Soalan:
Apakah surah al-Quran yang diturunkan sekaligus dengan sempurna?
Jawapan:
Pertama:
Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur selama dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Alllah sendiri menyatakan bahawa al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam firman-Nya:
وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَى مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنْزِيلًا
"Dan Al-Qur'an yang Kami bahagikan (turunnya) supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan perlahan-lahan; dan Kami turunkannya secara beransur-ansur." (Surah al-Isra’, ayat 106).
Dalam ayat ini menunjukkan Allah SWT menjadikan penurunan al-Quran secara berperingkat supaya Nabi SAW dapat membacakannya kepada manusia dengan tenang dan mantap. Allah SWT turunkan al-Quran secara beransur-ansur mengikut peristiwa dan keadaan semasa (حسب الوقائع والأحداث).
Kedua:
Sebahagian surah dalam al-Qur’an diturunkan secara sekaligus, dan kebanyakannya terdiri daripada surah-surah pendek seperti:
Al-Fatihah (الفاتحة), al-Qadr (القدر), al-Ma’un (الماعون), al-Masad (تبت), al-Kawthar (الكوثر), al-Fil (الفيل), an-Nasr (النصر), al-Kafirun (الكافرون), al-Ikhlas (الإخلاص), al-Falaq (الفلق), dan an-Nas (الناس), serta lain-lain.
Antara surah panjang yang juga disebut oleh para ulama sebagai diturunkan secara sekaligus ialah: Surah al-An’am (الأنعام), al-A’raf (الأعراف), at-Taubah (التوبة), al-Kahfi (الكهف), al-Fath (الفتح), as-Saff (الصف) dan al-Mursalat (المرسلات), namun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai perkara ini.
Al-Imam as-Suyuti rahimahullah berkata:
النَّوْعُ الثَّالِثَ عَشَرَ: مَا نَزَلَ مُفَرَّقًا وَمَا نَزَلَ جَمْعًا : الْأَوَّلُ غَالِبُ الْقُرْآنِ وَمِنْ أَمْثِلَتِهِ فِي السُّوَرِ الْقِصَارِ: (اقْرَأْ) أَوَّلُ مَا نَزَلَ مِنْهَا إِلَى قَوْلِهِ: (مَا لَمْ يَعْلَمْ) ، وَالضُّحَى أَوَّلُ مَا نَزَلَ مِنْهَا إِلَى قَوْلِهِ: (فَتَرْضَى) . وَمِنْ أَمْثِلَةِ الثَّانِي : سُورَةُ الْفَاتِحَةِ وَالْإِخْلَاصِ وَالْكَوْثَرِ وَتَبَّتْ وَلَمْ يَكُنْ وَالنَّصْرُ وَالْمُعَوِّذَتَانِ نَزَلَتَا مَعًا. وَمِنْهُ فِي السُّوَرِ الطِّوَالِ الْمُرْسَلَاتُ؛ فَفِي الْمُسْتَدْرَكِ (2994) عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: " كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَارٍ فَنَزَلَتْ عَلَيْهِ: (وَالْمُرْسَلاتِ عُرْفاً) ، فَأَخَذْتُهَا مِنْ فِيهِ وَإِنَّ فَاهُ رَطْبٌ بِهَا" وصححه الحاكم ، ووافقه الذهبي . وَمِنْهُ سُورَةُ الصَّفِّ . وَمِنْهُ سُورَةُ الْأَنْعَامِ ؛ فَقَدْ أَخْرَجَ أَبُو عُبَيْدٍ وَالطَّبَرَانِيُّ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : " نَزَلَتْ سُورَةُ الْأَنْعَامِ بِمَكَّةَ لَيْلًا جُمْلَةً حَوْلَهَا سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ " . وَقَالَ ابْنُ الصَّلَاحِ فِي فتاويه: " الحديث الوارد في أَنَّهَا نَزَلَتْ جُمْلَةً رُوِّينَاهُ مِنْ طَرِيقِ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ ، وَفِي إِسْنَادِهِ ضَعْفٌ ، وَلَمْ نَرَ لَهُ إِسْنَادًا صَحِيحًا وَقَدْ رُوِيَ مَا يُخَالِفُهُ ، فَرُوِيَ أَنَّهَا لَمْ تَنْزِلْ جُمْلَةً وَاحِدَةً ، بَلْ نَزَلَتْ آيَاتٌ مِنْهَا بِالْمَدِينَةِ ، اخْتَلَفُوا فِي عَدَدِهَا فَقِيلَ: ثَلَاثٌ وَقِيلَ غَيْرُ ذَلِكَ
Jenis ke-13: Surah yang diturunkan beransur-ansur dan surah yang diturunkan sekaligus. Yang pertama merupakan kebanyakan surah al-Qur’an. Antara contohnya bagi surah pendek: (اقْرَأْ) — yang diturunkan dari awal sehingga firman-Nya: (مَا لَمْ يَعْلَمْ), dan surah ad-Dhuha dari awal hingga (فَتَرْضَى). Antara contoh bagi jenis kedua: Surah al-Fatihah, al-Ikhlas, al-Kawthar, al-Masad, al-Kafirun, an-Nasr, al-Mu‘awwizatain (al-Falaq dan an-Nas) — kedua-duanya diturunkan bersama. Antara surah panjang: al-Mursalat. Dalam al-Mustadrak (2994), daripada Ibn Mas‘ud katanya: "Kami bersama Nabi ﷺ di dalam sebuah gua, lalu turun kepadanya: (وَالْمُرْسَلاتِ عُرْفاً), lalu aku mengambilnya terus dari mulut baginda dan mulut baginda masih basah dengan membacanya." Dinilai sahih oleh al-Hakim dan disetujui oleh al-Zahabi. Juga termasuk: Surah as-Saff, dan surah al-An‘am. Abu ‘Ubaid dan al-Tabarani meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas yang berkata: "Surah al-An‘am diturunkan di Mekah pada waktu malam secara sekaligus, dikelilingi oleh 70,000 malaikat." Ibn al-Solah dalam Fatawa-nya berkata: "Hadis yang menyatakan surah itu diturunkan secara sekaligus kami riwayatkan melalui jalan Ubay bin Ka‘b, namun sanadnya lemah, dan kami tidak dapati sanad sahih mengenainya. Malah terdapat riwayat yang bercanggah, yang menyatakan ia tidak diturunkan sekaligus, bahkan sebahagian ayat surah ini diturunkan di Madinah, ulama juga berbeza pandangan tentang jumlah ayatnya yang diturunkan di Madinah itu; ada yang menyatakan tiga ayat dan sebagainya." (Secara ringkas dari al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an (1/136–137).
Al-Tabarani meriwayatkan dalam al-Mu‘jam al-Kabir (449), daripada Asma’ binti Yazid (أَسْمَاءَ بِنْتِ يَزِيدَ) katanya:
نَزَلَتِ الْأَنْعَامُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُمْلَةً وَاحِدَةً
"Surah al-An‘am diturunkan kepada Nabi ﷺ secara sekaligus." (Dinilai hasan oleh al-Hafiz dalam (نتائج الأفكار) Nata’ij al-Afkar (3/227).
Al-Nuhas (النحاس) meriwayatkan dalam al-Nasikh wal-Mansukh (hlm. 415) dengan sanad yang baik daripada Ibn ‘Abbas:
سُورَةُ الْأَنْعَامِ نَزَلَتْ بِمَكَّةَ جُمْلَةً وَاحِدَةً فَهِيَ مَكِّيَّةٌ ، إِلَّا ثَلَاثَ آيَاتٍ مِنْهَا نَزَلَتْ بِالْمَدِينَةِ فَهِيَ مَدَنِيَّةٌ (قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمُ) إِلَى تَمَامِ الْآيَاتِ الثَّلَاثِ
"Surah al-An‘am diturunkan di Mekah secara sekaligus, maka ia adalah surah Makkiyyah, kecuali tiga ayat yang diturunkan di Madinah, iaitu: (قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمُ) hingga akhir tiga ayat tersebut."
Surah al-Fath: Dalam Sahih al-Bukhari (4177), daripada ‘Umar r.a., Nabi ﷺ bersabda:
لَقَدْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ اللَّيْلَةَ سُورَةٌ، لَهِيَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ) ثُمَّ قَرَأَ: (إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا)
"Telah diturunkan kepadaku malam ini satu surah yang lebih aku cintai daripada segala apa yang disinari matahari." Lalu baginda membaca: (إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا).
Surah at-Taubah: Dalam Sahih al-Bukhari (4364), daripada al-Bara’ r.a., katanya:
آخِرُ سُورَةٍ نَزَلَتْ كَامِلَةً بَرَاءَةٌ
"Surah terakhir yang diturunkan secara lengkap adalah Bara’ah (at-Taubah)."
Namun dalam riwayat al-Bukhari juga, bilangan (4605) dinyatakan:
آخِرُ سُورَةٍ نَزَلَتْ بَرَاءَةَ ...
"Surah terakhir yang diturunkan adalah Bara’ah", tanpa menyebut perkataan "secara lengkap".
Sebahagian ulama meragui lafaz "secara lengkap", dan berpandangan bahawa surah at-Taubah diturunkan secara beransur-ansur. Al-‘Ayni rahimahullah berkata:
قَوْله: (كَامِلَة) قَالَ الدَّاودِيّ: لفظ: كَامِلَة، لَيْسَ بِشَيْء لِأَن بَرَاءَة نزلت شَيْئا بعد شَيْء، قلت: وَلِهَذَا لم يذكر لفظ: كَامِلَة، فِي هَذَا الحَدِيث فِي التَّفْسِير، وَلَفظه هُنَاكَ: آخر سُورَة نزلت بَرَاءَة
"Perkataan (secara lengkap) menurut al-Dawudi adalah tidak sahih, kerana at-Taubah diturunkan berperingkat. (kata al-‘Aini) Maka sebab itu lafaz tersebut tidak disebut dalam hadis tafsir." (‘Umdah al-Qari (18/18).
Namun, jumhur ulama berpendapat bahawa ia diturunkan sekaligus, seperti yang dinyatakan oleh al-Tahir bin ‘Ashur dalam al-Tahrir wa al-Tanwir (10/97)
Surah al-A‘raf: Dalam Tafsir al-Manar (8/260):
وَالظَّاهِرُ أَنَّهَا نَزَلَتْ دُفْعَةً وَاحِدَةً مِثْلَهَا
"Dan yang zahirnya (surah al-A‘raf) juga diturunkan sekaligus, seperti surah al-An‘am."
Surah al-Kahfi: Dalam al-Tahrir wa al-Tanwir (15/242):
هِيَ مِنَ السُّوَرِ الَّتِي نَزَلَتْ جُمْلَةً وَاحِدَةً
"Ia termasuk surah yang diturunkan secara sekaligus."
Satu perkara yang perlu diketahui dalam permasalahan ini ialah, kebanyakan yang disebut oleh para ulama dalam hal ini adalah berdasarkan ijtihad dan penelitian, dan perbezaan pendapat dalam kalangan mereka sudah pun diketahui.
Kesimpulan: Turunnya banyak surah-surah pendek secara sekaligus adalah sesuatu yang sabit (pasti), seperti: Al-Fatihah, al-Qadr, al-Ma‘un, al-Masad, al-Kawthar, al-Fil, an-Nasr, al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas. Begitu juga surah al-Fath dan al-Mursalat. Adapun bagi surah-surah panjang, maka ia sepertimana yang telah disebutkan pelbagai pandangan ulama mengenainya.