SDI 1149: Boleh Beri Ucapan Yg bebas dari Tanda Reda Dgn Kekufuran Kpd Org Kafir Sempena Perayaan Mereka (1)

 

Apa hukum beri ucapan kpd non muslim sempena perayaan mereka?

Jawapan:

Boleh beri ucapan yg bebas dr tanda reda dgn kekufuran kpd org kafir sempena perayaan mereka. Ia termasuk dlm ucapan yg berkongsi antara umat islam dan bukan Islam. Di bawah ini saya olahkan tulisan Ybhgia Dr. alSyarif Hatim bin 'Arif al'Auni di sini: http://dr-alawni.com/m/articles.php?show=187 semoga bermanfaat.

Asal hukum berinteraksi bersama non muslim yg tidak melampau ialah berbuat baik kepada mereka sepertimana firman Allah SWT:

Maksudnya: "Allah tidak melarang kamu semua untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang (non muslim) yang tidak (melampau) dengan memerangi kamu kerana agamamu fan tidak menghalau kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berlaku adil."

alBirr (berbuat bakti) adalah berbuat baik. Manakala al-Qisth adalah berlaku adil. Termasuk dalam keindahan ayat yang mulia ini ialah ia datang membawa penafian adanya larangan dari berbuat bakti dan berlaku adil (kepada non muslim), dan ia suatu yg tidak dinyatakan dengan jelas kerana Allah Taala maha mengetahui bahawa fitrah sejahtera yg ditetapkan olehNya akan cenderong kepada sukakan berbuat bakti dan berlaku adil bersama sesiapa yang tidak melakukan perbuatan melampau. Maka jiwa-jiwa yang sejahtera akan cenderong kepadanya tanpa perlu ada dorongan dan anjuran. Sebaliknya memadai dengan mendatangkan penjelasan tiadanya tegahan dari berbuat baik dan berlaku adil, demikian juga tiadanya apa-apa kesalahan dosa melakukannya agar berusaha melakukan dan mengamalkannya. Maka datanglah ibarat dalam bentuk tiada tegahan, kerana berpada dengan dorongan fitrah yang cintakan amalan yang mulia ini (berbuat bakti dan berlaku adil).

Dalam masa yang sama ayat ini juga tidak sunyi dari memberi dorongan untuk berbuat baik dan anjuran berlaku adil dari dengan kedua-duanya sekali iaitulah alBirr (berbuat bakti) dan alQisth (berlaku adil). Dua kata nama ini mengandungi dua sifat terpuji. Salah satu dari dua sifat ini sahaja telah menganjurkan kedua-dua sifat. Kerana sesiapa yang tidak suka berbuat bakti maka dia juga tidak akan suka berlaku adil. Maka demikianlah juga terdapat anjuran dan galakan di penghujung ayat dalam firman Allah SWT: Maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka/sayang orang-orang yang berlaku adil." Apakah ada lagi satu anjuran yang lebih besar dari pernyataan Allah sukakan sesuatu perbuatan?

Sepertima berlaku adil itu adalah satu nilai mulia yang thabit dan wajib secara agama dalam berhubungan sesama setiap orang, sama ada dia seorang muslim atau kafir yang melampau. Lebih-lebih lagi dengan kafir yang tidak melampau sepertimana firman Allah SWT: maksudnya: "wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu semua orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah ketika menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adi. Berlaku adillah, kerana sesungguhnya adil itu lebih dekat dengan taqwa." (Maidah: 8)

Dari asas ini iaitulah berbuat baik dengan perkataan yang dapat dibuktikan dalam bentuk khusus ialah dari firman Allah SWT, maksudnya: "dan berkata-katalah dengan manusia itu secara yang baik." Ungkapan alNas iaitulah manusia merangkumi muslim dan kafir, dari kalangan manusia keseluruhannya. Ia berupa perintah berkata-kata yang baik dengan manusia keseluruhannya tanpa ada pengkhususan.

Antara bukti dari salaf yang menunjukkan hal ini:

i. alImam alBukhari meriwayatkan dengan Isnad yang Hasan di dalam alAdab alMufrad daripada 'Uqbah bin 'Amir RA:

أنه مر برجل هيئته هيئة مسلم , فسلم , فرد عليه : وعليك ورحمة الله وبركاته . فقال له الغلام : إنه نصراني , فقام عقبة , فتبعه , حتى أدركه , فقال : إن رحمة الله وبركاته على المؤمنين , لكن أطال الله حياتك وأكثر مالك وولدك

Maksudnya: "beliau pernah melintasi seorang lelaki yang keadaannya seperti seorang muslim, lalu lelaki itu mengucapkan salam kepadanya lalu 'Uqbah menjawab salam lelaki tersebut dengan berkata: وعليك ورحمة الله وبركاته. Lalu seorang budak berkata kepada 'Uqbah: "lelaki itu seorang nasrani." Lalu 'Uqbah bangun dan mengekori lelaki tersebut sehinggalah mendapatkannya seraya berkata: "Sesungguhnya rahmat Allah dan keberkatannNya adalah untuk orang-orang yang beriman. Akan tetapi semoga Allah memanjangkan umurmu dan memperbanyakkan harta dan anakmu."

Sekalipun 'Uqbah RA mahu lelaki Nasrani itu tahu bahawa dia tidak berhak mendapat rahmat yg mutlaq demikian jiga keberkatan yang sempurna (disebabkan dia seorsng kafir) namun dia berhak didoakan supaya dipanjangkan umur dan dibanyakkan harta dan anak-pinak.

Selepas menyertakan hadis ini, alImam alBukhari telah datangkan berikutnya athar yang sahih dari seorang Faqih dan juru tafsir umat Islam iaitulah 'Abdullah bin 'Abbas RA, dari hadis Sa'ied bin Jubair daripadanya yang berkata:

لو قال لي فرعون : بارك الله فيك , لقلت : وفيك . وفرعون قد مات

Maksudnya: "Kalau Fir'aun berkata kepadaku: "Semoga Allah berkatimu" aku akan menjawab kepadanya: "dan semoga kepada engkau juga" sedangkan Fir'aun telahpun mati."

Athar ini menunjukkan Ibn Abbas akan berkata sedemikian (menjawab harapan dikurniakan keberkatan kepada Fir'aun) sedangkan beliau tahu kesudahan fir'aun yang telah mati dalam keadaan kufur.

Dalam athar ini ada anggapan Ibn 'Abbas RA akan keharusan berdoa mohon berkat untuk fir'aun berbeza dengan 'Uqbah bin 'Amir.

Suatu yang jelas dari perbuatan alImam alBukhari dalam mendatangkan dua athar ini dalam bentuk salah satunya disertakan selesai yang satu lagi iaitulah beliau hendak menjelaskan wujudnya perbezaan pendapat antara yang mengharuskan doa mohon berkat kepada orang kafir iatulah pandangan Ibn 'Abbas RA dan yang tidak membolehkannya iaitulah 'Uqbah bin 'Amir RA.

Apakah (ada yang berani berkata) ini semua termasuk dalam perbuatan merosakkan agama?

Kerana itu, sesungguhnya mengucapkan tahniah kepada orang-orang kafir, sempena hari raya mereka hukum asalnya adalah harus. Melainkan jika ucapan itu dilakukan dalam bentuk redha dengan kekufuran mereka atau menyusul darinya kerosakan agama seperti akan mewujudkan sangkaan meredhai kekufuran mereka. Adapun jika tiada kemungkinan-kemungkinan semua itu, maka asalnya adalah harus.

Termasuk dalam ucapan yang tidak menunjukkan redha dengan agama mereka adalah seperti: "Semoga Allah mengurniakan kegembiraan kepadamu", "Semoga kamu berada dalam kebaikan di setiap tahun", "semoga Allah berkati kamu", "semoga Allah memberi kesejahteraan kepadamu, memuliakanmu, menghimpunkan kamu dengan orang-orang yang kamu sayangi", "semoga Allah menjadikan hari-hari kamu hari-hari yang gembira" dan seterunya dari ucapan-ucapan yang tidak menunjukkan redha dengan agama.

Di dalam fatwa Syeikh alIslam alBulqini yang meninggal pada 805H dinyatakan:

Maksudnya: "(apa hukum) seorang muslim berkata kepada seorang (kafir) zimmi ketika hari raya mereka: 'Ied Mubarak" apakah perkataan ini satu kekufuran?"

Jawapan:

الجواب : إن قاله المسلم للذمي على قصد تعظيم دينهم وعيدهم بحقيقة فإنه يكفُر ، وإن لم يقصد ذلك ، وإنما جرى ذلك على لسانه ، فلا يكفُر بما قاله من غير قصد

"Jika seorang muslim mengucapkannya kpd seorang kafir zimmi bagi maksud mengagungkan agama dan hari raya mereka dengan hakikatnya maka ia menjadi kufur. Jika tidak memaksudkan seperti itu, sebaliknya hanya ungkapan lidah sahaja maka tidak kufur apa-apa yang diucapkan tanpa ada maksud (mengagungkan)." (Fatawa alBulqini 986)

Fatwa alBulqini ini tidak mengandungi hukum harus mengucapkan tahniah sempena hari raya bersama ketiadaan maksud mengagungkan agama kafir. Tiada juga membawa hukum haram. Akan tetapi ia mengandungi sesuatu yang dapat dijadikan asas membuktikan ada perbezaan antara dua perkara iaitulah: ucapan selamat bersama maksud mengagungkan dengan ucapan selamat lain, di mana melalui lafaznya menunjukkan pengagungan kepada agama juga akan tetapi lafaz itu keluar dari mulut seorang muslim tanpa ada maksud pengagungan.

Fatwa ini juga tidak bertentangan dengan hukum ucapan yang tidak mengandungi apa-apa yang menunjukkan redha dengan agama kafir secara asalnya. Faedah dari fatwa ini ialah:

1. Membezakan antara ada maksud mengagungkan agama kafir dengan yang tiada maksud mengagungkan. Dalam masa yang sama ketiadaan maksud mengagungkan menjadikan lafaz ucapan tersebut terlarang kerana ia boleh mendatangkan sangkaan mengagungkan. Namun ia tidak menjadikan dihukum kufur pengucapnya yang seorang muslim.

2. Pernyataan ucapan yang boleh mendatangkan sangkaan mengagungkan agama kafir menunjukkan ia membezakan antara ucapan mengagungkan dengan ucspan yang tidak menunjukkan pengagungan.

Antara bukti yang menunjukkan kesan niat dan tujuan itu dalam perkara yang lebih besar berbanding semata-mata ucapan pada hari raya ialah perkataan alImam alZahabi RH (748H) dalam bahagian alTamassuk bi alSunan:

أما مشابهة الذمة في الميلاد، والخميس، والنيروز: فبدعة وحشة.
فإن فعلها المسلم تدينا : فجاهل، يزجر ويعلم .
وإن فعلها حبا [لأهل الذمة] وابتهاجا بأعيادهم فمذموم أيضا.
وإن فعلها عادة ولعبا، وإرضاء لعياله، وجبرا لأطفاله : فهذا محل نظر، وإنما الأعمال بالنيات، والجاهل يعذر ويبين له برفق، والله أعلم

Maksudnya: "adapun menyerupai kafir zimmi pada alMilad, alKhamis dan alNairuz adalah bidaah. Jika dilakukan oleh seorg muslim sebagai agama, maka dia seorg jahil, perlu ditegah dan diberitahu. Jika dia melakukannya kerana cintakan org2 kafir zimmi dan bergembira dgn perayaan mereka, maka ia satu tindakan tercela. Jika dilakukannya kerana kebiasaan dan bersuka-suka, atau untuk menjadikan ahli keluarganya reda kpdnya, atau untuk anak2nya, maka perbuatan ini perlu perhalusi, kerana setiap perkara itu menurut niatnya. Seorg yg jahir diberi kemaafan dan dijelaskan kpdnya dgn lembut. Wallahu a'lam.

Perkataan ini jelas bahawa perkara ini hukumnya kadang-kala diserahkan kpd kebiasaan (adat) dan tanda2nya yg merupakan suatu yg lebih besar berbanding semata2 ucapan kpd org2 kafir ketika perayaan mereka iaitulah sambutan dlm bentuk adat bukan kerana beragama. Maka apa pula hukum ucapan ketika hari raya kafir dgn sesuatu yg tidak menunjukkan reda dgn agama?

Adapun dakwaan telah berlaku ijmak pengharaman ucapan tahniah sempena perayaan agama kafir secara mutlaq adalah satu dakwaan yg ganjil disebabkan ketiadaan nas yg dapat memastikan larangan tersebut (sekalipun jika kita tidak tahu sebabnya). Tiada di dlm alQuran dan sunnah satu bukti khas yg menunjukkan haram ucapan tahniah kpd org2 kafir pd perayaan agama merrka.

Termasuk suatu yg menunjukkan ijmak yg dinukilkan itu jika ianya benar, mestilah ia bersandar kpd asas2 syar'iyyah yg umum dan kaedah2 yg diyakini lagi pasti. Ia bukan hukum ta'abbudi yg kita tidak mengetahui illah dan hikmah utknya.

Kerana itu daku berasa hairan dgn sesiapa yg mendakwa ijmak haramnya ucapan tahniah secara mutlaq sekalipun dgn lafaz yg tidak menunjukkan reda dgn agama kafir spt ucspan: "semoga kamu semua berada dlm kebaikan dlm setiap tahun", bahkan kadang-kala sekalipun dgn ungkapan yg jelas tiada menunjukkan sebarang keredaan (dgn agama kafir) spt ucapan seorg muslim secara lisan atau perutusan message atau dgn kad ucapan tertulis: "semoga setiap tahun kamu berada dlm kebaikan". Di manakah dr ungkapan ini ada bukti menunjukkan wujud sangkaan reda kpd agama kafir? Jika ada seseorg yg membolehkan ucapan ini. Maka sesungguhnya dia telah merungkaikan kemutlaqan pengharamannya dan kembali hukum haramnya berdasarkan ada keredaan atau tidak kpd agama kafir. Jika dia mengharamkannya dgn hujjah ucapan tahniah kpd perayaan kafir menunjukkan reda dgn agama maka dakwaan ini dibatalkan dgn ibarat yg sama.

Org2 yahudi, kristian dan selain mereka sentiasa mengucapkan tahniah kpd org2 islam dgn ungkapan2 yg berbagai pd perayaan agama kita (ied alFitri dan Adha), tidaklah kita fahami ucapan mereka kpd kita itu menandakan mereka telah meninggalkan agama mereka. Tidaklah juga kita ada sangkaan bahawa mereka sebenarnya cintakan agama kita hanya semata2 dgn ucapan tahniah tersebut utk kita pd perayaan kita. Bahkan yg kita faham ialah hal itu termasuk dlm akhlak baik, bersikap lunak dan lain2nya memiliki maksud yg amat jauh dr sangkaan mereka telah mengubah agama mereka atau tidak lagi beriltizam dgn agama mereka hanya dgn sebab mengucapkan ucapan tahniah sempena perayaan kita. Maka mengapa pula sebahagian org ada yg menyangka bahawa khas utk seorg muslim shj apabila dia mengucapkan tahniah kpd seorg kafir ketika perayaan kafir, maka bermakna seorg muslim itu telah reda dgn agama orang kafir tersebut?

Aku kembali hairan dgn sesiapa yg mendakwa telah berlaku ijmak sukuti dlm masalah yg tiada nas ttgnya spt yg telah lalu penjelasannya. Ya... aku hairan dgn sesiapa yg (kononnya) tidak menerima pandangan seorg alim melainkan mesti ada dalil lalu menganggap ijtihad seorg alim yg tanpa ada pendalilan adalah ijtihad yg tertolak, kemudian dia sendiri menerima pula dr seorg alim suatu (pandangan) yg lebih dahsyat dr semata2 ijtihad tanpa pendalilan iaitulah seorg alim mendakwa ijmak yg menjadikan dakwaannya ini bukan hanya ijtihad tanpa pendalilan bahkan menjadikan ijtihadnya itu satu yg tidak boleh berbeza dgnnya. Tanpa pendalilan juga melainkan dakwaannya perkara ini telah berlaku ijmak.

Bagaimana mungkin ijtihad seorg alim itu tertolak jika tanpa pendalilan, kemudian pada ketika situasi yg sama (tanda pendalilan) ijtihadnya jadi diterima dan wajib bahkan memestikan pihak lain menerimanya selagi ianya juga adalah ijtijad tanpa dalil, hanya sahaja dakwaannya sahaja telah berlaku ijmak?

Sesungguhnya memastikan telah berlaku ijmak merupakan benteng penting bagi memelihara agama dr masuk-campur ijtihad2 (jadi ajaran syara' secara pasti) terutama ketika meluasnya kejahilan dan terlantiknya org2 jahil sebagai ketua, jika tidak, perbuatan bertoleransi dgn dakwaan2 yg tidak memiliki dalil akan membuka ruang pensyariatan dgn sesuatu yg tidak diizinkan oleh Allah dan menokok-tambah sumber2 agama dgn satu sumber yg tiada kaitan dgn wahyu dan tiada kaitan juga dgn sumber2 pensyariatan yg disepakati, melainkan hanya atas dakwaan tidak diketahui adanya yg berbeza, sehinggakan dlm perkara yg tidak memiliki nas dan tidak juga termasuk dlm perkara yg mustahil pada kebiasaannya tidak dinukilkan jika ada perbezaan dan sekurang2nya pada sangkaan banyak tidak semesti perlu menukilkannya.

Dlm masalah ucapan tahniah kpd org2 kafir ketika perayaan mereka, daku mengharapkan sangat mereka yg taasub dgn hukum haram ini utk menyebut kpdku salaf yg mengatakan haram sama ada dr kalangan sahabat, tabi'ien dan atba' alTabi'ien sehingga kita dapat memerhatikan apakah ada satu pandangan sahih lagi masyhur di kalangan mereka dlm masalah ini sehingga tidak diketahui adanya pandangan yg berbeza?

Aku ulangi cabaran ini dgn gambaran yg lebih jelas: setelah disepakati tiadanya nas jelas dr alQuran dan alSunnah yg menunjukkan haram mengucapkan tahniah kpd org kafir ketika perayaan mereka, apakah terdapat athar dr sahabat, tabi'ien atau atba' alTabi'ien yg menunjukkan pengharaman ucapan tahniah (bukan haram menghadiri perayaan2 dan menyertainya. Kerana masalah ini berbeza dgn masalah ucapan tahniah), yg membuktikan permasalahan itu masyhur di antara mereka sehingga termasuk dlm perkara yg boleh dikatakan sebegai telah tidak diketahui adanya sesiapa yg berbeza utk kita mengatakan ia ijmak.

Adapun jika ada yg menuntut mendatangkan nas dr salaf yg mengharuskan tahniah ini, dalam masa yg sama tidak ada pula nas dr mereka yg mengharamkannya adlah berupa satu kejahilan dgn jalan2 pendalilan. Ini kerana ke atas sesiapa yg mendakwa telah berlaku ijmak hendaklah dia datangkan bukti atas dakwaannya. Jika tidak dakwaannya adalah batil. Maka persoalan ini, setelah tertolaknya dakwaan ijmak, mestilah dikembalikan kpd nas2 yg umum dan usul2 syari'ah utk mengeluarkan hukumnya.

Daku ingin tekankan juga bahawa jika ada sesiapa dr kalangan salaf yg mengharamkan ucapan tahniah kpd org kafir sempena perayaan mereka, maka semata2 ada pandangan itu ia tidak dapat menunjukkan telah berlaku ijmak, krn ketiadaan ilmu adanya sesiapa (dr kalangan salaf) yg menghukum harus perkara ini tidak menunjukkan ketiadaan yg mengharuskannya (kerana ketiadaan ilmu terhadap sesuatu tidaklah menunjukkan ketiadaannya عدم العلم لا يدل على العدم), terutamanya dlm masalah seperti ini yg nukilan ttgnya memerlukan dinyatakan siapakah yg mengharamkannya dr kalangan salaf, demikian juga memerlukan bukti nukilan itu suatu yg masyhur di antara salaf sehingga dapat dijadikan dalil ketiadaan pengetahuan adanya yg berbeza itu mmg menunjukkan tidak ada sesiapa yg benar2 berbeza sama ada secara zhan mahupun secara yakin.

Maka ijmak sukuti ada syarat bagi boleh berhujjah dgnnya. Dakwaan haram mengucapkan tahniah itu pula tidak memenuhi syarat2nya. Cukuplah dgn lemahnya nukilan dakwaan ijmak tersebut.

Adapun perkataan Ibn alQayyim yg para pentaasub menjadikannya dalil pengharaman disebabkan ketaasuban mereka (bukan berdasarkan tarjihan) yg beliau nyatakan di dlm kitabnya Ahkam Ahl alZimmah sebagai:
فصل في تهنئتهم بزوجة أو ولد أو قدوم غائب أو عافية أو سلامة من مكروه ونحو ذلك :
وقد اختلفت الرواية في ذلك عن أحمد ، فأباحها مرة ، ومنعها أخرى .
والكلام فيها كالكلام في التعزية والعيادة ، ولا فرق بينهما .
ولكن ليحذر الوقوع فيما يقع فيه الجهال من الألفاظ التي تدل على رضاه بدينه , كما يقول أحدهم : متعك الله بدينك أو نيحك فيه ، أو يقول له : أعزك الله أو أكرمك . إلا أن يقول : أكرمك الله بالإسلام ، وأعزك به ، ونحو ذلك ، فهذا في التهنئة بالأمور المشتركة .
وأما التهنئة بشعائر الكفر المختصة به فحرام بالاتفاق ، مثل أن يهنئهم بأعيادهم وصومهم ، فيقول : عيد مبارك عليك ، أو تهنأ بهذا العيد ، ونحوه ، فهذا إن سلم قائله من الكفر ، فهو من المحرمات ، وهو بمنزلة أن يهنئه بسجوده للصليب ، بل ذلك أعظم إثما عند الله وأشد مقتا من التهنئة بشرب الخمر وقتل النفس وارتكاب الفرج الحرام ونحوه.
وكثير ممن لا قدر للدين عنده ، يقع في ذلك , ولا يدري قبح ما فعل .
فمن هنأ عبدا بمعصية أو بدعة أو كفر فقد تعرض لمقت الله وسخطه .
وقد كان أهل الورع من اهل العلم يتجنبون تهنئة الظلمة بالولايات وتهنئة الجهال بمنصب القضاء والتدريس والإفتاء تجنبا لمقت الله وسقوطهم من عينه وإن بلي الرجل بذلك فتعاطاه دفعا لشر يتوقعه منهم فمشى إليهم ولم يقل إلا خيرا ودعا لهم بالتوفيق والتسديد فلا بأس بذلك وبالله التوفيق
Maksudnya: "Fasal berkaitan mengucapkan tahniah kpd mereka (org2 kafir) krn berkahwin, dikurniakan anak, baru sampai dr permusafiran, sembuh dr penyakit, selamat dr sesuatu yg tidak disukai atau seumpamanya: sesungguhnya telah berbeza2 riwayat dlm perkara ini dr alImam Ahmad, ada riwayat beliau mengharuskannya dan dlm riwayat lain beliau melarangnya. Perbincangan dlm perkara ini sama seperti persoalan ucapan ta'ziah dan menziarahi org kafir. Tiada beza antara perkara ini. Akan tetapi hendaklah diberi peringatan dr berlaku apa yg berlaku kpd orang2 jahil dr menggunakan lafaz2 yg menunjukkan reda kpd agama kafir, seperti ungkapan: "semoga Allah mengurniakan kegembiraan kpdmu dgn agamamu atau dgn kekuatanmu" atau berkata: "semoga Allah mengurniakan keagungan dan kemuliaan kpdmu" melainkan jika dia berkata: "semoga Allah memuliakan kamu dgn Islam" dan seumpamanya. Maka hal ini masuk dlm memberi ucapan tahniah utk perkara2 yg berkongsi sesama mereka. Adapun tahniah dgn syi'ar2 kekufuran yg khas. Maka ia haram dgn sepakat ulama, seperti seseorg mengucspkan tahniah dgn kehadiran hari2 perayaan mereka dan ibadah puasa mereka, seperti berkata: "Ied Mubarak (perayaan yg diberkati)" atau "tahniah dgn perayaan ini" dan seumpamanya. Perbuatan ini jika pengucapnya selamat dr kufur sekalipun, ia termasuk dlm perkara2 haram. Ia sama spt kedudukan seseorg yg mengucapkan tahniah dgn perbuatan sujud seorg kafir kpd salib. Bahkan ia lebih dahsyat dosanya di sisi Allah dan lebih dahsyat kemurkaanNya berbanding ucapan tahniah dgn perbuatan seseorg meminum khamar, membunuh, berzina dan seumpamanya. Ramai dr kalangan org yg tidak memiliki (berpegang kuat) agama, terjebak ke dlm lembah ini, dan dia tidak sedar betapa buruk apa yg diperbuatnya itu. Maka sesiapa yg mengucapkan tahniah kpd seseorg dgn maksiat atau bidaah atau kekufuran yg dilakukannya, dia telah mendedahkan dirinya kpd murka Allah. Sesungguhnya org2 yg wara' dr kalangan ulama akan menjauhkan diri mereka dr mengucapkan tahniah kpd org2 yg zalim yg memegang tampuk pemerintahan, org2 jahil yg menjawat jawatan qadhi, menyampaikan pelajaran dan memberi fatwa bagi menjauhkan diri dr kemurkaan Allah dan menjadi hina di sisi Allah. Jika seseorg diuji dgn hal sedemikian itu, lalu dia melakukannya bagi menolak keburukan yg dijangka akan dikenakan ke atasnya oleh mereka, lalu dia melakukan hal itu, tanpa berkata apa melainkan kebaikan shj dan mendoakan utk mereka taufiq dan sadad, maka tidak mengapa."

Tamat perkataan beliau RH. Ia adalah perkataan yg benar tanpa ada kesangsian bagi sesiapa yg diberi taufiq oleh Allah utk memahaminya menurut kefahaman yg benar.

Sekalipun perkataan Ibn alQayyim ini menunjukkan kemutlaqan pengharaman tanpa ada perincian, maka ia adalah satu kesilapan dr beliau. Kami tidak bimbang utk mengatakan kesilapan beliau terutamanya dgn hikayat ijmak dlm perkataanya (kerana):

1. Beliau berbicara ttg ucapan tahniah kpd org kafir dgn perayaan agamanya, bukan pada perayaan agamanya. Ucapan tahniah dgn perayaan menunjukkan reda dgn agama. Adapun ucapan tahniah pd perayaan tidak semestinya menunjukkan reda dgn agama.

Aku ingin tekankan juga bahawa perkataan beliau (Ibn alQayyim): "sesiapa yg memberikan ucapan tahniah kpd seseorg dgn maksiat atau bidaah atau kekufuran (yg dilakukannya) dia telah menempa kemurkaan Allah" adalah perkataan yg benar ke atas sesiapa yg melakukan spt itu. Akan tetapi apa yg kita berbicarakan ialah ucapan tahniah seseorg atas sesuatu yg bukan maksiat, sebaliknya hanya ucapan tahniah dgn kebahagiaan dan kegembiraannya yg dialaminya dlm perayaannya. Kerana itu kita mensyaratkan mestilah ucapan tahniah itu bukan atas kekufuran atau tidak membawa faham ucspan tahniah kpd kekufuran.

2. Kita takwilkan ungkapan Ibn alQayyim agar ia bertepatan dgn kebenaran (sekalipun kita tidak terdesak utk melakukannya, krn perkataan beliau bukanlah hujjah, tidak juga dgn nukilan ijmaknya, dgn hujjah ketiadaan hujjah yg menunjukkan telah berlaku ijmak), aku nyatakan:

2.1: perhatikan perbezaan yg dilakukan oleh Ibn alQayyim antara lafaz yg menunjukkan reda kpd agama dengan lafaz yg menunjukkan ketiadaan reda. Perincian beliau tersebut adalah binaan kpd hukum permasalahan ucaoan tahniah kerana perkahwinan, dikurniakan anak, pulang dr kejauhan, memperoleh kesejahteraan, selamat dr sesuatu yg tidak disukai dan seumpamanya, di mana termasuk dlm sesuatu yg menunjukkan benarnya asas ini berkaitan ucapan tahniah kpd org2 kafir. Ia juga bukanlah perincian rekaan dan bukan terpisah dr usul2 agama.

2.2: Ibn alQayyim ketika menukilkan kesepakatan ulama mengharamkan ucapan tahniah dgn perayaan2 agama kafir, menjadikan illahnya ialah ia menunjukkan ucapan tahniah atas kekufuran. Maknanya tahniah atas kekufuran itu sebab pengharaman di sisi beliau. Dan yg benarnya perletakan illah ini sekalipun jika Ibn alQayyim tidak menyebutnya, sudah pasti kami menyebutnya sbg dalil kebenaran perkataannya; krn ketiadaan dalil atas pengharaman selain drnya pada asal spt yg telah dijelaskan.

Maka ketika ini daku katakan: tiada seseorg yg berkata bahawa perkataan seorg muslim kpd seorg kafir pd perayaan agama sikafir itu: "semoga Allah mengurniakan kegembiraan buat kamu dan menganugerahkan kamu kesejahteraan, memberi hidayah kpd kamu dgn membenarkan Islam" terdapat pdnya ucapan tahniah dgn kekufuran dan menunjukkan adanya keredaan terhadap agamanya yg kafir. Tiada juga seorg yg berakal akan berkata: "ungkapan ini bukan ucapan tahniah" sesungguhnya Ibn alQayyim telah berkata: (yg menjadi hujah oleh mereka yg berhujah dgn perkataan beliau atas mutlaq pengharaman) "melainkan dia berkata: semoga Allah mengurniakan kemuliaan kpd kamu dgn Islam dan memuliakan kamu dgn Islam dan seumpamanya. Maka ini termasuk dlm ucapan tahniah dlm perkara yg dikongsi bersama." Justeru Ibn alQayyim tidak mengharamkan semua ucspan tahniah pd perayaan2 kuffar. Sebaliknya beliau hanya mengharamkan ucspan tahniah dgn perayaan agama krn ia boleh membawa faham reda dgn agama kafir.

2.3: Perletakan illah (punca hukum) oleh Ibn alQayyim dgn illah tersebut menjadikan ucapan tahniah yg tidak menunjukkan reda kpd agama tidak termasuk sama-sekali dlm perkataannya, tidak juga termasuk dlm apa2 (tegahan) yg beliau nukilkan ijmak tersebut.

Oleh itu, kekallah perbincangan berkaitan ungkapan2 tahniah; apakah mungkin ada ungkapan yg tidak menunjukkan reda kpd agama dan ucapan tahniah yg bukan kpd kekufuran? Ataupun tidak mungkin ada? Jika mungkin adanya ucapan tersebut dgn contoh2 ungkapan yg telah disebut sebelum ini terdiri dr ucapan tahniah dgn perkara2 yg dikongsi bersama, bahkan kandungan ucapan tersebut sebenarnya merupakan satu dakwah kpd Islam, maka jadilah dakwaan mustahilnya ada ucapan tahniah kpd org2 kafir dgn perayaan mereka yg tidak mengandungi makna reda terhadap agama adalah berupa dakwaan palsu lagi menyalahi realiti. Inilah realitinya.

Kesimpulannya: wajib dibezakan antara ucapan tahniah kpd org kafir dlm perayaan agamanya dgn ucapan tahniah dgn perayaan agamanya. Maka ucapan tahniah dgn perayaan agamanya tidak boleh. Manakala ucapan tahniah pd perayaan agamanya harus jika tidak menunjukkan reda dengan agama kufurnya.

Bersambung ke siri 2 bila berkelapangan insyaAllah.


Cetak  
Wallahu a'lam