TAFSIR SURAH AL-NAZI’AAT سورة النازعات
OLEH: USTAZ MOHAMAD ABDUL KADIR BIN SAHAK
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا (1) وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا (2) وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا (3) فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا (4) فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا (5)
Mafhum: “Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras, Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut, Demi (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat, dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang, dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia)” (al-Nazi’at: 1-5)
TAFSIR
Kelima-lima ayat terawal dari surah al-Nazi’aat ini menyebut tentang sifat sesuatu iaitulah النَّازِعَاتِ، النَّاشِطَاتِ، السَّابِحَاتِ، السَّابِقَاتِ، المُدَبِّرَاتِ. Persoalannya apakah yang disifatkan itu? Jika melihat kepada kandungan keseluruhan surah, pandangan ulama yang lebih terserlah kekuatannya adalah yang menafsirkan sifat-sifat ini dimaksudkan kepada sifat-sifat para malaikat Allah SWT yang berbagai yang taat melaksanakan setiap perintah Allah SWT terhadap mereka.
Kalimah النَازِعَات adalah kata jamak kepada النَازِعَةُ ia berasal dari kata النَزْعُ yang bermaksud mencabut sesuatu dengan kuat dan kasar dari dasarnya. Ditambah dengan kalimah غَرْقًا iaitulah bersangatan dan amat kuat ketika mencabut. Maka النَازِعَات adalah para malaikat yang mencabut dengan keras dan kasar ruh orang-orang kafir dan yang derhaka kepada Allah SWT.
Di dalam ayat yang lain, Allah SWT juga ada berfirman menceritakan keadaan ruh orang-orang kafir yang akan dicabut dalam keadaan penuh dengan azab, antaranya:
1. Firman Allah SWT:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوحِيَ إِلَيَّ وَلَمْ يُوحَ إِلَيْهِ شَيْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ
Mafhumnya: “Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang Para Malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya.” (al-An’am: 93)
2. Firman Allah SWT:
وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا ۙ الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ
Mafhumnya: “kalau kamu melihat ketika Para Malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar", (tentulah kamu akan merasa ngeri)”. (al-Anfal :50)
Di dalam hadis, Nabi SAW menceritakan keadaan orang-orang kafir dan yang derhaka kepada Allah SWT ketika berada di dalam Sakaratul Maut, baginda bersabda:
وَإِنَّ الْعَبْدَ الْكَافِرَ إذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إلَيْهِ مِنْ السَّمَاءِ مَلَائِكَةٌ سُودُ الْوُجُوهِ مَعَهُمْ الْمُسُوحُ حَتَّى يَجْلِسُونَ مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْخَبِيثَةُ اُخْرُجِي إلَى سَخَطِ اللَّهِ وَغَضَبِهِ قَالَ فَتَفْرُقُ فِي جَسَدِهِ قَالَ فَتَخْرُجُ فَيَنْقَطِعُ مَعَهَا الْعُرُوقُ وَالْعَصَبُ كَمَا تُنْزَعُ السَّفُّودَ مِنْ الصُّوفِ الْمَبْلُولِ فَيَأْخُذُوهَا فَإِذَا أَخَذُوهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي تِلْكَ الْمُسُوحِ فَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ وُجِدَتْ عَلَى ظَهْرِ الْأَرْضِ فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلَا يَمُرُّونَ بِهَا عَلَى مَلَكٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ إلَّا قَالُوا مَا هَذَا الرُّوحُ الْخَبِيثُ فَيَقُولُونَ فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ بِأَقْبَحِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانَ يُسَمَّى بِهَا فِي الدُّنْيَا حَتَّى يَنْتَهِيَ بِهَا إلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَسْتَفْتِحُونَ فَلَا يُفْتَحُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ قَالَ فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ اُكْتُبُوا كِتَابَ عَبْدِي فِي سِجِّينٍ فِي الْأَرْضِ السُّفْلَى وَأَعِيدُوهُ إلَى الْأَرْضِ فَإِنِّي مِنْهَا خَلَقْتُهُمْ وَفِيهَا أُعِيدُهُمْ وَمِنْهَا أُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى قَالَ فَتُطْرَحُ رُوحُهُ طَرْحًا قَالَ ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاَللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنْ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَان سَحِيقٍ قَالَ فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ وَيَأْتِيهِ الْمَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ مَنْ رَبُّك فَيَقُولُ هَاهَا لَا أَدْرِي فَيَقُولَانِ لَهُ وَمَا دِينُك فَيَقُولُ هَاهَا لَا أَدْرِي قَالَ فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنْ السَّمَاءِ أَفْرِشُوا لَهُ مِنْ النَّارِ وَأَلْبِسُوهُ مِنْ النَّارِ وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إلَى النَّارِ قَالَ فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا وَسَمُومِهَا وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ عَلَيْهِ أَضْلَاعُهُ وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ قَبِيحُ الْوَجْهِ وَقَبِيحُ الثِّيَابِ مُنْتِنُ الرِّيحِ فَيَقُولُ أَبْشِرْ بِاَلَّذِي يَسُوءُك هَذَا يَوْمُك الَّذِي كُنْت تُوعَدُ فَيَقُولُ مَنْ أَنْتَ فَوَجْهُك الْوَجْهُ الَّذِي يَجِيءُ بِالشَّرِّ فَيَقُولُ أَنَا عَمَلُك الْخَبِيثُ فَيَقُولُ رَبِّ لَا تُقِمْ السَّاعَةَ رَبِّ لَا تُقِمْ السَّاعَةَ
Mafhumnya: “Dan sesungguhnya seseorang hamba kafir, apabila akan meninggalkan dunia dan akan berada memasuki alam akhirat, akan turun kepadanya dari langit para malaikat yang hitam wajah mereka, bersama dengan mereka permaidani dari tenunan bulu yang kasar (kebiasaannya bewarna hitam)[1], sehinggalah para malaikat itu duduk sejauh mata memandang, kemudian datang Malakul Maut (Malaikat Maut), lalu duduk di sisi kepalanya, dan berkata: Wahai jiwa yang hina dan kotor, keluarlah kamu kepada kemurkaan Allah. Baginda bersabda: maka larilah ruh itu bercerailah ke seluruh badannya, seterusnya dia keluar (ditarik keluar) sehingga terputuslah bersamanya segala urat dan saraf sepertimana dicabut besi memanggang daging dari kain bulu yang basah.”[2]
Demikian hal keadaan ruh orang-orang kafir yang dicabut oleh Malakul Maut iaitulah dengan keras dan kasar ditambah dengan ruh yang bertempiaran lari ke merata jasad, kerana takut dan gementar dengan kehadiran para malaikat dalam rupa yang menakutkan. Jadilah ruh itu dicabut seperti mencabut besi memanggang daging yang bercabang, yang melakat pada kain yang basah. Sudah tentu ia dicabut dengan keras dan kasar, seterusnya memutuskan segala urat dan saraf, amat sakit dan memeritkan.
Manakala kalimah النَاشِطَات, dikatakan ia berasal dari kalimah النَّشَاطُ وَالْخِفَّةُ iaitulah cergas dan ringan. Ia juga dari kalimah الأُنْشُوْطَةُ iaitulah القُعْدَةُ سَهْلَةُ الْحَلِّ iaitulah ikatan yang mudah dirungkaikan. Orang-orang Arab berkata أَنْشَطَهُ حَلَّهُ بِسُرْعَةٍ وَخِفَّةٍ iaitulah membuka ikatan dengan rungkaian yang pantas dan ringan. Justeru النَاشِطَات adalah para malaikat yang mencabut nyawa orang-orang yang beriman dengan lembut dan lunak, seperti merungkaikan ikatan simpulan hidup yang hanya perlu ditarik salah satu dari tali ikatannya sahaja, maka terungkai dan terlerailah ikatan tersebut dengan mudah. Berkenaan orang-orang yang beriman berhadapan dengan Sakaratul Maut Allah SWT berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
Mafhumnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan Kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka Malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu". (al-Fussilat: 30)
Di dalam hadis Nabi SAW bersabda:
إنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إلَيْهِ مِنْ السَّمَاءِ مَلَائِكَةٌ بِيضُ الْوُجُوهِ كَأَنَّ وُجُوهَهُمْ الشَّمْسُ حَتَّى يَجْلِسُونَ مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ فَيَقْعُدُ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ : أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اُخْرُجِي إلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فِي السِّقَاءِ فَإِذَا أَخَذُوهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ وَذَلِكَ الْحَنُوطِ فَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْخَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ فَيَصْعَدُونَ بِهَا فَلَا يَمُرُّونَ بِهَا عَلَى مَلَكٍ مِنْ الْمَلَائِكَةِ إلَّا قَالُوا ، مَا هَذَا الرُّوحُ الطَّيِّبُ فَيَقُولُونَ هَذَا فُلَانُ بْنُ فُلَانٍ بِأَحْسَنِ أَسْمَائِهِ الَّتِي كَانَ يُسَمَّى بِهَا فِي الدُّنْيَا حَتَّى يَنْتَهُونَ بِهَا إلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَسْتَفْتِحُ فَيُفْتَحُ لَهُمْ فَيَسْتَقْبِلُهُ مِنْ كُلِّ سَمَاءٍ مُقَرَّبُوهَا إلَى السَّمَاءِ الَّتِي تَلِيهَا حَتَّى يَنْتَهِيَ بِهِ إلَى السَّمَاءِ السَّابِعَةِ قَالَ فَيَقُولُ اللَّهُ اُكْتُبُوا كِتَابَ عَبْدِي فِي عِلِّيِّينَ فِي السَّمَاءِ الرَّابِعَةِ وَأَعِيدُوهُ إلَى الْأَرْضِ فَإِنِّي مِنْهَا خَلَقْتُهُمْ وَفِيهَا أُعِيدُهُمْ وَمِنْهَا أُخْرِجُهُمْ تَارَةً أُخْرَى فَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ : مَنْ رَبُّك ؟ فَيَقُولُ : رَبِّي اللَّهُ فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا دِينُك ؟ فَيَقُولُ دِينِي الْإِسْلَامُ فَيَقُولَانِ لَهُ : مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ ؟ فَيَقُولُ : هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَيَقُولَانِ : مَا عَمَلُك ؟ فَيَقُولُ ، قَرَأْت كِتَابَ اللَّهِ وَآمَنْت بِهِ وَصَدَقْت بِهِ فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنْ السَّمَاءِ أَنْ صَدَقَ عَبْدِي فَأَفْرِشُوهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَأَلْبِسُوهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إلَى الْجَنَّةِ فَيَأْتِيهِ مِنْ طِيبِهَا وَرَوْحِهَا وَيُفْسَحُ لَهُ فِي قَبْرِهِ مَدَّ بَصَرِهِ وَيَأْتِيهِ رَجُلٌ حَسَنُ الْوَجْهِ حَسَنُ الثِّيَابِ طَيِّبُ الرِّيحِ فَيَقُولُ أَبْشِرْ بِاَلَّذِي يَسُرُّك هَذَا يَوْمُك الَّذِي كُنْت تُوعَدُ فَيَقُولُ وَمَنْ أَنْتَ فَوَجْهُك الْوَجْهُ الَّذِي يَجِيءُ بِالْخَيْرِ فَيَقُولُ أَنَا عَمَلُك الصَّالِحُ فَيَقُولُ رَبِّ أَقِمْ السَّاعَةَ أَقِمْ السَّاعَةَ حَتَّى أَرْجِعَ إلَى أَهْلِي وَمَالِي
Mafhumnya: “Sesungguhnya seorang hamba yang beriman, apabila meninggalkan dunia dan akan memasuki alam akhirat, akan turun kepadanya para Malaikat dari langit yang putih wajah mereka seperti matahari, sehinggalah mereka duduk sejauh mata memandang, bersama dengan mereka kain-kain kafan dan wangi-wangian dari syurga, setelah itu datang Malakul Maut, dan duduk di sisi kepalanya lalu berkata: Wahai jiwa yang baik, keluarlah kepada keampunan dan keredhaan daripada Allah, lalu ruh itu keluar seperti mengalirnya titisan air dari mulut bekasnya.[3]
Ayat pertama dan kedua dari surah al-Nazi’ah ini, Allah SWT bersumpah dengan sifat dua kumpulan malaikat yang saling berbeza dalam mencabut nyawa manusia, satunya النازعات iaitulah para malaikat yang mencabut nyawa orang-orang kafir dan derhaka dengan keras dan kasar, dan satu lagi الناشطات iaitulah para malaikat yang mencabut nyawa orang-orang yang beriman dengan lemah-lembut dan lunak.
Ayat yang berikutnya Allah SWT berfirman: والسَّابِحَاتِ سَبْحًا, kalimah السابح mengisyaratkan kepada pergerakan yang pantas. Hal ini demikian kerana orang Arab memanggil seekor kuda yang berlari pantas sebagai السَّابِحُ. Sebahagian para ulama tafsir berpandangan السَّابِحَاتِ adalah dikhususkan kepada para malaikat pencabut nyawa. Namun sebahagian yang lain berpendapat ia dimaksudkan kepada keseluruhan malaikat yang berulang alik dari langit ke bumi kerana mematuhi arahan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. al-Imam al-Qurtubi menukilkan perkataan Mujahid dan Abu Soleh yang berkata:
هي الملائكة ينزلون من السماء مسرعين لأمر اللّه ، كما يقال للفرس الجواد سابح إذا أسرع في جريه
Mafhumnya: “Ia adalah para malaikat yang turun dari langit dengan pantas kerana melaksanakan arahan Alah, sepertimana dikatakan kepada seekor kuda yang pantas dalam pergerakannya sebagai سَابِحٌ iaitu yang pantas.”
Seterusnya Allah SWT berfirman: فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا, membawa maksud “dan yang mendahului dengan kencang.” Di dalam ayat ini Allah SWT memulakan firmanNya dengan huruf ‘Atof iaitulah huruf “Fa” yang menunjukkan sambungan. Maka sudah tentu huruf sambungan memiliki kaitan dengan ayat sebelumnya. Oleh yang demikian “Yang mendahului dengan kencang” di dalam ayat ini dimaksudkan kepada para malaikat yang mendahului dan bersegera berlumba mentaati perintah dan arahan Allah SWT. Demikian dengan ayat berikutnya apabila Allah SWT berfirman: فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا, yang membawa maksud: “Dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan dunia.” al-Syeikh Muhammad Amin al-Syanqiti di dalam tafsirnya Adhwa’ al-Bayan demikian juga para ulama tafsir lainnya mengatakan, telah bersepakat kesemua para ulama tafsir bahawa الْمُدَبِّرَاتِ adalah para malaikat yang diarahkan oleh Allah SWT untuk mengatur urusan dunia seperti yang dikehendaki olehNya. Perkara ini selari dengan ayat al-Quran yang lain:
1. Firman Allah SWT:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ
Mafhumnya: “pada malam itu (malam al-Qadr) turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.”(al-Qadr :4)
2. Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
Mafhumnya: “Mereka (para malaikat) tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (al-Tahrim: 6)
Telah dinyatakan sebelum ini bahawa berdasarkan pandangan ulama yang lebih terserlah kekuatannya, kelima-lima ayat ini memaksudkan sifat-sifat para malaikat yang berbagai berdasarkan perlaksanaan mereka kepada arahan dan perintah Allah SWT. Buktinya dapat diperhatikan kepada susunan dan kandungan ayat-ayat di dalam surah ini, dimana ia menceritakan tentang hari kebangkitan, hari pembalasan atau hari kiamat. Maka maut merupakan marhalah awal untuk sampai ke hari kiamat tersebut.
Telah menjadi kelaziman dalam berbicara, apabila ada lafaz sumpah, maka perlu ada jawapan kepada sumpah. Sebagai contoh, jika seseorang bersumpah dengan berkata: “Demi Allah!” kemudian dia berhenti berbicara, sudah tentu bicaranya ini tidak membawa maksud yang sempurna atau sumpahnya itu dikira sia-sia. Ini kerana orang yang mendengar sumpahnya akan tertanya-tanya apakah perkara yang dia hendak sumpahkan itu? Oleh yang demikian setiap sumpah mesti ada jawabnya.
Timbul persoalan tentang sumpah-sumpah Allah SWT di dalam ayat-ayat ini, dimanakah atau apakah jawab kepada sumpah-sumpah tersebut? Kata para ulama jawapan kepada sumpah-sumpah di dalam surah ini tidak dinyatakan di sini, sebaliknya ia terdapat di dalam ayat dan surah yang lain. Hal ini demikian kerana ayat-ayat ini sedang berbicara dalam bentuk menguat dan menegaskan keberadaan hari pembalasan dan membantah keyakinan masyarakat Musyrikan Mekah yang tidak beriman kepada hari pembalasan. Maka jawapan kepada sumpah ini adalah suatu yang telah sedia dimaklumi, iaitulah firman Allah SWT:
زَعَمَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَن لَّن يُبْعَثُوا ۚ قُلْ بَلَىٰ وَرَبِّي لَتُبْعَثُنَّ ثُمَّ لَتُنَبَّؤُنَّ بِمَا عَمِلْتُمْ ۚ وَذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Mafhumnya: “Pasti kamu semua akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Taghabun: 7)
Maka jika disusun ayat ini dari mulanya ketika Allah SWT bersumpah yang mafhumnya:
“Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras, Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut, Demi (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat, dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang, dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan (dunia)” (al-Nazi’at: 1-5)
“Pasti kamu semua akan dibangkitkan, kemudian akan diberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (al-Taghabun: 7)
Seterusnya Allah SWT berfirman:
يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ (6) تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ (7) قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ (8) أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ (9) يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ (10) أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَّخِرَةً (11) قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ (12) فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ (13) فَإِذَا هُم بِالسَّاهِرَةِ
Mafhumnya: “(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncang alam. Tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua. Hati manusia pada waktu itu sangat takut. Pandangannya tunduk. (orang-orang kafir) berkata: "Apakah Sesungguhnya Kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan semula? Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila Kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?" Mereka berkata: "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan". Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah satu kali tiupan saja. Maka dengan serta merta mereka hidup kembali di permukaan bumi. (al-Nazi’aat: 6-14)
________________________________________
[1] Al-Syeikh Yasir Burhami, Ceramah bertajuk ‘Azab al-Qabr wa Na’imuh. http://islamweb.net/
[2] Isnad Sahih: Ibn Jarir al-Tobari di dalam Musnad ‘Umar. Isnad Sahih: al-Baihaqi di dalam Su’ab al-Iman. Hasan: al-Munziri di dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Hasan Thabit: Ibn Taimiyyah di dalam Majmu’ al-Fatawa. Sahih: al-Albani di dalam Sahih al-Targhib dan Syarh al-Tohawiah. Sila lihat Takhrij hadis atas talian http://www.dorar.net
[3] Sila lihat nota kaki 2