Surah ini dinamakan sebagai al-Baqarah berdasarkan pemberian nama dari Nabi SAW. Baginda bersabda antaranya berdasarkan hadis Abi Mas'ud, 'Uqbah bin 'Amir RA (أَبي مَسعودٍ عُقبةَ بن عامرٍ):
مَن قرَأ بالآيتَينِ مِن آخِرِ سورةِ البَقرةِ في ليلةٍ كفَتاه
maksudnya: "Siapa yang membaca dua ayat dari ahkir surah al-Baqarah pada malam hari, kedua-dunya memberi kecukupan kepadanya." (al-Bukhari)
Surah al-Baqarah bersama dengan surah Ali Imran, dinamakan pula sebagai al-Zahrawain (الزَّهراوينِ). Abu Umamah al-Bahili RA (أبي أُمامةَ الباهليِّ) meriwayatkan, Nabi SAW bersabda:
اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ، اقْرَؤُوا الزَّهْراوَيْنِ البَقَرَةَ، وسُورَةَ آلِ عِمْرانَ، فإنَّهُما تَأْتِيانِ يَومَ القِيامَةِ كَأنَّهُما غَمامَتانِ، أوْ كَأنَّهُما غَيايَتانِ، أوْ كَأنَّهُما فِرْقانِ مِن طَيْرٍ صَوافَّ، تُحاجَّانِ عن أصْحابِهِما، اقْرَؤُوا سُورَةَ البَقَرَةِ، فإنَّ أخْذَها بَرَكَةٌ، وتَرْكَها حَسْرَةٌ، ولا تَسْتَطِيعُها البَطَلَةُ.
maksudnya: "Bacalah oleh kamu semua al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah al-Zahrawain iaitu al-Baqarah dan Ali Imran. Kerana kerdua-duanya akan datang pada hari kiamat seperti dua tompokan awan atau seperti dua kumpulan burung yang membuka sayap menaungi dan mempertahankan pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah, melazimi membacanya satu keberkatan, meninggalkannya satu kerugian. Sihir tidak akan mampu memudharatkan pembacanya." (Muslim)
al-Zahrawain atau al-Zahrawan bermaksud dua yang memberi cahaya. (Lihat al-Nihayah oleh Ibn al-Athir 2/321)