SDI 0931: Susulan SDI 0930 Tentang Kenajisan Babi

Soalan:

Saya baca kat islamqa scholars tak galakkan sebab kalau kena air sama kes kena samak .. wallahualam

Jawapan Bin Sahak:

Team IslamQa memilih pandangan ia najis.

Penyoal:

Dia tak sebut samak tapi kita perlulah berhati2 manusia sekarang binatang halal pun culas bab kebersihan inikan pula babi... tengok juga rujukan2 yang disertakan.

Kaki tu naturally mengeluarkan peluh, waima pakai stokin, kita bukan di negara musim sejuk, so kalau macam tu bagaimana keadaan nak di buat? Sebab kita solat 5 hari sekali.

Jawapan Bin Sahak:

1. Ya bagi yang tiada keperluan, lebih warak berpegang dengan pandangan yang mengatakan kenajisan babi merangkumi semua tubuh badannya. Pandangan ini lebih selamat untuk seseorang.

2. Namun pandangan kenajisan seluruh tubuh badab babi jika diketengahkan kepada golongan muallaf, dibimbangi akan mendatangkan kesukaran dan akan memutuskan hubungan keluarga yang tidak muslim. Maka kepada mereka perlu diketengahkan pandangan mazhab Malik dan Ibn Taimiyyah. 

Penyoal:

Bagaimana bagi Muslim yang kita melayu ni dari awal ni nampak babi pun jarang tiba2 pergi kedai design kasut kulit babi lagi lawa, teringin padahal kasut kulit lembu ada, bagaimana dia nak solat ke masjid...?

Jawapan Bin Sahak:

Ya, mereka yang tiada keperluan, kekal dengan pandangan yang mengatakan kenajisan seluruh badan babi seperti yang telah dijelaskan.  

Penyoal:

So Sheikh Bin Sahak, kalau saya nak pilih pandangan yang mengatakan najis tu adakah saya silap?

Jawapan Bin Sahak:

Anda tidak melakukan sebarang kesilapan. Sptmana yg memilih pandangan sebaliknya tidak melakukan sbrg kesilapan.

Pendedahan pandangan lain dlm isu2 spt ini diharap dapat memberi kemudahan dan kelapangan kepada saudara-saudara muallaf kita untuk meneruskan hubungan dengan keluarga mereka yang belum memeluk Islam. Selain itu agar umat Islam tahu bahawa kenajisan babi atau tidak bukan suatu yang pasti sehingga tiada ruang untuk berbeza pandangan.


Cetak  
Wallahu a'lam