Buku Barakat Makkiyyah: Penilaian 2 (Hadis Palsu Pertama)

Soalan:

Hadis Batil:

Sayyidina jabir meriwayatkan hadis Nabi SAW, sesiapa yang berselawat kepadaku 100 Kali setiap hari maka Allah swt akan menunaikan seratus hajatnya, 70 hajat berkenaaan akhirat Dan 30 hajat berkenaan dunia. (Ibnu Mandah) Hafiz Abu Musa Madini berkata bahawa hadis ini ialah hadis gharib lagi hasan. (Muqaddimah Barakat Makkiyyah: 16)

Penilaian semula:

Hadis ini diriwayatkan dari dua orang sahabat:

1) Daripada Anas bin Malik maksud hadis:
"Sesungguhnya yang paling hampir dengan Ku dari kalangan kamu semua pada hari Kiamat dalam setiap kedudukan ialah yang paling banyak berselawat kepada Ku di dunia. SESIAPA YANG BERSELAWAT KEPADAKU PADA HARI JUMAAT DAN MALAM JUMAAT 100 X, ALLAH AKAN TUNAIKAN 100 HAJATNYA, 70 HAJAT AKHIRAT DAN 30 HAJAT DUNIA...."

Riwayat Ibn Mandah d dalam al-Fawaid/82, al-Baihaqi di dalam Syu'ab al-Iman 3/111, dan dalam Hayah al-Anbiya'/29. Dari jalan al-Baihaqi ini Ibn 'Asyakir di dalam Tarikh Dimasyq 54/301, al-Suyuthi nyatakan dalam al-Hawi 2/140 oleh al-Asbahani d dalam al-Targhib.

Mereka meriwayatkan dari jalan Hakkamah binti Uthman bin Dinar, daripada bapanya Uthman bin Dinar, daripada saudaranya Malik bin Dinar daripada Anas bin Malik.
Di dalam Lisan al-Mizan 4/140 dinyatakan:

"Uthman bin Dinar, saudaranya Malik bin Dinar al-Basri, Bapa kepada Hakkamah, beliau tiada nilai, DAN KHABAR INI ADALAH SATU PENDUSTAAN YANG JELAS."

Ibn hibban pula nyatakan di dalam al-Thiqat: "dia (Uthman bin Dinar) riwayatkan dari saudaranya, dan daripadanya anak perempuannya Hakkamah meriwayatkannya. Anak perempuannya tiada nilai. Aku (al-Hafidz Ibn Hajar) katakan: "Dan lafaz al-'Uqaili: anak perempuannya (Hakkamah) meriwayatkan daripadanya (Uthman) hadis-hadis batil, tiada asal bagi riwayat2 tersebut."


Cetak  
Wallahu a'lam