Firman Allah, al-Anfal: 49

Firman Allah SWT:
 
وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
 
 
Maksudnya: “...barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Anfal: 49)

Selepas menyebut tentang tawakkal, Allah SWT menyebut nama-Nya, Yang Maha Gagah Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Perhatikan dua nama ini: عزيز Maha Perkasa, dan حكيم Maha Bijaksana

Oleh itu, ketika bertawakkal, pasakkan di dalam hati, kita sedang bertawakkal kepada tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Justeru bulatkanlah penyerahan kepada-Nya. Redalah dengan semua ketetapan dari-Nya.

Sedarilah, besar manapun hajat kita, ia terlalu ringan dan kecil di sisi Allah Yang Maha Gagah Perkasa. Cuma perlulah diingat, Dia juga tuhan Yang Maha Bijaksana.

Kadang kala, Dia menghalang sesuatu dari kita, bukan kerana Dia tidak mampu memakbulkannya, tidak juga kerana Dia bakhil dek sebab terlalu besar permintaan kita. Sebaliknya itulah yang terbaik untuk kita kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam