Jika ada yang berkata: "Bukankah Non Muslim tidak menghiraukan kesucian? Bagaimana mungkin umat Islam boleh menggunakan bekas makanan mereka, apatah lagi memakan makanan mereka?"
Maka jawapannya ialah:
Berkaitan makanan non muslim ahli kitab, Allah SWT yang menghalalkannya. Jika halal makanan mereka, maka halal dan dihukum suci juga bekas-bekas makanan dan minuman mereka. Jika dibimbangi kemungkinan mereka ada memakan makanan najis pada neraca Islam seperti babi dan seumpamanya, kebimbangan seperti ini tidak kukuh untuk hukum haram. Paling kuat ia hanya boleh dihukum makruh sahaja. Hukum inilah yang dimaksudkan oleh Nabi SAW seperti yang dijelaskan oleh sebahagian ulama dalam hadis baginda yang diriwayatkan daripada Abu Tha'labah alKhusyani RA yang berkata:
يا رسول الله، إنا بأرض قوم أهل كتاب أفنأكل في أوانيهم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن وجدتم غيرها فلا تأكلوا فيها، وإن لم تجدوا غيرها فاغسلوها وكلوا فيها
Maksudnya: "Wahai Rasulullah, kami berada di tempat kaum ahli kitab, apakah kami boleh makan dalam bekas-bekas mereka. Sabda Rasullah SAW: "Jika kamu mendapati selainnya, maka makanlah dengan bekas tersebut dan jangan kamu menggunakan bekas mereka. Jika kamu tidak mendapat bekas lain, basuhlah bekas ahli kitab tersebut dan makanlah daripadanya." (Muttafaqun 'Alaih)
Kata Imam alNawawi RH:
أن المراد النهي عن الأكل في آنيتهم التي كانوا يطبخون فيها لحم الخنزير, ويشربون الخمر، كما صرح به في رواية أبي داود، وإنما نهى عن الأكل فيها بعد الغسل للاستقذار وكونها معتادة للنجاسة, كما يكره الأكل في المحجمة المغسولة, وأما الفقهاء فمرادهم مطلق آنية الكفار التي ليست مستعملة في النجاسات، فهذه يكره استعمالها قبل غسلها, فإذا غسلت فلا كراهة فيها، لأنها طاهرة وليس فيها استقذار, ولم يريدوا نفي الكراهة عن آنيتهم المستعملة في الخنزير وغيره من النجاسات
Maksudnya: "bahawa yang dimaksudkan larangan dari makan dalam bekas-bekas mereka (non muslim ahli kitab) yang mereka memasak di dalamnya daging babi dan (bekas-bekas) mereka meminum khamar, sepertimana yang jelas dalam riwayat Abu Daud. Dan hanya yang dilarang dari makan di dalamnya selepas basuhan adalah kerana anggapan kotor disebabkan keberadaannya pada kebiasaannya untuk (memasak) makanan yang dikira najis, sepertimana dimakruhkan makan dalam bekas isi darah bekam yang telah dibasuh. Adapun para fuqaha yang dimaksudkan oleh mereka ialah mutlaq bekas-bekas orang bukan muslim yang tidak digunakan untuk benda-benda najis, maka yang ini dimakruhkan menggunakannya sebelum disucikan, jika telah dibasuh maka tiada lagi hukum makruh padanya kerana ia suci dan tiada lagi anggapan kotor. Mereka tidak maksudkan penafian makruh dari menggunakan bekas-bekas non muslim yang digunakan pada babi dan selainnya terdiri dari yang najis."
Abu alKhattab pula berpandangan harus menggunakan bekas makanan orang bukan islam. Beliau berkata:
حكمهم حكم أهل الكتاب ، وثيابهم وأوانيهم طاهرة ، مباحة الاستعمال ، ما لم يتيقن نجاستها ، وهو مذهب الشافعي ; { لأن النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه توضئوا من مزادة مشركة ، } متفق عليه ; ولأن الأصل الطهارة ، فلا تزول بالشك
Maksudnya: "Hukum mereka (orang-orang musyrikin) adalah hukum ahli kitab. Pakaian dan bekas-bekas mereka adalah suci lagi harus menggunakannya, selama-mana belum diyakini kenajisannya. Inilah mazhab alSyafie: "kerana Nabi SAW dan para sahabat baginda pernah berwudhu' dari bekas air seorang wanita musyrik." Riwayat alBukhari dan Muslim. Ini kerana hukum asal adalah suci, maka hukum asal ini tidak boleh digugurkan dengan hanya sangkaan."