Mubtada-ah المبتدأة jika seorang yang mumayyizah المميزة iaitulah wanita yang berterusan darahnya, dalam bentuk sebahagiannya berwarna hitam, pekat dan berbau, manakala sebahagian lain bewarna merah, cair dan tidak berbau. Maka dikenal-pasti darah yang bewarna hitam, pekat dan berbau itu adalah haid. Darah yang bewarna merah, cair dan tidak berbau adalah istihadhah. Lihat al-Hawi al-Kabir oleh al-Mawardi 1/391 dan al-Bayan Fi Mazhab al-Imam al-Syafi'ie oleh al-'Imrani 1/357)
Wanita yang mengalami darah sebegini, hendaklah menggunakan al-Tamyiz bagi mengenal pasti antara darah haid dan nifasnya. Inilah pandangan ulama mazhab al-Syafi'ie seperti yang dinyatakan di dalam al-Majmu' 2/403 dan Raudh al-Talibin 1/142.
Inilah juga pandangan pilihan al-Syaukani dengan katanya:
الحديث فيه دَلالة على أنَّه يُعتبرُ التمييز بصفة الدَّم، فإذا كان متَّصفًا بصفة السَّواد، فهو حيضٌ، وإلَّا فهو استحاضةٌ، وقد قال بذلك الشافعيُّ والناصر في حقِّ المُبتدَأة). ((نيل الأوطار)) (1/337). وقال أيضًا: (الجمعُ بين هذه الأحاديث ممكِنٌ، بأن يُقال: إن كانت المرأةُ مبتدَأة أو ناسية لوَقتِها وعَدَدِها، فإنَّها ترجِعُ إلى صفة الدَّمِ، فإن كان بتلك الصِّفة التي وصفها به رسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فهو دمُ حَيضٍ، وإن كان على غير تلك الصِّفة فليس بحيضٍ). ((السيل الجرار المتدفق على حدائق الأزهار)) (ص: 92).
Maksudnya: "Hadis ini padanya terdapat bukti bahawa diambilkira al-Tamyiz dengan sifat darah. Apabila darah kehitaman, ia haid, jika tidak ia istihadhah. Demikian inilah yang telah dinyatakan oleh al-Syafi'ie dan al-Nasir pada hak al-Mubtada-ah." (Nail al-Awthar: 1/337)
Di dalam al-Sail al-Jarrar al-Mutadaffuq 'Ala Hada-iq al-Azhar halaman: 92 al-Syaukani berkata: "Himpunan dari hadis-hadis ini memungkin untuk dikatakan: jika seseorang wanita itu mubtada-ah atau seorang yang terlupa (ناسية) waktu dan adad (bilangan hari haidnya), maka hendaklah dia bergantung kepada sifat darah. Jika sifatnya seperti sifat yang dinyatakan oleh Rasul SAW, maka ia darah haid. Jika bukan seperti sifat yang dinyatakan, maka bukan darah haid."
Dalil dalam persoalan ini ialah hadis daripada Anas bin Sirin yang berkata:
استُحيضَت امرأةٌ مِن آل أنسٍ، فأمروني فسألتُ ابنَ عبَّاس، فقال: أمَّا ما رأتِ الدَّمَ البحرانيَّ، فلا تُصلِّي؛ فإذا رأت الطُّهرَ ولو ساعةً من نهارٍ فلتغتسلْ ولتُصَلِّ
Maksudnya: "Seorang wanita dari keluarga Abas beristihadhah. Lalu mereka menyuruh aku bertanyakan Ibn 'Abbas. Jawab Ibn 'Abbas: "adapun apa-apa yang kamu lihat darah al-Bahraniyy, maka jangan kamu solat. Apabila kamu mendapati suci, sekalipun seketika pada waktu siang, maka mandilah (junub) dan tunaikan solat." (HR Abu Daud, al-Darimi, Ibn Abi Syaibah dan al-Baihaqi. Kata Ibn Hazm: "Isnadnya fi ghayah al-Jalalah." Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud 286)
* Darah al-Bahraniyy ialah darah tulen yang bersangat merah. Ia dinisbahkan kepada al-Bahr iaitulah nama dasar rahim, ditambah huruf alif dan nun bagi menunjukkan bersangatan. Dikatakan juga ia dinisbahkan kepada al-Bahr (laut) disebabkan banyak dan luasnya. (Lihat al-Nihayah oleh Ibn al-Athir 1/99 dan al-Musbah al-Munir oleh al-Fayyumi 1/36)