Tadabbur alQuran surah alDhuha

 
Biasanya apabila kita membaca:
 
وللآخرة خير لك من الأولى
 
Kita akan faham ia bermaksud: "Dan sesungguhnya akhirat itu adalah lebih baik drpd dunia." (alDhuha: 4)
 
Tetapi sebenarnya ayat ini mengandungi maksud yang jauh lebih luas daripada itu. Ayat ini sebenarnya terkandung juga di dalamnya maksud kesudahan atau penghujung sesuatu adalah lebih baik berbanding di awalnya.
 
Allah SWT berfirman:
 
ألم يجدك يتيما
 
Maksudnya: "Bukankah Dia (Allah) mendapati kamu (seorg yatim).." iaitulah di awalnya...
 
فآوى
 
Maksudnya: "Lalu Dia (Allah) melindungi (kamu wahai Muhammad)." Ini kesudahannya.
 
ووجدك ضالا
 
Maksudnya: "Dia (Allah) mendapati kamu dalam kesesatan..." ini keadaan yang awal...
 
فهدى
 
Maksudnya: "Lalu Dia (Allah) memberi hidayah kepada (kamu wahai Muhammad)." Inilah kesudahannya.
 
ووجدك عائلا
 
Maksudnya: "Dan Dia (Allah) mendapati kamu (Muhammad) dalam keadaan serba kekurangan..."
 
فأغنى
 
Maksudnya: "Lalu Dia (Allah) memberi kecukupan (kepada kamu)." Ini kesudahannya.
 
Ingatlah sentiasa... kita sedang bersama dengan TUHAN YANG MAHA MULIA, berinteraksi dengan-Nya. Di mana antara sifat-sifat-Nya ialah Dia akan menguji kita... di awal ujian-Nya itu ada kesempitan dan kepayahan. Setelah itu ujian akan tamat dan datang sesudahnya kelapangan, kebaikan dan kebahagiaan.
 
Semestinya pasti, ketetapan dan ketentuan Allah itu kesudahannya lebih baik dari awalnya. Kesudahannya adalah yang terbaik dan indah. Ingatlah....
 
ما ودعك ربك وما قلى
 
Maksudnya: "Tidaklah Tuhan kamu itu meninggalkan dan membenci kamu."
 
Yakinlah... kadang-kala apabila terhentinya kebaikan dari kita, ianya hanyalah seketika. Ia sebenarnya membuka ruang akan datangnya limpahan mencurah-curah kebaikan yang baharu.
Oleh itu.. sentiasalah memuji Allah, kerana sesiapa yang melazimi pujian kepada Allah, akan menyusulinya kebaikan yang banyak. Lazimilah beristighfar, kerana sesiapa yang melaziminya akan dibuka untuknya setiap yang tertutup. Lazimilah berselawat ke atas Rasuk SAW. Kerana dengannya akan diperolehi apa-apa yang dicita, diampun segala dosa, diberi kecukupan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah tahmid, istighfar dan berselawat. Pasti kita tidak akan dapati kekikiran dari Allah SWT.
 

Cetak  
Wallahu a'lam