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Ia (Iblis) berkata, “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka berilah penangguhan kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan.” (alHijr 32-36)

Ayat-ayat ini menunjukkan permohonan iblis agar ditangguhkan sehingga hari kiamat setelah dia tahu tentang hari kiamat dari firman Allah SWT. Inilah salah satu pandangan yang lebih jelas dan selamat. Sekalipun saya tidak nafikan ada pandangan-pandangan lain yang dilontarkan oleh para ulama.


Cetak  
Wallahu a'lam