Soalan:
Aslm ustqz, boleh terang sikit dak pasai huruf jawazim terutamanya tntg لم ، لما ، الم ، الما ، لام الأمر
nk kna bentang 5 tuu tugasan, huk..huk
Jawapan:
Huruf jawazim, iaitulah huruf yang keberadaannya sebelum Fi'il Mudhari' (kata perbuatan sedang atau akan) akan menjadikan fi'il Mudhari' itu berhukum jazam. Ada 18 kesemuanya seperti yang disebut oleh Ibn Ajurrum di dalam Matannya, lapan menjazamkan satu fi'il, iaitulah:
لَمْ، وَلَمَّا، وَأَلَمْ، وَأَلَمَّا، وَلامُ الأَمْرِ وَالدُّعَاءِ، وَ(لاَ) في النَّهْيِ وَالدُّعَاءِ
Huraian ringkas adalah seperti berikut:
Huruf لَمْ adalah huruf penafian حَرْفُ نَفْيٍ, jazam جَزْمٍ dan pembalikan ٍقَلْب.
Dinamakan sebagai huruf penafian kerana keberadaannya sebelum sesuatu Fi'il Mudhari' (kata perbuatan yang akan atau sedang berlaku), berperanan menafikan terhasilnya perbuatan tersebut, contoh:
قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا
Maksudnya: "Katakanlah kamu semua BELUM beriman"
Ia juga dinamakan sebagai huruf jazam, kerana ia menjadikan fi'il mudhari' selepasnya berhukum jazam. Contoh:
لَمْ يَلِدْ
dimana, fi'il "YALID" huruf "Dal" dibaris sukun kerana dijazamkan oleh "Lam" sebelumnya.
Ia dinamakan juga sebagai huruf pembalikan (حَرْفُ قَلْبٍ), kerana ia menterbalikkan makna fi'il mudhari' dari akan atau sedang kepada sesuatu yang telah berlalu.
Penyoal: tak jelas ttg pembalikan.
Bin Sahak:
Cohtoh:
يَضْرِبُ الرَّجُلُ الْمُسِيْءَ الْأَدَبَ
"Lelaki itu memukul seseorang yang buruk adabnya"
Jika ditanya, bilakah berlaku perbuatan pukulan itu ketika ia menjadi perbualan? Maka jawabnya: "sekarang atau sedang berlaku" kerana itulah maksud berkaitan masa yang terkandung dalam fi'il mudhari'.
Namun apabila kita masukkan huruf jazam, contoh:
لَمْ يَضْرِبْ الرَّجُلُ الْمُسِيْءَ الْأَدَبَ
"Lelaki itu tidak memukul seseorang yang buruk adabnya"
Jika ditanya: "bila dia tidak memukulnya?" Maka jawabnya ialah: "sebelum ini" atau: "sebelum diperbualkan".
Jelas?
Penyoal: ya
Apa pula maksud lam amri dan lam doa, ustaz?
Bin Sahak:
Lam Amr لَامُ الْأَمْر iaitulah huruf "Lam" atau "ل" yang bertujuan memberi arahan atau perintah. Ini kerana huruf "Lam" dalam bahasa 'Arab ada beberapa peranan, antaranya ia digunakan bagi tujuan menunjukkan pemilikan, ta'lil (sebab), pengkhususan, meminta atau doa dan lain-lain.
Jadi, huruf Lam yang digunakan dalam bahasa 'Arab bagi tujuan memerintah atau memberi arahan, maka ia menjazamkan fi'il mudhari'. Contoh:
لِيُنْفِقْ ذو سعة من سعته
"Hendaklah orang yang memiliki kelapangan harta, memberi nafkah berdasarkan kemampuannya"
Huruf Lam di awal contoh adalah Lam perintah atau Lam Amar. Ia menjazamkan fi'il mudhari' ينفق lalu dibaca "Li - yunfiq", salah jika dibaca: "Li - yunfiqu".
Manakala Lam Doa لام الدعاء pula ialah huruf Lam ل yang bertujuan meminta atau berdoa, contoh:
رَبِّ، لِتَغْفِرْ لِيْ
"Wahai tuhanku, ampunilah daku."
Huruf Lam pada fi'il mudhari' تغفر, diletakkan bagi tujuan meminta. Maka لتغفر diterjemahkan: "ampunilah" dan fi'il mudhari' ْتغفر berbaris sukun atau mati dihujung kalimah disebabkan ada huruf "Lam" yang bertujuan doa.
Penyoal: apa maksud lam amar tu dr yang atas kepada yang bawah. Lam doa dari yang bawah kepada yang atas?
Bin Sahak:
Untuk membezakan mana satu huruf "Lam" yang bertujuan arahan, mana satu pula yang bertujuan meminta, kerana kedua-dua huruf lam itu mengandungi maksud yang sama iaitu suruh. Lalu diterangkan sedemikian.
Lam Amar ialah huruf Lam yang digunakan dari pihak atasan kepada pihak bawahan, kerana ia arahan. Mustahil pihak bawahan memberi perintah kepada pihak atasan.
Demikian pula Lam Doa adalah huruf Lam yang bertujuan meminta, sudah tentu datang dari pihak bawahan iaitulah makhluk kepada pihak atasan iaitulah Allah.
Penyoal: okok faham.