Surah al-Fatihah memiliki beberapa nama yang sabit dari hadis Nabi SAW, iaitulah:
1. Fatihah al-Kitab فاتحة الكِتاب. Kata Ibn Jarir al-Tabari RH:
(سُمِّيت فاتحةَ الكتاب؛ لأنَّها يُفتَتَح بكتابتها المصاحف، ويُقرأ بها في الصلوات؛ فهي فواتح لِمَا يتلوها من سُور القرآن في الكتابة والقِراءة
maksudnya: "Dinamakan Fatihah al-Kitab kerana ia dimulakan penulisannya di dalam mushaf. Ia dibaca di dalam setiap solat, ia pembuka terhadap apa-apa yang dari surah-surah al-Quran pada penulisan dan pembacaan."
2. Ummu al-Quran أمُّ القرآن. Kata Ibn Jarir al-Tabari RH:
سمِّيت أمَّ القرآن؛ لتقدُّمها على سائر سُور القرآن غيرها، وتأخُّر ما سواها خلفها، في القراءة والكتابة، وذلك من معناها شبيهٌ بمعنى فاتحة الكتاب، وإنَّما قيل لها لكونِها كذلك أمَّ القرآن؛ لتسمية العربِ كلَّ جامع أمرًا، أو مُقدَّمًا لأمر، إذا كانت له توابعُ تتبعه، هو لها إمام جامعٌ أُمًّا، فتقول للجلدة التي تجمع الدماغ: أمُّ الرأس
maksudnya: "Dinamakan Ummu al-Quran disebabkan terkehadapannya ia berbanding ke seluruhan surah-surah al-Quran dan terkemudiannya surah-surah selainnya pada bacaan dan penulisan. Demikian itu makna surah-surah lain di dalam al-Quran menyerupai makna Fatihah al-Kitab. Ia dinamakan juga sebagai Ummu al-Quran disebabkan orang-orang Arab menamakan setiap sesuatu yang menghimpunkan sesuatu perkara sebagai Ummu, atau disebabkan sesuatu itu di hadapankan untuk sesuatu perkara. Apabila sesuatu itu memiliki ikutan-ikutan, maka sesuatu yang diikuti itu berada sebagai imam yang menghimpunkan dan berkeadaan sebagai Umman. Maka dinamakan kulit yang terhimpun padanya otak sebagai Ummu al-Ra's (ummu atau ibu kepala). (Tafsir Ibn Jarir 1/105)
3. Ummu al-Kitab أُمُّ الكِتاب . Kata al-Bukhari RH:
سُمِّيت أمَّ الكتاب؛ لأنَّه يبدأ بكِتابتها في المصاحِف، ويُبدأ بقراءتها في الصَّلاة
maksudnya: "Dinamakan Ummu al-Kitab, kerana ia dimulakan dalam penulisan mushaf, dimulakan juga pembacaannya di dalam solat." (Sahih al-Bukhari, hadis bil. 4474)
4. al-Sab' al-Mathani السَّبْع المَثاني. Kata Ibn Jarir al-Tabari RH:
أمَّا تأويل اسمها أنَّها السَّبع؛ فإنَّها سَبعُ آيات، لا خِلاف بين الجميع من القرَّاء والعلماء في ذلك... وأمَّا وصْف النبيِّ صلَّى الله عليه وسلَّم آياتِها السَّبعَ بأنهنَّ مثانٍ؛ فلأنَّها تُثنَّى قراءتها في كلِّ صلاة تطوُّع ومكتوبة، وكذلك كان الحسنُ البصري يتأوَّل ذلك
maksudnya: "Adapaun takwilan kepada namanya sebagai al-Sab' السَّبع kerana ia mengandungi tujuh ayat, tiada perbezaan pendapat dalam kalangan seluruh qurra' dan ulama tentang hal ini... adapun Nabi SAW mensifatkan ia sebagai al-Sab' yang mathanin, kerana diulang pembacaannya di dalam setiap solat sunat mahupun fardhu. Demikian itulah yang ditakwilkan oleh al-Hasan al-Basri." (Tafsir Ibn Jarir 1/106-107)
5. al-Quran al-'Azhim القُرآن العظيم. Kata al-Qurtubi RH:
سُمِّيت بذلك؛ لتضمُّنها جميعَ علوم القرآن؛ وذلك أنها تشتمل على الثَّناء على الله عزَّ وجلَّ بأوصاف كماله وجلاله، وعلى الأمر بالعبادات والإخلاصِ فيها، والاعترافِ بالعجز عن القِيام بشيءٍ منها إلَّا بإعانته تعالى، وعلى الابتهالِ إليه في الهدايةِ إلى الصِّراط المستقيم، وكفايةِ أحوال الناكثين، وعلى بَيانِ عاقبة الجاحِدين
maksudnya: "DInamakan demikian itu disebabkan ia menghimpunkan seluruh ilmu al-Quran. Iaitulah ia mengandungi pujaan kepada ALlah dengan sifat-sifat kesempurnaan dan keagunagn-Nya, perintah melaksanakan seluruh ibadah dan ikhlas melakukannya, pengakuan kelemahan diri dari melaksanakan sesuatu dari ibadah melainkan dengan bantuan dari Allah Taala, merendah kan diri dalam berdoa kepada-Nya memohon hidayah ditunjuk ke jalan yang lurus, pernyataan tentang keadaan orang-orang yang melanggar ketaatan kepada-Nya dan akibat orang-orang yang engkar." (Tafsir al-Qurtubi 1/112)
6. Surah al-Hamd سورة الحَمْد:
وسُمِّيت بذلك؛ لكونها مُفتَتحةً بالحَمْد
maksudnya: "Dinamakan sedemikian kerana ia dimulakan dengan kalimah pujian (al-Hamd)." (Lihat Tafir al-Qurtubi 1/111)
Dalil dalam perkara ini antaranya:
1. Hadis 'Ubadah bin Samit عُبادةَ بن الصَّامتِ RA, Rasulullah SAW bersabda:
لا صلاةَ لِمَن لم يقرأْ بفاتحةِ الكِتاب
maksudnya: "tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah al-Kitab." (al-Bukhari dan Musim)
2. Daripada 'Aisyah RA katanya:
كان النبيُّ صلَّى الله عليه وسلَّم يُخَفِّفُ الرَّكعتَينِ اللَّتَينِ قبلَ صلاةِ الصُّبحِ، حتى إني لأقولُ: هل قرَأ بأمِّ الكتابِ
maksudnya: "Dahulunya Nabi SAW akan meringankan dua rakaat yang ditunaikan sebelum Subuh, sehingga aku tertanya: "Apakah baginda membaca Ummu al-Kitab di dalamnya?" (al-Bukhari)
3. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
أمُّ القُرآنِ هي السَّبْع المثاني، والقرآنُ العَظيم
maksudnya: "Ummu al-Quran, ia adalah al-Sab'u al-Mathani dan al-Quran al-'Azhim." (al-Bukhari)
4. Daripada Abi Sa'ied bin al-Ma'alla أبي سَعيدِ بن المعلَّى RA katanya:
مرَّ بي النبيُّ صلَّى الله عليه وسلَّم وأنا أُصلِّي، فدَعاني فلم آتِهِ حتى صلَّيتُ، ثم أتَيتُ فقال: ما منَعك أن تأتيَ؟ فقلتُ: كنتُ أُصلِّي، فقال: ألم يقُلِ اللهُ: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ؟! ثم قال: ألَا أُعَلِّمُك أعظمَ سورةٍ في القرآنِ قبلَ أن أخرُجَ منَ المسجدِ؟ فذهَب النبيُّ صلَّى الله عليه وسلَّم ليخرُجَ منَ المسجدِ فذَكَّرتُه، فقال: الْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِينَ هي السَّبعُ المَثاني، والقرآنُ العظيمُ الذي أوتيتُه
maksudnya: "Nabi lalu berhampiran denganku, ketika itu aku sedang menunaikans olat. Baginda memanggil ku, namun aku tidak pergi kepada baginda sehinggalah selesai solatku, setelah itu aku datang kepada baginda. Baginda bersabda: "Apa yang menghalang kamu datang kepadaku? Aku menjawab: "Aku tadi sedang menunaikan solat." Baginda bersabda: "Bukankan Allahtelah berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, sahutlah seruan Allah dan Rasul apabila mereka menyeru kamu kepada apa-apayang memberi kehidupan kepada kamu." Kemudian baginda bersabda: "Mahukan aku ajarkan kepada kamu satu surah yang paling agung di dalam al-Quran sebelum aku keluar dari masjid ini?" Maka apabila baginda hendak kaluar dari masjid, daku peringatkan baginda. Lalu baginda bersabda: "(iaitulah surah: Alhamdulillahi rabbil 'Alamin, itulah surah al-Sab'u al-Mathani dan al-Quran al-'Azhim yang telah dikurniakan kepadaku." (al-Bukhari)