Jagalah Dirimu
- Soalan:
Di sisi al-Tirmizi, hadis Abu Ta’labah al-Khusyaniy RA, daripada Abi Umayyah al-Sya’baniy (الشعباني) katanya: “Aku datang kepada Abu Tha’labah al-Khusyaniy (الخشني) dan berkata kepadanya: “Bagaimana anda lakukan (apa yang anda faham) kepada ayat ini?” beliau bertanya: “Ayat yang mana satu?” katanya: “Firman Allah Ta’ala:
يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ عَلَيْكُمْ أَنفُسَكُمْ لاَ يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْMaksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman , jagalah dirimu. Tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk.” (al-Maidah: 105). Kata Abu Ta’labah: “Adapun demi Allah, kamu telah bertanya tentang ayat itu kepada orang yang mengetahui, kerana aku pernah bertanya tentangnya kepada Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda:
بل ائتمروا بينكم بالمعروف وتناهوا عن المنكر ، حتى إذا رأيت شَّحاً مطاعاً ، وهوىً متبعاً ، ودنيا مؤثَرة ، وإعجاب كل ذي رأي برأيه ، فعليك بخاصة نفسك ودع العوامَّ ، فإن من ورائكم أياماً الصبر فيهن كالقبض على الجمر ، للعامل فيهن مثل أجر خمسين رجلاً يعملون مثل عملكمMaksudnya: “bahkan saling menyuruhlah kamu semua dengan al-Ma’ruf (kebaikan), dan saling cegah mencegah dari kemungkaran. Sehingga apabila kamu melihat kekikiran itu ditaati, hawa nafsu itu diikuti, dunia itu diutamakan, dan menjadi takjub/kagum setiap orang dengan pandangannya. Maka hendaklah kamu menjagi dirimu dan tinggalkan orang awam/orang ramai. Sesungguhnya pada masa akan datang, hari-hari yang memerlukan kesabaran tinggi. Pada hari-hari tersebut seperti menggengam bara api. Bagi seorang yang beramal (memperolehi pahala) seumpama pahala 50 orang yang beramal dari kalangan kamu semua.” (HR al-Tirmizi dan beliau menilai hadis ini sebagai Hasan Gharib. Namun al-Albani menilai hadis ini sebagai Lemah).
Dalam riwayat lain Nabi SAW bersabda:
إنَّ مِن ورائِكم أيامَ الصَّبرِ ، لِلمُتَمَسِّكِ فيهنَّ يومئذٍ بما أنتم عليه أجرُ خمسين منكم ، قالوا ، يا نبيَّ اللهِ أو منهم ؟ قال ، بل منْكمMaksudnya: “Sesungguhnya akan datang, terdapat hari-hari yang menuntut kesabaran tinggi. Bagi seseorang yang berpegang teguh (dengan kebenaran atau boleh melakukan amalan soleh) pada ketika itu berbanding kamu semua hari ini, akan mendapat pahala seperti 50 orang dari kalangan kamu semua (yang melakukan kebaikan).” Sahabat bertanya: “Wahai Nabi Allah, atau seperti 50 dari kalangan mereka (yang melakukan kebaikan)?” Baginda menjawab: “Bahkan 50 dari kalangan kamu semua (para sahabat).” (Sanad hadis ini dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Sahihah)
- Wallahu a'lam