Makna Rabul 'Aalamin رب العالمين

رب العالمين adalah salah satu sifat Allah SWT yang disebut di dalam surah alFatihah ayat 2: الحمد لله رب العالمين yang bermaksud: "Segala pujian adalah milik bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

alRabb الرَّبُّ adalah berasal dari رَبَّهَ يَرُبُّهُ yang memaksudkan رَبّاهُ iaitulah yang mendidik dan yang mentadbir. Darinya juga terbit perkataan alTarbiah التَّرْبِيَة yang bermaksud "Menjadikan sesuatu itu sampai kepada kesempurnaannya secara berperingkat." 

Oleh itu, Rabb di sini ialah tuhan yang mentadbir dan menguruskan segala urusan makhluk-Nya sehingga makhluknya sampai ke tahap kesempurnaannya sebagai seorang makhluk.

Manakala al'Alamin العالمين pula adalah kalimah plural atau jamak dari العالَم al'Alam yang merujuk kepada semua makhluk. al-'Alam berssal dari kalimah al'Ilm العِلم yang bermaksud ilmu pengetahual atau al'Alamah العلامة yang bermaksud tanda, ini kerana setiap satu kumpulan makhluk memiliki ciri-ciri khas yang berbeza dengan yang lainnya, maka jadilah ciri-ciri keistimewaan itu sebagai tanda tersendiri bagi sesuatu kumpulan makhluk. Maka jadilah ciri-ciri keistimewaan itu sebagai sebab memperolehi ilmu sehingga tidak bercampur dengan yang lainnya. 

Kata alTaftazani التَّفْتَزانِيُّ: "al-'Alam adalah nama bagi setiap yang memiliki ciri untuk dikenal pasti bagi setiap jenisnya, melaluinya dapat dikenali sang pencipta.  

Maka dinamakan semua makhluk sebagai al-'Alam atau Alam kerana setiap satunya memiliki ciri-ciri yang tersendiri bagi membezakan antara satu dengan yang lain, demikian juga makluk itu merupakan tanda kepada kewujudan tuhan yang Maha Pencipta.


Cetak  
Wallahu a'lam