SDI 0372: Haram Makan Masakan Orang Tak Solat???

Soalan:

Assalam ustaz..
Sy nk bertanya sy ada terbaca status ustad ....... tntang haram makan makanan yg dimasak org xsolat..lpas tu sy ceritakan dengan suami sy.n suami sy mnjawab dngan begurau ceraikan jer klu xsolat..sy tergamam n bertanya lagi mak xsolat..kmudian suami sy mnjawab ayah xkesah..tpi abg kesah klu istri abg xsolat.sy malu nk bercakap solat sy xpenuh lima waktu..adakah dngan bercakap sperti itu dah jatuh talak ustaz..sy mohon sgt pencerahannya.

Jawapan:

1) Talak tak jatuh antara puan dan suami.

2) Demikian juga TIDAK haram makan masakan orang tidak solat. Dakwaan itu TIDAK BETUL. Bagaimana boleh haram? Masakan orang kafir sekalipun boleh dimakan jika tidak mengandungi perkara yang haram. Kenyataan itu jelas satu kesalahan dan penyelewengan.

3. Saya nasihatkan puan supaya segera bertaubat kepada Allah SWT. Puan sepatutnya lebih takutkan kemurkaan Allah berbanding jatuh talak antara suami puan.

Tahukah puan, sebahagian ulama seperti mazhab Hambali menyatakan orang seperti puan telah terkeluar dari Islam (murtad)?

Saya tidak katakan puan telah murtad, tetapi saya ingin tegaskan kesalahan meninggalkan solat amat besar. Ia mengundang kemurkaan Allah SWT. Sehingga sebahagian ulama berpandangan sedemikian.


Cetak  
Wallahu a'lam