SDI 1210: Hukum Menggunakan Minyak Biawak Dan Ular

Soalan: 

Bolehkah orang islam menggunakan minyak biawak atau ular?

Jawapan: 

Majoriti ulama berpandangan biawak dan ular haram dimakan. Oleh kerana itu, ia menjadi bangkai dengan kematiannya, maka minyaknya dihukumkan najis. Kata al-Imam al-Nawawi RH:

مَذَاهِبِ الْعُلَمَاءِ فِي حَشَرَاتِ الْأَرْضِ كَالْحَيَّاتِ وَالْعَقَارِبِ وَنَحْوِهَا : مَذْهَبُنَا أَنَّهَا حَرَامٌ ، وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَحْمَدُ وَدَاوُد

maksudnya: "Mazhab ulama berkaitan haiwan bumi seperti ular, kala dan seumpamanya, di mana mazhab kami (mazhab Syafi'ie) ia adalah haram. Inilah perkataan ABu Hanifah dan Daud (al-Zahiri)." (al-Majmu' 9/16-17)

Untuk itu tidak boleh menggunakan minyak biawak dan ular untuk kegunaan badan manusia melainkan ketika ada keperluan yang mendesak dan hendaklah dibasuh untuk menunaikan solat. Kata al-Nawawi RH: 

الصَّحِيح عِنْد الشَّافِعِيّ وَأَصْحَابه أَنَّهُ يَجُوز الِانْتِفَاع بِشَحْمِ الْمَيْتَة فِي طَلْي السُّفُن وَالِاسْتِصْبَاح بِهَا , وَغَيْر ذَلِكَ مِمَّا لَيْسَ بِأَكْلٍ وَلَا فِي بَدَن الْآدَمِيّ

maksudnya: "Dan yang sahih di sisi al-SYafi'ie dan para sahabatnya, bahawa harus mengambil manfaat dari minyak yang diperbuat dari bangkai untuk menampal  kapal dan menjadikan minyak untuk nyalaan api dan kegunaan lainnya yang bukan untuk makan bukan untuk badan manusia." 


Cetak  
Wallahu a'lam