Soalan:
Ustaz saya dengar ada imam masjid membaca surah al-Nazi’at berhenti pada ayat هل أتاك حديث موسى pada rakaat ke-2 solat maghrib dan terus rukuk. Kemudian dalam solat ‘Isyak dalam rakaat pertama selepas membaca al-Fatihah imam tersebut menyambung ayat إذ ناداه ربه بالواد المقدس طوى … kemudian berhenti pula pada ayat إن في ذلك لعبرة لمن يخشى. Pada rakaat ke-2 dia menyambung ayat dan berhenti pada فأما من طغى kemudian terus rukuk. Betulkah cara imam tersebut? Kalau saya tengah terjemahan, bacaannya seperti tak sempurna. Mohon komen ustaz.
Jawapan:
Solat yang diimamkan oleh imam tersebut sah. Cuma tindakannya berhenti pada ayat هل أتاك حديث موسى pada rakaat ke-2 solat Maghrib, kemudian menyambung bacaan pada rakaat pertama solat ‘Isyak pada ayat إذ ناداه ربه بالواد المقدس طوى, demikian juga tindakannya menghentikan bacaan rakaat ke-2 solat ‘Isyak pada ayat فأما من طغى adalah tindakan yang tidak tepat. Sepatutnya Imam hendaklah menjaga kesempurnaan kisah dan perbicaraan ketika memotong-motong bacaan surah untuk di baca di dalam al-Quran. (kLiK uTk pAnDuAn WaQf IbTiDa' SuRaH NaBa' HgGa LaIl)
Sekarang telah ada Mushaf Maudhu’ie bewarna yang memisah-misahkan kisah dan perbicaraan melalui warna yang berbeza. Tuan-tuan imam boleh dapatkan mushaf tersebut di pasaran agar solat dapat ditunaikan dalam bentuk yang terbaik. Di bawah ini panduan untuk waqf dan ibtida' surah al-Nazi'at:
Surah al-Nazi’at
Mula Ayat |
Sempurna perbicaraan |
1 |
5 |
6 |
14 |
15 |
26 |
27 |
33 |
34 |
39 |
40 |
41 |
42 |
46 |