SDI 0374: Hukum Makanan Yang Dimasak Dengan Alkohol

Soalan: 

S: Assalammualaikum sya pernah mendengar pandangan yang membakar daging dan ayam bersama wine akan menjadi halal kerana apabila suhu panas memlebihi 70 C kandungan Alkohol akan terurai dan menjadi 0% dan tidak memabukkan ape pandangan ustaz?

Jawapan:

Ada bbrapa perkara:

1) Para ulama berbeza pndangan apakah arak itu najis atau tidak.

2) Bagi ulama yg beranggapan najis, maka makanan yg dibakar atau ketika dimasak bercampur dgn arak, ia menjadi najis dan haram dimakan sklipun arak itu telah tiada disebabkan suhu panas.

3) Bg yg beranggapan arak tidak najis, maka hukumnya bergantung kpd keberadaan arak atau tiada dlm ssuatu makanan. Jika tlh tiada kerana tlh melalui proses istihalah, maka ia jadi halal.

4) Jika ada yg mengambil pandangan pd point 3 di atas. Ini bukanlah bermakna satu lesen kpd umat Islam utk membeli wain dikedai bg tujuan masakan di rumah. Ia tidak lebih dr sudut halal atau haram jika kita dihidangkan dgn makanan spt yg ditanya.

5) Siapa pula dpt pastikan bahawa keseluruhan arak yg dimasukkan ke dlm makanan itu telah berwap keseluruhannya? Brgkali shj yg telah berwap itu adlh sbhgian besarnya, namun sebhgian kecil arak masih ada d dlm makanan yg menjadikan makanan itu ttp haram utk dimakan.

Kesimpulan: Elakkan dr makanan2 seumpama ini.


Cetak  
Wallahu a'lam