Soalan:
Assalamualaikum ust, bagaimana pula dengan kasut yang dibuat dengan kulit babi? Ade pandangan yang mengatakan bahwa boleh dipakai.
Jawapan:
Sebahagian ulama berpandangan hukumnya sama seperti kasut yang dibuat dari kuliat buaya, singa, harimau dan seumpamanya.
Penyoal:
jadi Kita Boleh Pakai ke Ust??
Jawapan Bin Sahak:
Ya, itulah pandangan beberapa ulama termasuk ulama mazhab Maliki. Pandangan ini berbeza dengan pandangan mazhab Syafie.
Penyoal:
Maksudnya.. pandangan imam malik hanya kepada kepenggunaan kulit atau bulu dan bukan kepada makan babi itu...mcm tu ke ustaz?
Jawapan Bin Sahak:
Haram makan babi adalah Ijmak, semua ulama sepakat. Tiada khilaf dalam kalangan ulama kerana jelas pengharamannya dalam alQuran.
Yang khilaf atau berbeza pandangan ialah badan babi termasuk kulit dan dagingnya najis atau suci sama seperti binatang buas yang lain?
Penyoal:
hukum yg sama terpakai juga dlm bab penyucian kenajisannya ustaz? x perlu sertu?
Jawapan Bin Sahak:
Sebahagian ulama berpandangan, sertu hanya untuk jilatan anjing. Tidak untuk babi. Pandangan ini adalah pandangan sebahagian ulama terutamanya mazhab malik. Ia berbeza dengan pandangan majoriti ulama RHumullah. Untuk mereka yang tiada keperluan adalah lebih baik berpegang dengan pandangan mazhab Syafi'e. Sekurang-kurangnya ia lebih berhati-hati.
Namun bagi mereka yang ada keperluan seperti saudara muallaf, mereka boleh mengambil pandangan ini bagi mengelakkan hubungan yang sukar dengan ahli keluarga yang masih tidak memeluk Islam. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:
التداوي بأكل شحم الخنزير لا يجوز وأما التداوي بالتلطخ به ثم يغسله بعد ذلك فهذا ينبني على جواز مباشرة النجاسة في غير الصلاة ، وفيه نزاع مشهور ، والصحيح أنه يجوز للحاجة ، وما أبيح للحاجة جاز التداوي به
Maksudnya: "Berubat dengan memakan lemak babi adalah tidak dibenarkan. Adapun berubat dengan melumurkannya pada tubuh kemudian membasuhnya selepas itu, ia bergantung kepada hukum menyentuh najis di luar solat, dan dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat yang masyhur. Pendapat yang lebih tepat adalah bahawa ia dibenarkan apabila ada keperluan. Apa yang diharuskan kerana keperluan juga dibolehkan untuk tujuan perubatan."