Soalan:
Assalamualaikum ustaz, sya amat meminati blog hukum-hakam. terima kasih kerana memberi informasi berguna disitu. Ustaz, disini saya mempunyai beberapa pertanyaan. Baru-baru ini telah tersebar risalah tentang gaya diet Rasulullah SAW dalam media massa terutama fb. Antara yang disebutkan adalah seperti berikut :
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh: Koktel)
Saya sudah pun bertanya kpada beberapa ustaz, tetapi saya masih tidak berpuas hati dgn jawapan tersebut kerana tiada sebarng dalil drpada Al-quran dan Hadis yg disandarkannya. oleh, itu, sya berharap ustaz dpt merungkaikannya.
terima kasih.
Jawapan:
Hukum asal dalam persoalan makan dan minum adalah harus, melainkan setelah tertegaknya dalil yang menunjukkan sebaliknya. Dalam persoalan yang diajukan, dalil yang menunjukkan larangan tidak ada. Cuma al-Imam Ibn al-Qayyim di dalam Zad al-Ma'ad ada menyebut tentang pemakanan Nabi SAW, di mana baginda tidak menggabungkan antara Laban (susu masam) dan Ikan, Laban dengan benda masam lain dan seumpamanya. Namun beliau juga tidak menyertakan sebarang dalil.
Wallahu a'lam, perkara seumpama ini dikembalikan kepada pakar pemakanan. Jika terdapat kajian yang membuktikan ia boleh membawa mudharat, maka ketika itu ia termasuk dalam perkara yang dilarang.
Namun, jika menggabungkan makanan tersebut mndatangkan mudharat kepada sebahagian kecil orang, tidak kepada sebahagian besar yang lain. Maka hukum umum ketika itu tetap harus, kerana sesuatu hukum dibina di atas ghalib (kebiasaan berlaku) bukan nadir (jarang2 berlaku).