Ibn 'Abbas pernah bersedia bermubahalah dengan sesiapa yang mahu dalam perbezaan pandangan beliau dengan al'Abbas pada masalah 'Aul dalam fara'id. Riwayat ini dikeluarkan oleh alBaihaqi dan dinilai hasan oleh alAlbani di dalam Irwa' alGhalil 6/146. Demikian juga Ibn Mas'ud RA bersedia untuk bermubahalah dalam isu Iddah wanita hamil yang kematian suami. Riwayat ini disebut oleh Ibn alQayyim di dalam Zad alMaad 5/528.
Kata alImam Ibn alQayyim RH:
"Sesungguhnya sunnah dalam bermujadalah dengan Ahl alBatil, apabila telah tertegaknya hujjah Allah ke atas mereka, namun mereka tidak mahu kembali bahkan berterusan berdegil, iaitulah dengan memanggil mereka melakukan MUBAHALAH. Allah Subhanah telah mengarahkan hal itu kepada Rasul-Nya SAW. DIA tidak mengatakan perkara itu bukan untuk umatmu selepas daripadamu. Sepupu baginda 'Abdullah bin 'Abbas telah memanggil sesiapa yang membantahnya dalam beberapa persoalan furu' untuk bermubahalah. Para sahabat tidak mengingkari perbuatannya ini. alAwza'ie juga telah memanggil Sufyan alThauriy untuk bermubahalah dalam masalah mengangkat dua tangan. Dan tiada yang mengingkari hal itu. Ini termasuk dalam hujah yang cukup." (Zad alMaad 3/643)