Soalan:
Apa hukum dr lelaki merawat pesakit wanita?
Jawapan:
Hukum asal, seorang doktor tidak boleh merawat pesakit berlainan jantinan dengannya. Hukum asal ini berubah apabila terdapat keperluan. Maknanya ia menjadi harus apabila terdapat keperluann yang membabitkan kepentingan nyawa dan keselamatan pesakit. Jika tidak terdapat keperluan, maka seorang doktor tidak boleh merawat pesakit berlainan jantina dengannya yang membabitkan perlanggaran syara' seperti membuka aurat, bersentuhan, berdua-duaan dan seumpamanya. Lebih menghairankan jika terdapat orang lelaki yang menjadi pakar sakit puan. Demikian juga seorang perempuan boleh menjadi pakar sakit tuan.
Sepatutnya setiap pihak hendaklah sedar bahawa termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah para wanita memenuhi bidang perubatan, sehingga semua wanita terpelihara kemuliaan mereka.
Soalan:
Mcm mana pulak ustaz skrg mudah2 Sebahagian hospital Bagi Student praktikal Lelaki rawat pesakit perempuan , tanpa persetujuan suami, dan juga tanpa persetujuan wanita tersebut.... sedangkan kelilinya boleh kata masih rawai dr dan nurse perempuan? Sbb nampak skrg Semua ambik mudah..alasannya " Dapat Pahala , kami belajar "
Jawapan:
Maruah wanita muslimah dan suaminya wajib dipelihara. Sepatutnya ada peraturan yang jelas, pelajar-pelajar wanita jurusan perubatan diarahkan memikul tanggungjawab sosial yang besar ini. Jika benar seperti yang dinyatakan, ia bermakna maksiat sedang teruk berlaku dan berleluasa, termasuk pencerobohan kepada hak seorang wanita. Amat pelik dalam sebuah negara yang semua orang-orang melaungkan hak, tiba-tiba hak pemeliharaan maruah terabai??? Semua yang terbabit bertanggungjawab di akhirat kelak.