SDI 1154: Hukum Menziarahi Pesalah Atau Banduan Di Dalam Penjara

 

Apakah kita dibenarkan pergi ziarah penjenayah yg dihukum penjara? Apakah kita dapat pahala dgn menziarahinya?

Jawapan:

Pesalah yg dihukum penjara termasuk mereka yg amat berhajat kpd ziarah dr org2 yg mengenalinya terutamanya keluarga terdekat.

Seseorg yg dihukum bersalah tidak menghalang kita dr menziarahinya. Dia tetap ada hak diziarahi, diberi nasihat dan diingatkan kpd Allah, terutamanya jika dia dr kalangan ahli keluarga terdekat.

Menziarahi pesalah atau banduan di penjara termasuk perbuatan yg ada kelebihan dan dikurniakan pahala. Tidak mustahil dgn kunjungan ziarah ahli keluarga dan sahabat handai boleh menjadi sebab seseorg yg melakukan kesalahan dan dosa bertaubat dan berubah menjadi lebih baik.

Jika yg dipenjarakan itu termasuk dr kalangan ahli keluarga kita, maka dia ada hak silaturrahim utk diziarahi, ditanya khabar dan seumpamanya.

Berapa ramai org yg keras hatinya, apabila diziarahi oleh org2 yg dekat dgnnya, mereka menangis di hadapannya krn terbeban dan apa yg berlaku, mampu menjadikan dia turut menangis dan mendorong dia utk bertaubat.

Pergilah ziarah pesalah dan banduan di penjara. Bawakan juga ayah, ibu, isteri dan anak2nya. Demikian juga abang, kakak, adiknya dan ahli keluarga terdekat yg lain, insyaAllah dia akan mengambil pengajaran dan terkesan. Lihatlah ketika Allah SWT memerintahkan menyebat pesalah zina di hadapan org ramai, lalu ALLAH berfirman:

وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: "dan hendaklah hukuman sebat ke atas mereka berdua itu disaksikan oleh sekumpulan org2 yg beriman." (alNur: 2)

Mengapa perlu disaksikan oleh sekumpulan org2 yg beriman? Kerana pada penyaksian sekumpulan org itu terdapat unsur ketukan dan hentakan kpd jiwa pesalah jika dia masih memiliki jiwa yg hidup.

Akhir jawapan ini dinyatakan, ingatlah, janganlah kita beranggapan para banduan itu lebih rendah nilainya berbanding kita. Mungkin shj ada seseorg yg melakukan kesalahan lalu Allah membuka kesalahannya sehingga diketahui umum, lalu menjadi sebab dia bertaubat dan diangkat darjatnya di sisi Allah. Berapa ramai pula org2 yg dianggap mulia pada penilaian org ramai, lalu dia ujub, perasan diri bagus, sombong, dia sendiri sedar yg dia seorg yg sombong lalu rela dan suka berterusan dlm keadaan sombong, dia melakukan ghibah dan namimah, menganggap org lain lekeh dan menzalimi mereka, lalu Allah keraskan jntung hatinya, diselewengkan jalan hidupnya sehingga dia masuk ke dlm kemurkaan Allah sedangkan dia tidak menyedarinya.

Semoga Allah melindungi kita semua.

WA (olahan semula dr jawapan alSyeikh Muhammad bin Muhammad alMukhtar alSanqiti)


Cetak  
Wallahu a'lam