TADABBUR ALQURAN: (1) Surah alFatihah

Pada permulaan surah alFatihah, setelah Allah SWT mensifatkan diri-Nya sebagai رب العالمين "RABB SEKELIAN ALAM", Allah menyatakan DIA sebagai الرحمن الرحيم "YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG."

Pernyataan sifat رب العالمين adalah berupa ancaman dan amaran. Kerana RABB adalah Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, Yang Mencipta, Maha Memiliki dan Maha Menguruskan urusan para hamba-Nya. Lalu digandingkan dengan sifat الرحمن الرحيم yang terkandung di dalamnya dorongan dan galakan agar menghampiri-Nya, kerana alRahman alRahim menggambarkan Tuhan Yang Maha Belas-kasihan dan berlembut dengan para hamba-Nya

Tujuannya supaya terhimpun pada Tuhan Yang Disembah itu sifat-sifat sebagai Tuhan Yang Dibimbangi kemurkaan dan hukuman-Nya. Dalam masa yang sama Dialah Tuhan yang diharapkan keampunan dan kasih-sayang-Nya. 

Lalu seorang yang membaca رب العالمين، الرحمن الرحيم sepatutnya dapat membantunya untuk menjauhi larangan Allah dan terus mentaati perintahNya.


Cetak  
Wallahu a'lam