1. Tiada nas di dlm alQuran dan alSunnah yg melarang atau mengharuskan. Di samping wujud faktor2 dorongan berbuat hal sedemikian kerana keberadaan Ahli Kitab di Madinah semenjak zaman Nabi SAW. Antara yg membuktikan perkara ini termasuk dlm urusat adat yg tidak memestikan perlu ada nas khas menyentuhnya, dan bahawa hukumnya masuk di bawah usul2 umum syariat Islam.
2. Belum ada dr Salaf dr kalangan sahabat, tabi'ien dan Atba' alTabi'ien demikian juga para imam yg diikuti (Abu Hanifah, Malik, alSyafi'ie dan Ahmad) satu nas sekitar hukum ucapan tahniah kpd org2 kafir dlm perayaan2 mereka. Ada perkataan mereka (salaf) sekitar menyertai perayaan2 org2 kafir dan menghadirinya demikian juga sekitar jual-beli seorg muslim dr pasar2 yg dibina org2 kafir zimmi untuk perayaan2 mereka. Adapun hukum ucapan tahniah dgn perayaan, tidak ada dr seorg salafpun apa2 pernyataan ttgnya.
Org2 yg menghalang tidak menyatakan hal itu, yg mengharamkannya juga tidak mendatangkan walau satu pernyataan seorgpun dr kalangan Salaf yg mengkhususkan persoalan ucapan tahniah. Tidak juga dr salah seorg dlm kalangan imam mazhab yg empat.
Ini juga menunjukkan persoalan ini (ucap tahniah dgn perayaan kafir) termasuk dlm perkara2 adat. Tidak tergambar tidak wujud keperluan utk membicarakan persoalan ini (di kalangan salaf) sedangkan ramai orang kafir zimmi أهل الذمة selepas pembukaan2 islamiyyah, tersebarnya perayaan2 mereka seperti perayaan alFisyh الفصح org yahudi, alSya'anin الشعانين, alNairuz dan alMihrajan dengan dibangunkan pasar2 utknya dan selainnya lagi yg termasuk antara perkara sambutan yg dizahirkan. Ini antara perkara yg menguatkan bahawa asal dlm permasalahan ini adalah harus. Kerana ia termasuk perkara2 adat.
Perkara2 adat asalnya adalah harus (sptmana yg dipersetujui di sisi para ulama) melainkan datang dalil yg membuktikan haram: dr nas atau asas yg menunjukkan haram. Dalil ini (membuktikan haram) tidak terdapat dalam persoalan ini (ucapan tahniah sempena perayaan kafir), tiada juga walau satu nas yg mengharamkannya. Asas (pengharaman) yg didakwa yg kononnya ucapan tahniah itu menunjukkan persetujuan atau reda kepada agama atau memberi sangkaan إيهام persetujuan atau reda kpd agama kafir adalah tidak benar. Ini kerana termasuk dlm ucapan tahniah itu perkara yg tidak menunjukkan persetujuan atau reda sama ada pada bahasa mahupun pada uruf.
3. Sesuatu yg tidak ada tentangnya pernyataan نص dr alQuran dan sunnah Rasulullah SAW, tidak ada juga berkaitannya walau satu ibarat dr alSalaf, tiada juga dari para imam yg diikuti = bagaimana didakwa padanya telah berlaku ijmak? Tiada walau satu nas berkaitannya dr alQuran mahupun alSunnah.
4. Tidak benar/tidak sahih hikayat ijmak dlm perkara spt ini melainkan dgn makna ia masuk secara pasti atau qat'ie di bawah perkara asas yg yakin dr asas2 alSyari'ah أصول الشريعة. Inilah yg daku cuba lakukan utk mengembalikan perkataan Ibn alQayyim kpdnya agar perkataan beliau menjadi benar. Jika tidak perkataannya itu adalah satu kesalahan. Tiada hakikat (kebenaran) bagi dakwaan ijmaknya, bersama dgn ketiadaan nas tiada juga perkataan salaf dan para imam yg empat. Maka dari mana Ibn alQayyim mengetahui telah berlaku ijmak, jika bukan beliau maksudkan kpd makna kulli.
5. Ibn alQayyim menjelaskan makna kulli yg dia binakan hikayat ijmak tersebut. Maka inilah dia manath alHukm; iaitulah reda terhadap agama kuffar atau memberi sangkaan reda terhadap agama mereka. Timbul pula soalan: apakah mungkin ada ucapan tahniah yg tidak menunjukkan reda kpd agama kuffar? Atau apakah setiap ucapan tahniah pd perayaan kafir mesti menunjukkan reda kpd agama mereka? Inilah Manath alHukm, tiada yg lain lagi.
Dengannya akan menjadi jelas bahawa sesiapa yg mendakwa setiap ucapan tahniah menunjukkan reda kpd agama bahawa dia telah mencarikkan tirai kehaibahan dan dia mengikut jalan org2 yg takabbur dan degil; kerana suatu yg pasti bukanlah setiap ucapan tahniah itu menunjukkan reda kpd agama.
Org kristian dan selain mereka (dr kalangan org2 kafir) sentiasa mengucapkan tahniah kpd org2 islam ketika perayaan agama kita. Tidak ada mana2 org Islam yg memahami ucapan tahniah dr org kafir itu menunjukkan mereka reda dgn agama Islam.
Kemudian apabila seorg muslim berkata kpd seorg kristian: "semoga kamu berada dlm kebaikan pd setiap tahun كل عام وأنت بخير", "aku memohon kpd Allah agar memberi hidayah islam kpdmu, yg mana Allah tidak menerima agama lain selain dr Islam." Apakah ini boleh jadi ucap tahniah yg menunjukkan reda kpd agama kristian?
Seorg yg ada akal tidak akan mampu utk berkata: "ungkapan di atas bukan ucapan tahniah." Maka ucapan tahniah adalah setiap doa kebaikan sempena upacara atau perkara yg khas utk individu yg kita ucapkan tahniah kpdnya.
Seorg yg ada akal tidak akan mampu mendakwa ucapan tahniah di atas menunjukkan reda kpd agama kristian. Sebaliknya ucapan itu jelas tidak menunjukkan reda kpd agama kafir.
Kerana itu seorg yg berakal tidak akan mampu utk mengatakan ucapan tahniah ini menunjukkan reda kpd agama kafir.
Jika demikian, maka apakah asas yg masuk di bawahnya hukum haram (mengucapkan tahniah kpd org kafir pd perayaan agama mereka) bagi yg mengharamkannya?
WA. InsyaAllah bersambung siri 3