Tadabbur alQuran (2): Surah alFatihah

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"hanya kepada-Mu kami sembanh dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan." 

Dalam ayat ini, didahulukan pengakuan pengibadatan sebelum memohon pertolongan. Ini kerana ibadah adalah bahagian milik ALLAH SWT dan hak-NYA. Manakala memohon pertolongan adalah suatu yang dikehendaki oleh seseorang hamba.

Demikianlah yang sepatutnya, seseorang hamba yang berkehendakkan pertolongan dari TUHANnya mendahulukan sesuatu yang dapat menjadikan dia memperolehi redha TUHANnya dan mendapat perkenanNYA sebelum dia meminta dari TUHANnya sesuatu. Inilah dia penghinaan dn kerendahan diri dalam beribadah kepada ALLAH SWT. Ibadah seperti ini dapat memperolehi perkenan apabila memohon pertolongan.

Sesungguhnya doa yang paling bermanfaat dan paling agung adalah doa yang ada di dalam surah alFatihah, iaitulah:

اهدنا الصراط المستقيم

Maksudnya: "Tunjukilah kami ke jalan yang lurus." 

Ini kerana, apabila ALLAH memberi hidayah kepada seseorang ke jalan lurus yang dipintanya, bermakna ALLAH akan membantunya melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Dia tidak akan menimpa sesuatu keburukan di dunia dan di akhirat.

غير المغضوب عليهم و لا الضالين

"Bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat." 

Ayat ini menyatakan sebab-sebab yang dapat mengeluarkan manusia dari jalan yang lurus الصراط المستقيم. Ia samada disebabkan kejahilan atau keingkaran. Manusia yang terkeluar dari jalan yang lurus kerana ingkar adalah mereka yang dimurkai oleh Allah, seperti mana orang-orang Yahudi. Manakala manusia yang terkeluar dari jalan yang lurus kerana kejahilan adalah mereka yang tersesat. Ia merangkumi setiap orang jahil dan tidak mengenali kebenaran, terutamanya orang-orang Kristian.


Cetak  
Wallahu a'lam