SDI 0791: Tanda Dalam Mushaf alQuran Cetakan Telaga Biru Tak Sama Dengan Mushaf alQuran Lama, Mana Satu Betul?

 Soalan: 
Salam ustaz. Ayat 91dr surah al-kahfi. Yg atas mushhaf lama. Bawah mushaf cetakan telaga biru. Tanda kat kaza lika tu takde takpa kan?
 
Jawapan:
Pertama: tanda-tanda waqaf seperti قلي ، صلي، ق dan seumpamanya adalah perkara ijtihadi. Justeru ia pasti akan menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan ulama alQuran. 
 
Kedua: Tanda صلي di dalam ayat, seperti yang terdapat dalam mashaf cetakan Telaga Biru bermaksud: bacaan sambung adalah lebih awla (utama) berbanding berhenti. 
 
Perbezaan ini berlaku kerana terdapat pandngan ulama yang melihat huruf "ك" pada ungkapan كذلك itu boleh berperanan sebagai "خبر atau prediket" kepada "Mubtada' atau subjek" yang tidak diadakan. Mereka berpandangan ayat itu asalnya ialah الأمر كذلك maksudnya: "perkara tersebut (subjek yang ditiadakan) adalah sedemikian (prediket)." Maka lebih utama berhenti selepas كذلك seperti mushaf cetakan Telaga Biru.
 
Dalam masa yang sama terdapat sebahagian ulama lain yang beranggapan huruf "ك" pada كذلك itu adalah bermaksud "seperti". Maka jadilah maksudnya: "Seperti apa yang lalu, kami sifatkannya." Justeru jadilah kalimah selepas كذلك itu adalah ayat permulaan pula. Maka tidak perlu berhenti selepas كذلك seperti mushaf cetakan lama.

Cetak  
Wallahu a'lam