Saya merujuk kepada berita:
Biar suci, bersih | Harian Metro
Mereka yang dianggap sebagai "orang agama" sepatutnya lebih berhati-hati menyokong sesuatu amalan dalam masyarakat. Sepatutnya kita wajib membuat semakan terlebih dahulu. Jangan disebabkan kelemahan kita, agama dan fiqh Islami dilihat selekeh di mata masyarakat. Pakaian orang kafir tidak najis di sisi mazhab alSyafi'ie. Saya amat hairan dari mana datangnya hukum pakaian orang kafir jadi najis mughallazah??? Perhatikan perkataan seorang jaguh besar dalam mazhab alSyafi'ie di dalam kitab alMajmu' Syarh alMuhazzab 1/320-322:
Kata alImam alNawawi RH:
فيكره استعمال أواني الكفار وثيابهم سواء فيه أهل الكتاب وغيرهم
Maksudnya: "Dimakruhkan menggunakan bekas orang kafir dan pakaian mereka, sama ada kafir ahli kitab atau selain mereka."
Kata alNawawi lagi:
قال الشافعي - رحمه الله - : وإنا لسراويلاتهم وما يلي أسافلهم أشد كراهة
Maksudnya: "Kata (al-Imam) alSyafi'ie RH dan sesungguhnya kami, terhadap seluar-seluar mereka dan apa-apa pakaian dalam mereka lebih bersangatan makruh."
Ini bermakna di sisi al-Imam alSyafi'ie hukum menggunakan pakaian orang kafir termasuk pakaian dalam mereka adalah bersangatan makruh (tidak disukai), bukan najis, teramat jauh untuk dikatakan najis mughallazah. Ini hukum menggunakan pakaian orang kafir. Dalam ertikata lain pakaian yang orang kafir pakai, umat Islam HARUS memakainya pula. Seterusnya al-Imam alNawawi berkata:
فإن تيقن طهارة أوانيهم أو ثيابهم قال أصحابنا : فلا كراهة حينئذ في استعمالها كثياب المسلم ممن صرح بهذا المحاملي في المجموعوالبندنيجي والجرجاني في البلغة والبغوي وصاحبا العدة والبيان وغيرهم ولا نعلم فيه خلافا
Maksudnya: "Jika pasti akan kebersihan bekas-bekas makanan atau pakaian-pakaian mereka, kata Ashab kami: "tiada (hukum) makruh lagi ketika itu pada menggunakannya, sama seperti pakaian seorang muslim, antara yang menjelaskan hal ini ialah alMahamiliy di dalam alMajmu', alBandanijiy, alJurjani di dalam alBulghah, alBaghawi, dua pemilik kitab al'Uddah dan alBayan dan selain mereka, dan tidak kami ketahui ada perbezaan pandangan dalam masalah ini."
Kata beliau lagi:
وإذا تطهر من إناء كافر ولم يعلم طهارته ولا نجاسته فإن كان من قوم لا يتدينون باستعمال النجاسة - صحت طهارته بلا خلاف ، وإن كان من قوم يتدينون باستعمال النجاسة فوجهان : الصحيح منهما باتفاق الأصحاب في الطريقتين أنه تصح طهارته وهو نصه في الأم وحرملة والقديم وبه قال ابن أبي هريرة
Maksudnya: "Dan apabila seseorang bersuci dari bekas seorang kafir, dia tidak tahu apakah bekas itu suci atau najis, jika orang kafir itu dari kalangan mereka yang tidak menggunakan najis dalam pengamalan agamanya, sah bersuci dengan bekas tersebut tanpa ada khilaf. Jika orang kafir itu dari kalangan mereka yang menggunakan najis dalam amalan beragamanya, maka ada 2 wajah: yang sahih dengan kesepakatan Ashab pada dua jalan bahawa sah bersucinya, dan ianya nas al-Imam alSyafie di dalam alUmm, Harmalah dan dalam pandangan alQadim (Imam alSyafi'ie). Dan inilah pandangan Ibn Abi Hurairah..."
Kata beliau lagi:
هذا الذي ذكرناه من الحكم بطهارة أواني الكفار وثيابهم هو مذهبنا ومذهب الجمهور من السلف
Maksudnya: "Ini yang kami nyatakan tentang hukum kesucian bekas orang-orang kafir dan pakaian-pakaian meraka, ianya adalah mazhab kami (mazhab alSyafie) dan mazhab majoriti ulama salaf."
Inilah pandangan yang lebih harmoni dalam masyarakat Malaysia hari ini.