RASULULLAH MEMBAWA CAHAYA
KHUTBAH PERTAMA
إِنَّ الحَمْدَ للهِ نَحْمَدُهُ، وَنَسْتَعِيْنُهُ، وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ، فَلا هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ﴾. ﴿يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا﴾. ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا، يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا﴾ أَمَّا بَعْدُ: فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ، وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم، وَشَرَّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ.
Sidang Jumaat Yang Berbahagia
Dunia dalam kegelapan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Masyarakat ‘Arab berada dalam kebingungan, batu dan kayu yang sama sekali tidak mampu berbuat apa-apa disembah dan dijadikan tuhan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Hajj ayat 73:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٞ فَٱسۡتَمِعُواْ لَهُۥٓۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَن يَخۡلُقُواْ ذُبَابٗا وَلَوِ ٱجۡتَمَعُواْ لَهُۥۖ وَإِن يَسۡلُبۡهُمُ ٱلذُّبَابُ شَيۡـٔٗا لَّا يَسۡتَنقِذُوهُ مِنۡهُۚ ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ٧٣
“Wahai sekelian manusia, diberikan satu misal perumpamaan, maka dengarlah dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya berhala yang kamu seru dan sembah selain daripada Allah itu, sama sekali tidak akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; bahkan jika lalat itu mengambil sesuatu dari berhala-berhala tersebut, mereka sama sekali tidak dapat mengambilnya semula daripadanya. Kedua-duanya lemah belaka, lemah yang meminta, dan lemah juga yang diminta daripadanya.”
Masyarakat Mekah ketika itu berada pada puncak kejahilan, mereka tidak kenal tuhan mereka, kehidupan sosial mereka runtuh, tiada lagi rasa saling menghormati dan saling menghargai sesama mereka. Yang kaya tiada perasaan belas kepada yang miskin, yang miskin tidak lagi menghormati mereka yang kaya. Keadaan ini berterusan sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi SAW membawa cahaya menyingkap kejahilan.
Ja’far bin Abi Talib RA ketika menjelaskan agama yang dibawa oleh Nabi SAW kepada raja Najasyi, beliau berkata: (Imam yang tidak mahir berbahasa Arab, boleh baca terjemahan sahaja)
أَيُّهَا الْمَلِكُ، كُنَّا قَوْمًا أَهْلَ جَاهِلِيَّةٍ، نَعْبُدُ الْأَصْنَامَ وَنَأْكُلُ الْمَيْتَةَ، وَنَأْتِي الْفَوَاحِشَ، وَنَقْطَعُ الْأَرْحَامَ، وَنُسِيءُ الْجِوَارَ، يَأْكُلُ الْقَوِيُّ مِنَّا الضَّعِيفَ، فَكُنَّا عَلَى ذَلِكَ. حَتَّى بَعَثَ اللهُ إِلَيْنَا رَسُولًا مِنَّا، نَعْرِفُ نَسَبَهُ وَصِدْقَهُ وَأَمَانَتَهُ وَعَفَافَهُ، فَدَعَانَا إِلَى اللهِ تَعَالَى، لِنُوَحِّدَهُ وَنَعْبُدَهُ، وَنَخْلَعَ مَا كُنَّا نَعْبُدُ نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِنْ دُونِهِ مِنَ الْحِجَارَةِ وَالْأَوْثَانِ، وَأَمَرَ بِصِدْقِ الْحَدِيثِ، وَأَدَاءِ الْأَمَانَةِ، وَصِلَةِ الرَّحِمِ، وَحُسْنِ الْجِوَارِ، وَالْكَفِّ عَنِ الْمَحَارِمِ وَالدِّمَاءِ، وَنَهَانَا عَنْ الْفَوَاحِشِ، وَقَوْلِ الزُّورِ، وَأَكْلِ مَالِ الْيَتِيمِ، وَقَذْفِ الْمُحْصَنَةِ، وَأَمَرَنَا أَنْ نَعْبُدَ اللهَ وَحْدَهُ لَا نُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا، وَأَمَرَنَا بِالصَّلَاةِ وَالزَّكَاةِ وَالصِّيَامِ.
Wahai raja, kami dahulunya satu kaum jahiliyyah. Kami menyembah berhala, memakan bangkai dan melakukan perbuatan zina yang keji. Kami juga memutuskan silaturrahim, menyakiti tetangga, orang kuat menindas orang yang lemah dalam kalangan kami. Demikianlah kamu dahulunya. Sehinggalah Allah mengutuskan kepada kami seorang rasul dari kalangan kami sendiri. Kami kenal nasab keturunannya, kebenaran, amanah dan sifat mulianya. Rasul itu menyeru kami kepada Allah Taala, mentauhid dan beribadah kepada-Nya, rasul itu juga menyeru kami agar meninggalkan sembahan selain daripada Allah terdiri dari berhala batu dan kayu yang kami dan nenek moyang kami dahulu sembah selain Allah. Rasul itu juga menyeru kami supaya bercakap benar, menunaikan amanah, menghubungkan silaturrahim, kejiranan yang baik, meninggalkan perkara-perkara haram dan penumpahan darah, melarang kami melakukan perbuatan keji zina, bercakap dusta, memakan harta anak yatim dan menuduh zina wanita yang mulia. Rasul itu juga menyeru kami supaya hanya menyembah Allah yang satu dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatupun. Rasul itu juga memerintakan kami agar mendirikan solat, menunaikan zakat dan berpuasa.” Ja’far terus menyebut ajaran-ajaran mulia agama Islam yang dibawa oleh Nabi SAW, sehinggalah beliau berkata:
فَصَدَّقْنَاهُ وَآمَنَّا بِهِ، وَاتَّبَعْنَاهُ عَلَى مَا جَاءَ بِهِ، فَعَبَدْنَا اللهَ وَحْدَهُ، فَلَمْ نُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا، وَحَرَّمْنَا مَا حَرَّمَ عَلَيْنَا، وَأَحْلَلْنَا مَا أَحَلَّ لَنَا، فَعَدَا عَلَيْنَا قَوْمُنَا، فَعَذَّبُونَا فَفَتَنُونَا عَنْ دِينِنَا، لِيَرُدُّونَا إِلَى عِبَادَةِ الْأَوْثَانِ مِنْ عِبَادَةِ اللهِ، وَأَنْ نَسْتَحِلَّ مَا كُنَّا نَسْتَحِلُّ مِنَ الْخَبَائِثِ، فَلَمَّا قَهَرُونَا وَظَلَمُونَا، وَشَقُّوا عَلَيْنَا وَحَالُوا بَيْنَنَا وَبَيْنَ دِينِنَا، خَرَجْنَا إِلَى بَلَدِكَ، وَاخْتَرْنَاكَ عَلَى مَنْ سِوَاكَ، وَرَغِبْنَا فِي جِوَارِكَ وَرَجَوْنَا أَنْ لَا نُظْلَمَ عِنْدَكَ أَيُّهَا الْمَلِكُ.
Lalu kami membenarkan apa yang diserukan oleh rasul itu, kami beriman kepadanya dan mengikut apa yang dibawanya. Kami beribadah kepada Allah Yang Esa. Kami tidak lagi mensyirikkan-Nya. Kami mengharamkan apa yang diharamkan oleh rasul tersebut. Kami menghalalkan apa yang dihalalkan oleh rasul tersebut. Namun kaum kami telah bertindak melampau terhadap kami kerana mengikut rasul yang diutuskan oleh Allah tersebut. Mereka memaksa dan menyiksa kami agar kembali menyembah berhala dan meninggalkan beribadat kepada Allah. Mereka memaksa kami agar menghalalkan perkara-perkara kotor lagi kejji. Apabila mereka berterusan menzalimi dan menindas kami, menghalang kami dari agama yang kami terima dari rasul utusan Allah tersebut, kami tinggalkan kampung halaman kami, kami datang ke negerimu ini. Kami pilih negerimu ini bukan negeri yang lain, kami mengharapkan penerimaan yang baik dari kamu dengan harapan kami tidak dizalimi ketika berada di negeri mu ini wahai raja.” Mendengar penerangan dari Ja’far bin Abi Talib ini, Raja Najasyi menjawab:
هَلْ مَعَكَ مِمَّا جَاءَ بِهِ عَنِ اللهِ مِنْ شَيْءٍ؟ فَقَالَ لَهُ جَعْفَرٌ: نَعَمْ. فَقَالَ لَهُ النَّجَاشِيُّ: فَاقْرَأْهُ عَلَيَّ. فَقَرَأَ عَلَيْهِ صَدْرًا مِنْ كهيعص. فَبَكَى وَاللهِ النَّجَاشِيُّ حَتَّى أَخْضَلَ لِحْيَتَهُ، وَبَكَتْ أَسَاقِفَتُهُ حَتَّى أَخْضَلُوا مَصَاحِفَهُمْ حِينَ سَمِعُوا مَا تَلَا عَلَيْهِمْ، ثُمَّ قَالَ النَّجَاشِيُّ: إِنَّ هَذَا وَالَّذِي جَاءَ بِهِ مُوسَى لَيَخْرُجُ مِنْ مِشْكَاةٍ وَاحِدَةٍ
Kata Najasyi: “Apakah ada sesuatu wahyu yang dibawa oleh rasul itu dari Allah? Jawab Ja’far: Ya ada.” Kata Najasyi: “Bacakan wahyu tersebut kepadaku.” Lalu Ja’far membaca permulaan surah Maryam. Apabila mendengarnya, Najasyi menangis sehingga basah janggutnya. Keadaan itu menyebabkan pembesar-pembesar ulamanya yang berada sekitarnya turut menangis, sehingga menitis air mata mereka pada helaian-helaian injil di hadapan mereka. Kemudian raja Najasyi berkata: “Sesungguhnya apa yang dibawa oleh rasul itu dengan apa yang dibawa oleh Musa, benar-benar keluar dari sumber cahaya yang sama.”
Sidang Jumaat sekelian
Di kala penduduk Mekah mengalami kemerosotan moral yang parah, Allah SWT mengutus seorang insan agung, yang bukan hanya mulia pada nasabnya, bahkan mulia juga pada budi pekerti dan akhlaknya. Menghubungkan silaturrahim, benar dalam percakapan, membantu orang susah, memuliakan tetamu dan membantu sesiapa sahaja yang berhak. Bagindalah Muhammad bin ‘Abdillah SAW, cahaya di tengah-tengah kegelapan.
Al-Syeikh Sofiyurrahman al-Mubarakfuri dalam kitabnya al-Rahiqul Makhtum menyatakan: “Muhammad ketika muda telah berjaya menyatukan pertikaian antara kabilah melalui peristiwa perletakkan Hajar Aswad sebaik sahaja selesai pengubahsuaian Kaabah.”
Setelah baginda dilantik menjadi Nabi, baginda benar-benar menjadi cahaya yang menerangi kegelapan penduduk Mekah khususnya dan Jazirah Arab umumnya. Sifat baginda yang menerangi kegelapan ini mendapat perakuan daripada Allah SWT melalui firman-Nya dalam surah al-Maidah ayat 15:
يَٰٓأَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ قَدۡ جَآءَكُمۡ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمۡ كَثِيرٗا مِّمَّا كُنتُمۡ تُخۡفُونَ مِنَ ٱلۡكِتَٰبِ وَيَعۡفُواْ عَن كَثِيرٖۚ قَدۡ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٞ وَكِتَٰبٞ مُّبِينٞ ١٥
“Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul Kami (iaitulah Muhammad SAW) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari keterangan-keterangan dan hukum-hukum yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci yang telah diturunkan. Dia memaafkan kamu dengan tidak mendedahkan banyak perkara yang kamu sembunyikan. Sesungguhnya telah datang kepada kamu nur dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas lagi nyata keterangannya.”
Al-Imam al-Baghawi dalam Ma‘alim an-Tanzil berkata: “Nur atau cahaya yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah Nabi Muhammad SAW.” Demikian juga al-Khazin (الخازن) dalam Lubab al-Ta’wil fi Ma‘ani al-Tanzil berkata: “Nabi Muhammad SAW disebut sebagai nur atau cahaya disebabkan baginda menunjukkan jalan hidayah dan menerangi kegelapan.”
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 45-46:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَرۡسَلۡنَٰكَ شَٰهِدٗا وَمُبَشِّرٗا وَنَذِيرٗا٤٥ وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجٗا مُّنِيرٗا٤٦
“Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan membawa berita gembira kepada mereka yang beriman. Serta memberi amaran kepada mereka yang ingkar. Dan juga menyeru manusia seluruhnya kepada ugama Allah dengan taufiq dari-Nya; dan sebagai lampu yang menerangi.”
Sidang Jumaat sekelian
Rasulullah SAW adalah nur atau cahaya. Baginda membimbing dan menerangi manusia yang terperangkap dalam kegelapan kekafiran, kegelapan kesyirikan dan kegelapan kemunafikan. Baginda mengeluar dan membimbing mereka semua kepada cahaya hidayah dari Allah SAW. Bersama akhlak teragung yang ada dalam diri baginda menjadikan baginda seorang pemimpin dan contoh kepada umat sepanjang zaman. Allah SWT berfirman:
لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا ٢١
“Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu semua, yaitu bagi mereka yang mengharap rahmat Allah dan pahala apabila datang hari Kiamat dan mereka yang banyak mengingat Allah.”
Syeikh al-Mutawalli as-Sya’rawi dalam al-Khawatir berkata: “Rasulullah SAW merupakan ikutan dalam segala hal, baginda contoh dalam tindakan, perkataan, melihat dan memberi. Maka setiap yang datang daripada baginda wajib diambil.”
Allah SWT berfirman:
"... وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٧
“Apa-apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu semua maka terimalah ia. Apa-apa yang dilarang olehnya maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah sangat keras hukuman-Nya.”
Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian
Rasulullah SAW mengajarkan kepada kita agar memohon cahaya daripada Allah ketika bergerak menuju ke masjid dengan membaca:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي نُورًا وَخَلْفِي نُورًا وَاجْعَلْ لِي نُورًا
“Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku, cahaya pada pendengaranku, cahaya pada penglihatanku, cahaya dari sebelah kananku, cahaya dari sebelah kiriku, cahaya dari atasku, cahaya dari bawahku, cahaya di hadapanku dan cahaya di belakangku dan jadikanlah cahaya untukku.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Badruddin al-‘Aini dalam ‘Umdah al-Qari berkata: “Yang dimaksudkan dengan meminta cahaya dalam hadits ini ialah meminta ditunjukkan kebenaran dan taufik dalam segala hal.”
Rasulullah SAW meminta kepada Allah SWT untuk diberikan cahaya pada: Qalbun atau jantung hati, penglihatan, pendengaran, arah sebelah kanan, arah sebelah kiri, arah dari atas, arah dari bawah, arah dari depan dan arah dari belakang, bertujuan agar diterangi dalam menjalankan kehidupan dan dijauhkan dari kegelapan tipu daya syaitan. Allah SWT berfirman dalam surah al-Zumar ayat 22:
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدۡرَهُۥ لِلۡإِسۡلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٖ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيۡلٞ لِّلۡقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ فِي ضَلَٰلٖ مُّبِينٍ ٢٢
“Maka apakah mereka yang dilapangkan hatinya oleh Allah untuk menerima agama Islam, lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (apakah sama dengan orang yang hatinya keras membatu)? Maka kecelakaanlah kepada mereka yang hatinya telah membatu berpaling dari mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الْآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ لِيْ وَلَكُمْ فَاسْتَغْفِرُوهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْم
KHUTBAH KEDUA
اَلْحَمْدُ لِلَّهَ عَلَى إِحْسَانِهِ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُوْلُه؛ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْراً. أَمَّا بَعْدُ: فَيَا عِبَادَ الله، أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِتَقْوَى اللهِ تَعَالَى.
Sidang Jumaat sekelian
Islam memerintahkan umatnya supaya berbakti dan berlemah lembut dengan kedua ibu-bapa. Allah SWT berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 23:
۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ
“Dan Tuhan kamu memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa.
Kita disuruh berbuat baik dan melembutkan percakapan dengan kedua ibu-bapa. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Adab al-Mufrad sebuah riwayat sahih, Abdullah bin ‘Umar bin al-Khattab RA pernah berkata kepada ‘Ali bin Mayyas RH:
أَتَفْرَقُ مِنَ النَّارِ وَتُحِبُّ أَنْ تَدْخُلَ الْجَنَّةَ؟ قُلْتُ: إِيْ وَاللَّهِ، قَالَ: أَحَيٌّ وَالِدُكَ؟ قُلْتُ: عِنْدِي أُمِّي قَالَ: فَوَاللَّهِ لَوْ أَلَنْتَ لَهَا الْكَلَامَ وَأَطْعَمْتَهَا الطَّعَامَ، لَتَدْخُلَنَّ الْجَنَّةَ مَا اجْتَنَبْتَ الْكَبَائِر.
“Apakah kamu tidak mahu dimasukkan ke dalam neraka dan mahu dimasukkan ke dalam syurga? Jawab ‘Ali bin Mayyas: “sudah pasti, demi Allah!” Kata Ibn ‘Umar: “Apakah bapamu masih hidup?” Jawab ‘Ali bin Mayyas: “tidak, namun ibuku masih ada.” Kata Ibn ‘Umar: “Demi Allah, jika kamu melembutkan bicara dengan ibumu dan kamu memberinya makan, pasti kamu akan masuk ke dalam syurga selama kamu menjauhkan dosa besar yang lain.”
Oleh itu, marilah kita berbakti kepada kedua ibu-bapa kita, dan mendidik anak generasi kita agar menyedari akan besarnya kedudukan kedua ibu bapa. Berbakti kepada keduanya menjadi sebab dapat memasuki syurga Allah SWT.
Sidang Jumaat sekelian
Berselawatlah kita kepada Rasulullah SAW dan sampaikanlah salam kepada baginda seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56:
﴿ إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat dan mengucapkan salam ke atas baginda Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawat dan ucapkanlah salam ke atas baginda Nabi.”
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمِّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُزِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمِّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ ابْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد
Ya Allah ampunilah seluruh kaum muslimin sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Ya Allah, berikan petunjuk hidayah serta rahmat-Mu kepada kami sekelian hamba-Mu dan kepada para pemimpin kami.
Ya Allah, Ya Rahman. Kami memohon kepada-Mu dengan segala kerendahan diri sebagai hamba-Mu. Engkau indahkanlah akhlak kami. Engkau perbaikilah pergaulan antara kami. Engkau jadikanlah kami umat Islam yang bermentaliti kelas pertama dalam tindakan. Engkau peliharalah kami dari penyakit lemah, malas, berfikiran dangkal dan buruk budi pekerti.
Ya Allah, Ya Rafi‘as samawatil ‘ula (يَا رَافِعَ السَّمَاوَاتِ الْعُلَا), Engkau angkatlah martabat setiap hamba-Mu yang berpegang dengan al-Quran dan Sunnah Nabi-Mu. Berilah kekuatan kepada kami untuk menghindari amalan syirik, bidaah, khurafat dan maksiat.
Ya Hayyu, Ya Qayyum, Engkau selamatkanlah umat Islam yang dizalimi, ditindas, dijajah dan diperangi di Palestin.
Ya Allah, Ya Nasir (يَا نَاصِر), Engkau berikanlah pertolongan dan kemenangan kepada para pejuang yang berjihad untuk membela agama-Mu dan memerangi musuh-musuh-Mu di Palestin.
رَبَّنَا آتِنَا فِيْ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار. عِبَادَ الله: اُذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرْ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْن