Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Saya maklum mengenai kaedah solat sunat atas kenderaan. Tapi bagaimana dengan di atas motor kerana kedua dua tangan perlu memegang "handle" motor?
tiada kesempatan mengangkat takbir yang pertama.
Jawapan:
Solat sunat di atas tunggangan yg sdg bergerak spt unta adlh suatu kebenaran bukan satu perintah atau galakan. Kebenaran ini ada, krn ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
Pandangan saya, perbuatan pemandu kereta atau penunggang motorsikal yg menunaikan solat sunat di atas kenderaan bergerak adlh suatu perbuatan yg salah dn bertentangan dgn ruh syariat. Ini kerana perbuatan spt itu akan mengundg bahaya kpd diri sendiri dan pengguna jalan raya yg lain. Ia jmenyalahi ruh syariat yg mengutamakan keselamatan.
Sesungguhnya memandu kereta atau menunggang motosikal sma sekali berbeza dgn menunggang unta di zaman Nabi SAW.
WA
Di bawah ini saya terjemahkan fatwa dr Mufti Saudi alSyeikh 'Abd alAziz Ali alSyeikh:
السؤال: هل يجوز لي أن أصلي الضحى وأنا أقود السيارة؟
الجواب: أما في داخل المدينة فلا، داخل المدينة لا تصلى عليها النافلة، أما خارج المدينة في السفر يجوز لكن هل تستطيع أن تجمع بين قيادة السيارة وبين الصلاة، تتدبر الركوع والسجود وأذكار الركوع والسجود والقيام وأنت مشغولٌ بالقيادة، الذي يظهر لي أن عدم صلاتك أولى لأني أخشى أن تشتغل بأداء الصلاة وأنت أمام قيادة ومسئولية في نفسك وسيارتك ومن حولك ومن أمامك ومن خلفك، فالقضية خطيرة، أما لو كنت راكباً من جنس الركاب فنعم، أما قائد السيارة فانظر هل تستطيع أن توفق بين أعمال الصلاة وإن كنت تومئ بالركوع والسجود والقراءة وأذكار الركوع وأذكار السجود، ما أظن هذا يصلح لك وأنت تقود السيارة وتلاحظ الحال، يذكر الله ذكراً عاماً، أما الصلاة فتحتاج إلى حضور قلب وإلى تدبر، هذا صعبٌ عليك وأنت تقود السيارة.
Soalan: "Apakah boleh bagi saya utk menunaikan solat Dhuha ketika memandu kereta?"
Jawapan: "Adapun di dlm bandar, tidak boleh, di dlm bandar tidak boleh solat sunat di atas kenderaan. Adapun di luar bandar ketika bermusafir ia harus, AKAN TETAPI apakah kamu mampu menggabungkan antara memandu kereta dengan solat? Kamu memerhatikan perbuatan ruku', sujud, zikir2 ketika ruku' dan sujud demikian juga bacaan2 di dlm solat, sedangkan kamu sibuk dgn memandu? Yang jelas pd ku, kamu tidak solat ketika memandu adlh lebih aula, krn aku bimbang kamu sibuk menunaikan solat, sdg hadapan kamu urusan pemanduan dan tanggungjawab terhadap diri kamu, kereta kamu, dan org2 disekeliling kamu, di hadapan dan di belakang. Urusan ini merbahaya. Adapun jika anda penumpang, ya (boleh lakukan solat). Adapun pemandu kereta, perhatikanlah apakah kamu mmpu utk taufiqkan antara amalan2 solat, kamu melakukan isyarat ruku', sujud, bacaan alQuran, zikir2 ruku' dan sujud, aku tidak rasakan hal ini sesuai itk kamu yg sedang memandu, perhatikanlah keadaan kamu, berzikirlah secara umum. Adapun solat, ia memerlukan kehadiran jantung hati utk tadabbur. Hal ini sukar ke atasmu ketika memandu kereta. - Tamat Nukilan Fatwa -