Soalan:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.
Bolehkah diamalkan sumpah laknat? Adakah ianya dibenarkan dalam Islam?
Jika di suatu tempat ada berlaku kkecurian, dan kita tak tahu siapa yang mencurinya, kita nak buat sumpah laknat setiap seorang supaya dia jujur tak mencuri.
Jawapan:
Pandangan yang lebih kuat, sumpah laknat tidak perlu dilakukan dalam perbalahan hal-hal duniawi. Hal ini kerana agama telah meletakkan jalan penyelesaian dalam perbalahan duniawi iaitulah berdasarkan kaedah:
البينة على من ادعى واليمين على من أنكر
Maksudnya: "Pendakwa wajib mendatangkan bukti, manakala sumpah ke atas tertuduh yang membantah."
Justeru, pandangan yang lebih kuat, sumpah laknat adalah berkaitan dalam perbalahan yang membabitkan persoalan akidah. Tidak dalam urusan duniawi seperti perbalahan berkaitan harta dan seumpamanya.