Soalan:
Assalam ust.nk tanye,bkn ke tmpoh nifas 60 hari ?
Jawapan:
Pandangan yang lebih Rajih (atau kuat), tempoh paling lama untuk nifas ialah 40 hari. Inilah pandangan majoriti ulama.
Huraian:
Sememangnya para ulama berbeza pandangan ttg tempoh paling lama nifas:
1) Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad berdasarkan satu riwayat, paling lama ialah 60 hari
2) Imam Hasan al-Basri berpandangan 40 - 50 hari. jika lebih dari itu ia Istihadhah.
3) 40 hari. Inilah pandangan majoriti ulama spt yg saya nyatakan di atas. Jika lebih ia dikira darah Istihadhah, melainkan berkebetulan dgn tempoh datang darah haid. Inilah mazhab Hanafi, Imam AHmad berdasarkan satu riwayat lain dari beliau dan inilah yg masyhur dalam mazhabnya. Demikian juga Imam al-Tirmizi menukilkan pandangan ini dari beberapa ulama spt Sufyan, Ibn al-Mubarak, Ishak dan ramai lagi.
4) Ada juga pandangan lain dari 3 pandangan di atas. Namun yang penting persoalan ini adalah persoalan ijtihadiah, dimana kesemua pandangan tidak memiliki satu dalil yang sahih untuk disandarkan melainkan pandangan ke 3 shj. INi kerana telah thabit drpd Ibn 'Abbas RA yang berkata:
النفساء تنتظر نحواً من أربعين يوماً
Maksudnya: "Para wanita yang bernifas, menunggu sekitar 40 hari." Diriwayat oleh Ibn al-Jarud di dalam al-Muntaqa.
Demikian juga sebuah athar drpd isteri Nabi SAW yang bernama Ummu Salamah yg berkata:
كانت النفساء تجلس على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين يوماً وكنا نطلي وجوهنا بالورس من الكلف
Maksudnya: "Dahulunya para wanita yg bernifas akan duduk (tidak solat) di zaman Nabi SAW selama 40 hari, kami melumurkan muka kami dengan wars (tumbuhan dari Yaman) untuk warna merah pudar."
Sanad hadis ini para ulama berbeza pandangan Ibn al-Qattan menilainya sbg Lemah di dalam Bayan al-Wahm wa al-Iiham demikian juga Ibn Hazm. Namun dinilai Sahih oleh al-Hakim dan Hasan oleh al-Nawawi, demikian juga selain mereka berdua.
Ibn 'Abd al-Barr di dalam al-Istizkar berkata:
Maksudnya: "Dalam masalah palig lama tempoh nifas, tiada satu hujjah yang boleh dijadikan ikutan melainkan bagi mereka yang mengatakan 40 hari. Mereka adalah para sahabat Rasulullah SAW, dan tiada dari kalangan mereka yang berbeza dengan pandangan itu. Adapun pandangan-pandangan lain datang dari selain para sahabat, maka di sisi kami tidak boleh berbeza dengan para sahabat dari kalangan bukan sahabat. ini kerana Ijma' al-Sahabah adalah satu hujjah ke atas generasi selepas mereka. demikian juga jiwa rasa tenang pada pandangan mereka, Bagaimana seseorang boleh memegang pandangan yg berbeza dengan mereka tanpa ada sandaran sunnah dan tanpa ada asas...?"