Ustaz Bin Sahak Membentangkan Kajian Nasab Anak Tidak Sah Taraf Dalam Muzakarah Kehakiman Syariah Jabatan Kehakiman Negeri Perlis 2023

Muzakarah Kehakiman Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis Tahun 2023

Berita Asal

20 November 2023 – Muzakarah Kehakiman Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis ini adalah suatu program yang julung kali diadakan, iaitu dengan menghimpunkan semua warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis dari semua peringkat jawatan, iaitu Hakim-Hakim Syarie dan termasuklah semua Pembantu Syariah.

Matlamat dan objektif Muzakarah Kehakiman Syariah Negeri Perlis Tahun 2023 ini diadakan sebagai wadah dalam memberikan pemakluman dan kefahaman yang sama kepada semua dan dapat saling bertukar-tukar buah fikiran dan idea dalam isu-isu kehakiman dan perundangan khasnya di Negeri Perlis. Sekaligus dapat membangkitkan semangat kerja dalam kalangan warga kerja JKSNPs dan dapat bekerjasama serta bantu-membantu dengan baik dalam satu pasukan dan secara langsung memantapkan organisasi JKSNPs dengan isu kehakiman dan perundangan.

Muzakarah Kehakiman Syariah ini telah diisikan dengan dua slot pembentangan iaitu, slot pertama oleh Sahibul Fadilah Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak, pegawai dari Jabatan Mufti Negeri Perlis yang membawakan tajuk “Penjelasan Fatwa Anak Tak Sah taraf dan Implikasinya.”. Slot kedua pula diisikan pembentangan dari Yang Arif Tuan Mohamad Fauzi bin Haji Ismail dengan tajuk “Penulisan Alasan Penghakiman Yang Bermutu.”

Muzakarah ini dirasmikan oleh Yang Amat Arif Tuan Haji Jaidi bin Ahmad, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis.

Diharapkan agar Muzakarah ini dapat memberikan nilai tambah dalam setiap tugasan dan gerak kerja seharian setiap ahli Muzakarah untuk manfaat semua pihak.


Cetak  
Wallahu a'lam