SDI 0363: Antara Solat Tahiyyatul Masjid dan Menjawab azan

Soalan: 

Salam ustaz, bila masuk masjid sedang azan, apakah tindakan yg afdhal? Berdiri jawab azan kemudian solat tahiyatul masjid baru duduk atau solat terus? Kerana saya ada dgr pendapat kata kena solat terus.

Jawapan:

Jika dalam keadaan ada peluang menunaikan solat selepas azan, maka sunat jawab azan terlebih dahulu, setelah itu baru tunaikan solat sunat tahiyyatul masjid.

Jika selapas azan, ada perkara lain yang lebih ditekankan berbanding jawab azan, seperti mendengar khutbah Jumaat. Maka pada ketika ini lebih afdhal menunaikan tahiyyatul masjid sekalipun azan sedang dikumandangkan.


Cetak  
Wallahu a'lam