Ulama dirujuk untuk memahami kehendak Allah dan Rasul

 

Hukum ini berbeza, ada (ulama) yang kata haram. Ada yang kata haram, solat sah. Ada yang kata haram, solat batal. Ada yang kata makruh. Tengak.., hukum berbeza. Dari hadis yang satu, ada tiga hukum. Kerana itu saya pesan kepada orang Islam, kita kena sedar satu perkara. Kewajipan semua Islam adalah berusaha memahami apa yang dikehendaki oleh Allah dan rasul, dengan merujuk al-Quran dan Sunnah. Itulah sumber agama. Kenapa para ulama berbeza pandangan? Ada yang kata haram, solat sah. Ada yang kata haram solat batal. Ada yang kata makruh, maka sudah tentu solat sah. Kenapa perbezaan pandangan ini timbul? Kerana usaha nak memahami apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Bukan para ulama sengaja memandai-mandai membuat hukum, kerana mustahil para ulama memandai-mandai buat hukum. Perbezaan pandangan itu berlaku kerana hendak memahami maksud yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.

Perkara ini memberi kita faham, kewajipan orang isalm adalah usaha memahami apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul. Inilah kewajipan kita. Inilah yang dilakukan oleh para ulama.

Saya telah beritahu kepada tuan-tuan, para ulama bukan seperti pena yang boleh menulis sesuka hati. Tetapi para ulama adalah umpama lampu suluh yang menyuluh umat Islam kepada al-Quran dan al-Sunnah. Mereka seperti berkata: “Inilah yang kami faham dari ayat al-Quran sekian-sekian. Inilah yang kami faham yang dikehendaki oleh Allah berdasarkan petunjuk dari Nabi SAW demikian-demikian.” Perbezaan berlaku apabila sesuatu ayat al-Quran dan hadis yang memungkinkan berlaku beberapa kefahaman.


Cetak  
Wallahu a'lam